AFF Suzuki Cup : Analisa Kemenangan Malaysia 4 Vietnam 2

aff suzuki

Seperti yang diketahui, Malaysia telah melangkah ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup setelah melakukan kebangkitan dengan bergaya, menumpaskan Vietnam dengan jaringan 4 berbalas 2, setelah pada awalnya tumpas di gelanggang sendiri dengan jaringan 2-1. Gol-gol telah dijaringkan oleh Safiq Rahim, Nurshahrul Idlan Talaha, Shukor Adan dan satu gol sendiri yang dijaringkan oleh Dinh Tien Thanh. Manakala Lee Chong Vinh merupakan penjaring kedua-dua gol buat Vietnam.

Secara amnya persembahan Malaysia amat memuaskan, dengan aksi menyerang pada babak pertama. Namun, pada babak kedua, mereka mula bertahan, dan pasukan Vietnam hampir-hampir mencemaskan pasukan negara kita. Berikut merupakan antara faktor-faktor kebangkitan Harimau Malaya pada malam itu :

1. Perubahan Kesebelasan Utama

Seperti yang dijangka, sekembalinya duo Shukor dan Amri dari menjalani penggantungan 1 perlawanan, mereka lantas dimasukkan ke dalam kesebelasan utama. Namun yang mengejutkan, pertukaran penjaga gawang yang mana Farizal Marlias mengantikan Apek, disamping Mahali pula diletakkan di bangku simpanan, dengan S.Kunalan, seorang pemain sayap yang mengisi posisi tersebut. Biarpun berisiko, tetapi amat difahami bahawa Mahali punca kepada gol ke-2 Vietnam semasa perlawanan separuh akhir pertama AFF Suzuki Cup di Shah Alam.

Piya pula bergandingan dengan Safiq Rahim, satu keputusan bijak dari Dollah Salleh kerana banyak gerakan menarik dihasilkan oleh duo ini. Indra Putra pula diletakkan pemain utama akibat kecederaan Safee Sali, dan dia membuktikan dirinya masih mampu menyumbang sesuatu apabila gerakan beliau berjaya mendapatkan penalti, serta gol jaringan sendiri juga berpunca darinya.

2. Disiplin pertahanan

Shukor Adan, kehilangannya amat dirindui dalam memimpin barisan pertahanan yang cukup goyah ketika perlawanan pertama di Shah Alam. Bijak membaca permainan, malah banyak melakukan bentesan penting untuk mematahkan percubaan pasukan Vietnam. Cuma gol ke-2 Vietnam berpunca dari kesilapan beliau yang gagal menendang bola dengan sebaiknya hingga terlepas kepada pemain Vietnam. Namun keseluruhannya, benteng pertahanan beraksi baik dalam menyerap asakan dari Vietnam.

3. Pertahanan Vietnam

Ini tampak cukup ketara, entah apa yang terjadi dengan benteng Vietnam, akhirnya dihukum oleh barisan serangan pemain Malaysia. Gol pertama penalti, gol kedua kesilapan komunikasi antara pertahanan dan penjaga gol, gol ketiga pula jaringan sendiri, dan gol ke-4 tiada satupun pemain Vietnam yang mengawal Shukor Adan. Itu sudah cukup membuatkan Malaysia memanfaatkan peluang yang ada.

harimau_malaya_celebrate_suzuki_cup_

4. Taktikal Menjadi

Berbanding pada perlawanan pertama, kali ini Malaysia bermain lebih terus, dengan hantaran-hantaran jauh berjaya memecahkan benteng pertahanan Vietnam, yang bermain lebih ke atas sedikit, yang akhirnya memakan diri. Dengan meletakkan S.Kunalan di bahagian pertahanan menggantikan Mahali jelas berjaya mengekang serangan Vietnam yang sebelum ini banyak melakukan gerak dari sebelah kanan pasukan Malaysia.

Extra

Bagi saya, Man Of The Match pada perlawanan kali ini adalah Shukor Adan. Pengalaman dan kepimpinan beliau terserlah pada malam ini dalam memimpin barisan pertahanan negara. Cuma ada satu kesilapan pada gol kedua, namun secara keseluruhan adalah baik.

Itu hanya sekadar pandangan peribadi. Selepas ini, Thailand menjadi batu penghalang terakhir bagi Malaysia untuk menjulang AFF Suzuki Cup buat kali ke-2. Diharapkan Malaysia mengekalkan konsistensi menjelang perlawanan akhir. Terdapat pemain yang harus dikekalkan dalam kesebelasan utama, terutama Piya. Go Harimau Malaya!

Skemanoti : Respek dengan penyokong Vietnam. Love you Vietnam.

Vietnamese fans cheer before the second leg of their Suzuki Cup 2014 semi-final match against Malaysia at My Dinh stadium in Hanoi

Ini juga ceriteranya

  • Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2014Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Perlawanan Piala Dunia 2014 Demam Piala Dunia kini melanda di seluruh dunia, dengan Brazil akan menjadi tuan rumah temasya berprestij ini. 32 buah negara telah bersiap sedia untuk bertanding bagi memenangi Piala […]
  • Preview World Cup Pusingan Ke-2Preview World Cup Pusingan Ke-2 Yezza, kini World Cup telah masuk pusingan ke-2.. Banyak kejutan dan kontrobesi yang berlaku sepanjang perlawanan di peringkat kumpulan berlangsung.. Bola Jabulani yang dikritik hebat, […]
  • Preview World Cup Suku AkhirPreview World Cup Suku Akhir Iyo, assalammualaikum dan salam sejahtera.. yezza.. World cup edisi 2010 ini sudah memasuki era suku akhir.. Tekanan makin bertambah, bukan sahaja pada pasukan, malahan peminat juga […]
  • Euro Dejavu : Italy Vs SpainEuro Dejavu : Italy Vs Spain Berkurun diri ini tidak mencoret sesuatu. Bulan Jun langsung tiada apa yang diperkatakan. Demam Euro melanda aku kot? Aah ~ Lelaki, demam bola lebih kuat dari demam selesema. Team pilihan […]
  • Malaysia Boleh Juara Piala Dunia?Malaysia Boleh Juara Piala Dunia? Ha? Biar betul? Sepa cakap? Paul the Octopus? Tidak, tidak dan tidak. Semua ini bermula dengan kehadiran seorang nenek si tukang tilik yang mempunyai kelebihan meramal yang di luar […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Tahniah kepada Malaysia yang berjaya mara ke Final. Berharap ada sinar untuk bergelar juara piala AFF 2014.
    adarain recently posted..Jangan Klik Pautan (link) Sesuka Hati Di Facebook

  2. oklah tu menang
    tp tgk smlm vietnam nyaris2 nak menang
    sbb team msia dah mcm rs lega kut time skor 4-1
    el recently posted..MAKAN SOLID FOOD

  3. Semoga Harimau Malaya mengekalkan prestasi pada pertandingan akhir nanti
    Nurul recently posted..Blog Review # 5 Parihh

  4. harapnya Harimau Malaya terus beraksi cemerlang di final nanti sebagaimana mereka beraksi di separuh masa pertama semalam…manakala separuh masa kedua tu sangat mencemaskan dan mendebarkan. Shukor Adan memang berjaya ketuai pasukan dengan baik :) puteri kasih recently posted..Kumpulkan Semua Menjadi Satu

  5. biasanya aku tengok offsite. pasukan mana yang berjaya buat banyak perangkap offiste..defense dia kira bagus la.

    la ni..baru la nampak ada offiste. sebelum ni..semua defense kita dok berkubu aje.

    baru la nampak kan ada fungsinya shukor tu kan?
    titan recently posted..IKR Gathering 2014.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: