Syiling, Beras Dan Ikan Yang Hampir Busuk

Hilang konsistensi nak update selalu, komitmen yang terbahagi di sana sini, belum masuk komitmen nak kahwin lagi, eh? Tiada ka yang nak jadi cheerleading suruh update ni? Hehe. Kalau Zack Zukhairi tu, berlambak awek-awek, makcik-makcik, termasuk mak nyah-mak nyah sekali mesej suruh update, arghh ~ tak jeles, tak jeles.

Beberapa hari yang tak seberapa nak lalu, aku buka la satu berita online ni, dia cerita tentang lori ikan yang accident. Yang mati kalau tak silap banyak, beratus pun sampai, yelah, ikan mati, orangnya tiada yang mati.

Fokus cerita bukan sebab lori ikan yang accident, tapi, sikap segelintir rakyat-rakyat yang kebulur nak ikan tu. Ikan tu pun sebenarnya hampir busuk, jadi, untuk mengelakkan pembaziran (agaknya), berduyun-duyun lah dorang amek tu ikan.

Macam berepisod pula cerita ni. Dulu duit syiling, van yang bawa duit syiling tu accident. Ramai yang prihatin datang. Prihatin nak kutip duit syiling.

syiling

Downgrade sikit barangnya, kali ni beras bertaburan. Ramai gila orang tolong, tapi, tolong kutip beras la. Sampai kelindan lori pun cakap, “Saya tak akan maafkan mereka yang ambil beras tu.” Bukan apa, kawannya (pemandu lori) yang terlentang, tiada yang nak tolong, dah la meninggal. Orang wat derrrk kutip beras, memang MasyaRakat sungguh.

beras

Apa hak mereka nak kutip barang-barang tu?

Teringat satu rancangan di Tv al-Hijrah, tajuknya Law Kana Bainana (Andai Rasulullah Bersama Kita). Rancangannya konsep macam Cubaan (Astro Oasis), tapi Cubaan yang dikendalikan oleh Akhil Hayy sebenarnya yang amek skop rancangan Law Kana Bainana ni.

Ada satu episod, macam mana dorang nak uji kejujuran mereka di sana. Seorang makcik ni tiba-tiba keluar dari lorong, lepas tu dia pura-pura tercicir dompet. Masa tu, banyak juga yang jujur, bagi balik dompet dengan makcik tu. Sampailah giliran seorang lelaki yang berbasikal.

Dia nampak jak dompet, terus dia ambil, mengayuh basikal seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Apa lagi, berlarian kru-kru semua nak kejar orang tu. Nasib baik sempat tangkap, kalau tidak, tak tahu apa nak jadi segmen tu.

Orang tu bagi alasan dia nak serahkan kepada “Tabung Barang Hilang” (Di Mesir ada tempat untuk letak barang tercicir, supaya orang boleh menuntut kembali (kalau silap sila betulkan)). Tapi, bila dikejar, macam gaya nak lari, tidak, nak lari, tidak.

Orang tu kena bagi nasihat secara halus dan berhikmah. Soalan simple kena bagi, “Kalau Rasulullah masih bersama kita, apa yang Baginda akan lakukan?”

Sememangnya, kalau kita terjumpa barang, itu bukan hak kita. Sedangkan dalam hadis sahih pun kena usaha untuk cari tuan punya barang selama setahun. Lepas setahun pun belum boleh secara mutlak kena guna. Inikan pula, orang accident, barang terjatuh, nak kutip depan mata mereka?

Kenapa nak barang haram? Kenapa hanya kerana barang, kita abaikan nilai-nilai sunatullah atau kemanusiaan?

Sedangkan terjumpa barang pun bukan jadi hak kita, inikan pula mengutip barang yang bertaburan di jalan raya. Belum campur mereka yang ambil kesempatan ambil barang-barang dalam kereta, sedangkan yang accident merintih meminta tolong untuk diselamatkan.

