Beluran : Panduan Untuk Pendatang Baru

Resah, gelisah, itulah yang bermain di hati bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke Beluran. Bukan untuk mereka yang datang melawat keluarga, tetapi bagi mereka yang akan memulakan hari dengan mencari rezeki untuk berkerja. Aku memahaminya, dan “ini kali lah”, aku buat artikel khas untuk mereka yang belum dan akan menjejakkan kaki ke Beluran.

Back to basic

Beluran, merupakan daerah terbesar di Sabah, malah lebih besar daripada Perlis, Melaka hatta Negeri Sembilan tidak menandingi keluasan daerah Beluran itu sendiri. Cuma, sebesar-besar Beluran, pekannya cuma kecil sahaja. Kemudahan asas tetap ada, seperti Balai Polis dan Hospital, cuma Balai Bomba sahaja yang belum wujud di sini.

Terkenal dengan makanan dalam air, macam udang galah, ikan patin, ketam. Semua fresh main tangkap, bukan kena ternak. Asal balik kampung, atau ke tempat kawan, malah kalau ada “boss-boss” datang sini, semua tanya pasal udang.

Ini baru ketam, udang pula ikut gred, gred biasa dalam lingkungan Rm 10 sekilo

Journey to Beluran

Terletak 330 km dari kota Kinabalu, dengan bandar besar terdekat sejauh 86 km iaitu Sandakan. Kalau nak ke Beluran dari Kota Kinabalu, bolehlah ke Terminal Bas Inanam dan ambil bas menuju ke Sandakan. Pesan pada konduktor bahawa anda turun di simpang Beluran. Minta mereka maklumkan jika sudah sampai ke simpang Beluran andaikata anda tidak tahu tempat tersebut.

Perjalanan mengambil masa 5 jam menuju simpang, so, perlu awal, sebabnya sampai simpang, kena naik kereta sapu lagi menuju ke pekan. Dari simpang ke pekan lebih kurang 27 km. Kalau dah lewat petang, memang kereta sapu susah nak dapat. Kos tambang memang tidak lebih dari Rm 100 untuk sepanjang perjalanan (tambang bas + kereta sapu)

Boleh juga melalui jalan udara, naik kapal terbang menuju Sandakan, sampai sana minta teksi airport hantar ke bandar, tempat kereta sapu ke Beluran. Yang penting kena awal, sebab limit selalunya tengahari mereka lepak kat sana, kalau petang, keajaiban jika masih ada.

Penginapan dan rumah sewa

Nak menginap kat sini, cuma ada dua tempat penginapan setahu aku, yakni Motel Legend dengan Beluran Inn, terpulang nak pilih yang mana satu, dan ini adalah hotel bajet, jadi jangan mengharap 5 bintang. Sekurang-kurangnya, selesa.

Tapi, yang selalu menerjah inbox blog ni, adalah pertanyaan mengenai rumah sewa. Yezza, kerana artikel “Jangan memperkecilkan pekan yang kecil“, ramai yang bertanya aku tentang rumah sewa. Sejujurnya, memang menjadi masalah di Beluran ni untuk mencari rumah sewa. Aku cuma mampu membantu mana yang termampu, sebab kabel nak cari rumah sewa tak seberapa kuat, so, maklumat memang terhad.

Rumah sewa kat sini lingkungan harga dalam Rm 300 – Rm 800, mungkin ada yang merungut, kenapa mahal sangat. Bersyukurlah kalau dapat, sebab memang susah nak cari rumah kat sini.

Take a note

Untuk yang kerja bahagian kesihatan dengan pelajaran, Beluran ni besar, kemungkinan untuk anda diletakkan di tempat-tempat pedalaman memang tinggi. Pulau ada 3, Pulau Jambongan, Keniogan dan Terusan Sugut. Belum lagi area yang jalan darat memang susah nak tembus, dan ada yang kena ikut jalan sungai. Untuk menakutkan hati korang yang membaca, Beluran antara daerah yang terkenal dengan buaya, cuma gelarannya bukan bujang senang, tapi, “Si Black”. Yang penting tiada kaitan dengan buaya darat, woha~

Tapi, janganlah takut dengan si Black tu, baik takut tuhan. Setakat ni jarang aku dengar serangan-serangan buaya, kira buaya-buaya kat sini baik-baik haiwannya.

Orang-orang kat sini memang friendly, tak dinafikan kebanyakkan yang mula-mula posting, yang terasa nak balik cepat, lama-lama bertahan juga kat sini. Bagi yang biasa tinggal di bandar, memang boring, tapi kalau yang pandai bawa diri, sini tempat yang menyenangkan. Yang penting, pembawaan budak, eh, i mean, pembawaan diri.

Saja ku buat artikel ni, sekurang-kurangnya mereka yang pertama kali datang, dapat gambaran juga. Takut-takut juga nanti ada yang kena ambil kesempatan, bayar tambang charter sampai Rm 500, atau tak tahu nak tinggal kat mana dan macam-macam masalah lagi.

Ini bukan complete guide, kalau ada apa-apa pertanyaan, di alu-alukan, InsyaAllah, diriku akan cuba membantu sekadar mampu.

Apapapun, Beluran gua bagi thumbs up!

 *Sebahagian gambar diambil dari blog ini : http://albelurani.blogspot.com

Ini juga ceriteranya

  • Jangan Memperkecilkan Pekan Yang KecilJangan Memperkecilkan Pekan Yang Kecil "Mohd Firdaus Bin Sahmain, Beluran." Mendengar nama disebut, satu kelegaan setelah menanti selama 6 bulan untuk penempatan kerja. Tapi, Beluran? Yarabi, tidak pernah terbayang akan […]
  • Antara Sempat Dan LambatAntara Sempat Dan Lambat Antara yang sempat dan lambat, perkara yang mungkin kita selalu dengar, yang selalu kita ikuti perkembangannya, tetapi, kita selalu terleka, dan sebenarnya, benda yang kita terleka itulah, […]
  • Saya Tak Pernah Burukkan Awak, Kenapa Nak Burukkan Saya?Saya Tak Pernah Burukkan Awak, Kenapa Nak Burukkan Saya? Selalunya mesti ada sahaja yang tak puas hati dengan kita, ada yang cakap belakang tentang kita, tapi kita tak pernah kacau dia. Apa salah kita sehingga ada orang nak burukkan kita? Ya, […]
  • Bagusnya Timun ~ Tapi…Bagusnya Timun ~ Tapi… Tarantula bergerak ~ Ouh, lama sungguh tidak sebut perkataan itu, hoho. Hari ni bermulanya kerja setelah lama bercuti, betapa bestnya kalau gaji jalan tapi sentiasa cuti, hoho. […]
  • Mahar Yang Termahal Dalam SejarahMahar Yang Termahal Dalam Sejarah Kalau cerita bab kahwin, semua laju nak tengok. Cerita paling hot kalau jumpa kawan-kawan lama, makcik pakcik segala suku sakat, konfom tanya "bila lagi nak kahwin ni?". Tapi kira ok lah […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Ai Yusuf says:

    Bes alkisahnyr..aku jg prantau d daerah ini..crita ini..critaku jua..mmula dtg dlu xcited mcm nk g k bulan & smpi k buln..org kg xctd tggu kbr kta..almklum la, kmnikasi gn tpon dlu pyh skit..tp skg cggih da..mklumt d hjung jari..

  2. Ryanrian says:

    Bagi aku sebagai anak jati beluran sudah tiba masanya beluran berubah wajah bukan dari segi rupa orangnya haha tapi dari segi pembangunanya.walaupun beluran daerah terbesar di sabah namun pekanya terletak di sudut terpencil yakni jalan mati kata orang.namun jika ada inisiatif dari orangnya sendiri untuk memajukan daerah ini saya rasa tidak mustahil untuk perkara ini berlaku.misalnya pmbinaan institusi pengajian tinggi di sini akan memajukan ekonomi penduduk amnya dan daerah ini khususnya.saya bagi pendekatan yang saya lihat sendiri sewaktu belajar si kolej matrikulasi labuan dahulu.kehadiran para pelajar memberi satu peluang kepada penduduk sekitarnya memacu ekonomi mereka.ujana kewangan,salah satu kompleks membeli belah di sana tidak pernah lekang dari kehadiran pelajar.maklumlah berapa besar sangat labuan tu.namun jika diperhatikan ianya sumbangan terbesar dari pengangkutan hinggalah ke penghasilan produk mereka.hanya itulah coloteh saya.yang penting ok ba kalau kau

  3. rusydina ahmad says:

    terbaik….cntik jln crta

  4. rusydina ahmad says:

    ketam tu sapa penjual dya? mcm kenal jeeeee

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: