Satu petang, tatkala angin sepoi-sepoi bahasa ke udara, kelihatan dua sahabat karib berbual mesra. Seorang namanya Ebra, seorang lagi namanya Sorez. Alkisahnya, bermula penceritaan mereka :
“Sorez Sorez, aku pelik lah, banyak orang komplen sal bola ni. Perempuan kalau nak kaver line sal aurat, hentam lelaki yang main bola. Lepas tu, gaduh pasal bola, macam isu racing pemain MU dengan Liverpool tu. Penyokong lagilah, jadi batu api betul. Ko tak rasa pelik tak?” kata Ebra dengan muka pelik, katanya untuk menghayati watak orang yang pelik.
“Ebra oh Ebra, aku tak pelik pun sebenarnya, sebab aku tahu punca mereka semua macam tu, kah kah kah.” Kata Sorez dengan bangganya, sambil ketawa berdekah-dekah. Dia hanya berhenti setelah sejam berlalu.
“Punca? Ada punca ker benda ni? Ko ni biar betul Sorez? Sekarang pun dah tak betul.” Makin bertambah pelik muka Ebra, penghayatan kan.
“Aku dah buat research benda ni Ebra, malah mendapat pengiktirafan dari SIRIM lagi. Hakikatnya, kerana mereka tidak meletakkan bola sepak selari dengan syariat, sebab itulah jadi macam tu.” Jawab Sorez.
“Ha? Apakah? Cuba kau detailkan secara jelas wahai Sorez.” Kata Ebra dengan penuh pengharapan.
“Baiklah, kau dengar betul-betul, jangan menyampuk, amaran ni!” Tegas Sorez, tapi tetap bernada manja. Ala tomei tomei.
Cuba bayangkan bola sepak yang menepati syariat, terutama dalam aspek berikut :
- Aurat: Lelaki punya aurat paling senang nak tutup berbanding perempuan. Kalau lelaki tutup aurat masa main bola, mesti perempuan sudah tiada alasan nak tembak lelaki bab ni. Selain itu dapat juga elak luka-luka kecil kan. Lagipun apa kejadahnya nak tayang bulu kaki kan?

- Fanatik: Ingat tak kejadian di Mesir? Yang 70 orang lebih telah maut gara-gara perlawanan bola sepak? Belum lagi peristiwa tempat lain yang turut mengorbankan nyawa. Semua sebab fanatik! Mempertahankan pasukan sendiri melebih-lebih, lantas, nyawa yang melayang. Belum lagi yang jadi Anakin Skywalker, main pedang lazer. Fanatik ni bagi dua lagi, iaitu :
- Mencemuh: Bab ni paling common bagi kita, Loserpool lah, Man**itter Utd lah, pasal common, jadi orang gaduh tentang benda ni tiada hal. Mungkin nampak tiada dosa, tapi kalau dah menyakitkan hati orang, tidakkah boleh menimbulkan pergaduhan nanti? Mencemuh maksiat amat digalakkan, tetapi mencemuh benda sia-sia hingga menyakitkan hati orang, lantas boleh menimbulkan pergaduhan, apa kes?Kalau tak suka team tu, jangan hina team tu. Tidak salah kalau nak bangga team kamu menang match ka, pertandingan ka, tapi, nak bangga pun berpada-pada, sebab bukannya berfaedah pun, kan?
- Gambar : Yang ni lebih kepada perempuan, yang suka lekat gambar hero bolasepaknya. Macam anak si Messi, si Lionel. Tergila-gila sampai cium-cium lagi gambar tu. Ouch, nafsu dengan gambar? Luar tabii dik, haram. Ko lekat gambar berlainan jantina tu haram kalau menimbulkan syahwat. Dah la dia pakai seluar pendek, aurat woo ~ double haram!
- Disiplin : Ni lagi paling best. Jurulatih tak pening kepala, macam cerita Carlos Tebez, isu racing pun tidak muncul, tiada yang lawan pengadil, jarang-jarang yang dapat kad merah sebab tak dapat kontrol marah, asal jaga disiplin, kan?
- Kesihatan : Main bola memang sihat kan? Tapi mana mungkin sihat kalau pergi “moginum”, merokok lagi, yang jelas, kedua-duanya haram!
- Wang : Rasuah? Belum tentu ada kalau peraturan ikut syariat. Judi? Kalau ikut syariat pun judi mana timbul. Riba? Tiada kelab nak bankrupt kalau tidak pinjam duit melebih-lebih. Kan?
“Cukuplah Ebra, kering tekak aku, bagus kau belanja minum dulu, bukan “moginum” ya? Haram tu, hehe.” Kata Sorez sampai menarik nafas lega menghabiskan penjelasannya itu.
Tiada respon, bunyi cengkerik.
“Cisdil tul, mana aku tidak racing dulu, kalau orang bercerita, dia buat tahi lalat, aargghh!!!” Lantas Sorez berlari-lari anak sambil menggeleng-geleng manja, aah, kau ni Sorez.
Hakikatnya, Ebra masih enak dibuai mimpi.
SCemanoti : Put Allah first before something.
*racing : racist
*moginum : minum arak (sabahan)
Comments
Powered by Facebook Comments

apepun bola sepak adalah sukan yang mampu menyatukan dunia….
izryn recently posted..Mereka antara Pemilik Kelab Liga Inggeris
[Reply]
errr.. aku terasa.. sbb slalu psycho rival.. haha..
Solihin Zubir recently posted..Macamlah Kau Bagus Sangat Nak Nasihat Aku!
[Reply]