Tipikal kebanyakkan rakyat Malaysia bila ada accident depan mata, barang diutamakan, mangsa diabaikan. Oh, tak lupa, nombor plat kereta dicatatkan ~ woha.

aaaarghh

Ini juga ceriteranya

  • Nescafe 3 In 1 : Shoutbox Terlampau, Rm 30 Dan Sekuntum MawarNescafe 3 In 1 : Shoutbox Terlampau, Rm 30 Dan Sekuntum Mawar Entri Nescafe lagi, dengan topik yang berlainan. Berbaloi tak buat entri macam ni? Idea nanti makin berkuranglah macam tu kan? Senang cerita, kalau tiada idea, minum air. InsyaAllah, […]
  • Azam Yang Tak Tercapai Akalmu!Azam Yang Tak Tercapai Akalmu! Aku baru nak menaip awal pagi, tapi secara mendadak kawan aku bawa pergi Sandakan. Sebab tu aku posting lambat gila. Wajib post sesuatu, sebab 1.1.11 kan, nombor cantik seyh, bukan selalu […]
  • Tips Memikat HatiTips Memikat Hati Susah hati kerana mertua tak suka anda? Rasa putus asa perniagaan tidak berjaya? Atau tak dapat memiliki gadis idaman anda? Semuanya akan settle hanya dengan membaca artikel ini. Mungkin […]
  • Gerenti Beres!Gerenti Beres! Weehuu ~ Apa yang beres woo? Entri ni beres? Kerjaku beres? Ka beres pilihan bernas? Eh, itu beras, har3x~ Time wat entri sal "Award Dan Award Lagi" and "Anna Birthday GA", aku buka […]
  • Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja!Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja! Pergh ~ Tajuk macam mahu makan orang jak. Hakikatnya, aku nak bagitahu esok sekolah, yahoo! Ceh, aku buat apa gembira? Sebab dapat jumpa cikgu sekolah? Mentang-mentang mak bapa aku […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. macam ada 1 soalan troll ni yg kawan baru baca semalam kot mengenai org skrg.

    between world peace and bill gates’ fortune, what colour would your Lamborghini be??
    fariq recently posted..Lahirkan Dua Pasang Anak Kembar Seiras

  2. fuhh..macam-macam manusia sekarang ni kan..
    ohcikgu recently posted..Petua Guru untuk menjadi Guru Cemerlang dan Terbilang dan Kacak.

  3. salam..
    hmm…org sjrg dah x mcm dulu..
    kdg2 malu jugk dgn SEGELINTIR masyarakat msia ni..
    sebagai cth mcm yg diceritakan tu la…. :(

  4. as-salam..betul tu. macam hal skrg ni.jujur dgn tak jujur je
    qasehnyarania recently posted..Segmen : Lagu Favourite saya by Leeyana Amzar

  5. rambut sama hitam tapi hati lain-lain. harap kalau kita terserempak kes2 macam ni tak buat gitu
    Denaihati recently posted..Malaysia International Tourism Blogger Awards 2013

  6. memang byk ragam manusia ni
    beckhrooy recently posted..Soalan Wajib Temuduga atau Interview

  7. asal barang free..semua berebut nak. Hilang terus sifat keperimanusiaan. Lupa halal dan haram..hurmm
    puteri kasih recently posted..Fizz Fairuz Bertunang Dengan Isteri Orang Kerana Sihir?

  8. inilah dia harta dunia semata mata.
    nazray recently posted..Kenapa marah bila memandu?

  9. Manusia mmg ramai lg jujur..alhamdulillah
    hafizmd recently posted..Wordless Wednesday #31 Laksam Sebenar!

  10. Salam manis..

    Jujur pada diri sendiri… :D UmmiKami recently posted..Pantun Berkumis Misai Pemanis…

  11. Harapnya kita tak tergolong dalam golongan yang suka ambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
    Myra Jay recently posted..Arwendanish GA FM Aussie

  12. penerapan akhlak dan adab semakin pupus pada masa kini.
    faizal recently posted..Taksonomi Bloom: Aplikasi

  13. pemahaman agama juga semakin kurang merisaukan kita.
    faizal recently posted..Taksonomi Bloom: Aplikasi

  14. kes sebegini menimbulkan rasa kesian dan bimbang dengan diri dan generasi akan datang.
    faizal recently posted..Taksonomi Bloom: Aplikasi

  15. Sepatutnya tolong orang yang dalam kesusahan tu, bukannya menambahkan lagi masalah :) Nurul recently posted..Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: