Tips Mendidik Anak Dari Saat Lahir

Setelah bergelar seorang “bapa”, banyak artikel mengenai tips mendidik anak menjadi bahan bacaan di kala santai. Ok, ni tak betul, bila ada post di Facebook baru nak selak-selak isi kandungan artikel, hehe. Tapi ada satu artikel yang cukup menarik perhatian daku tatkala itu, yakni melatih perkembangan otak anak terutama dari saat lahir, atau dalam usia 0-3 tahun.

Artikel ini menggunakan bahasa santai, sesuai dengan penulis yang memang suka bersantau, eh, i mean bersantai. Tips mendidik anak ini aku selitkan juga dengan pengalaman-pengalaman daripada orang lain, bersesuaian dengan point-point yang ditulis.

1. Biasakan anak dengan membawa bermain pasir, rumput dan sebagainya.

sand

Bakteria!! Itulah alasan yang selalu digunakan oleh ibu-ibu (sebab bapa-bapa ni sempoi, whoaa) yang risaukan anak mereka. Namun hakikatnya, dengan bermain seperti pasir dan rumput, ianya akan dapat merangsang skil motor dengan skil sensornya. Satu terapi juga bermain di pasir dengan rumput-rumput. Mak aku pun dulu selalu bawa aku pergi main dekat padang, sebab tu aku terasa macam bijak sikit, sikit jak lah, kalau banyak takut riak, whoaa ~ hehe.

Yang menariknya, daya tahannya juga akan meningkat, yakni antibodi. Menurut tips pensyarah aku dulu, dia biasakan anak-anaknya bermain di padang, ketika masih umur-umur merangkak. Jarang juga anak dia sakit, berbanding kawannya, anak-anak dia dilarang bermain diluar, kira anak seorang pembersihlah. Tapi dari pemerhatian, anak-anak kawannya tu selalu demam-demam, selalu sakit-sakit. Mungkin sebab tidak dibiasakan dengan alam sekitar.

Yang penting pantau, jangan biar-biarkan, nanti ada yang makan pasir, huru-hara jadinya.

2. Jangan dedahkan benda “berkotak”

ipad

Kotak tu macam Tv Lcd, Ipad, Smartphone yang korang boleh beli dari Lazada, part ni yang bahaya. Dikisahkan di sebuah sekolah khas, seorang budak Australia, berumur 4 tahun, semua jari tangan, kaki lututnya tak seberapa nak normal. Sebabnya?

Terlalu didedahkan komputer dan touch screen Ipad!!

Sarafnya rosak akibat kurang ransangan dan kurang latihan masa kecil. Parent dia sibuk, entah sibuk macam mana, pastu dibagi anaknya leka main Ipad sepanjang masa. Apa kejadahnya terjadi sedemikian rupa. So, bila dah umur macam tu, baru nak pergi masuk kelas pemulihan, belajar melompat, meniarap, merangkak dan segalanya.

Sebenarnya tiada masalah nak kalau nak tengok benda ni, tapi ada batasnya. Dan yang penting, join anak-anak masa tengok kartun ker, contoh upin-ipin, lepas tu berinteraksi dengan mereka ni. Cakaplah baju Upin ada huruf U, Ipin kejar ayam, lebih kurang macam tu.

Bukan apa, bila kita tengok ipad, mata kita tertumpu pada satu benda sahaja, tiada pergerakan “rolling” pada mata. Jadi, bila banyak tekan-tekan ipad, bermaksud tiada pergerakan pada saraf-saraf mata. Kena luaskan pandangan anak-anak ni, bawa kat luar, takpun main apa-apa jenis objek, supaya ada ransangan saraf mata, perkembangan otak pun berlaku dengan baik.

3. Meransang “Imitation Skill”

Imitation skill bermaksud kebolehan anak-anak dalam mengikut atau meniru apa sahaja perkara di sekelilingnya, contohnya seperti bertepuk tangan, kita tepuk tangan, anak pun ikut sama. Ini part yang perlu diambil berat kepada kedua ibu bapa.

Mak aku cakap, kena selalu bawa anak-anak ni bercakap, biarpun sepatah halal pun tak faham, tapi ianya dapat meransang otak anak-anak. Tak kisah apa benda pun diceritakan, nak berzikir, menyanyi pun boleh, asal jangan menyanyi lagu heavy metal jak la, tak pasal-pasal nanti head banging kerja budak tu nanti.

Bukan apa, dikhuatiri otak lambat pick-up, kerana kekurangan interaksi diantara ibu bapa. Aku juga ada terbaca satu kajian yang mana semasa bayi dalam usia 2 minggu hingga ke 2 tahun macam tu, perkembangan otak amat pesat ketika itu. Masa tu lah paling sesuai kalau korang nak ajar bermacam-macam perkara kat bayi.

Jadi, ibu bapa digalakkan untuk buat kaedah-kaedah macam ni:

  • Cakap satu perkataan, suruh anak-anak ulang; “Itu apa, burung murai” anak pun ikut “buyung muyai”
  • Buat satu lukisan simple, suruh anak lukis balik
  • Buat mimik muka macam ketawa, nangis, marah, pastu suruh anak ikut
  • Nyanyi lagu atau paling elok berzikir berirama, pastu suruh anak ikut
  • Paling best buat pergerakan macam merangkak, lompat, cangkung, bergolek dan sebagainya, pastu suruh anak buat sama.

Dan jangan lupa, masa tu juga mereka akan meniru peribadi orang paling dekat dengan mereka, sebab itu, mendidik anak juga
diumpamakan mendidik diri sendiri.

4. Perkembangan merangkak

Lumrah anak, dari baring, pelan-pelan nak berpusing, pastu jadi suster ngensot, baru merangkak, bertatih, last sekali berjalan dan belari. Tapi fokus adalah merangkak, kenapa?

Sebab ianya melibatkan seluruh anggota badan. Ianya menguatkan otot-otot leher, tangan dan kaki. Malah, pergerakan merangkak akan meransang neuron dan membenarkan otak mengawal bahagian kognitif di mana ianya sangat bagus untuk penumpuan dan memori.

merangkak

Merangkak juga akan melatih koordinasi mata, supaya dia lebih mudah membaca dan menulis. Dengan merangkak juga, ianya akan menguatkan otak kanan dan kirinya kerana pergerakan kedua-dua belah bahagian kaki dan tangan. Malah menurut kajian, bayi yang merangkak lebih lama terbukti lebih kreatif dan genius.

Tapi, bagi yang pandai berjalan terus pun tiada masalah, yang penting didikan berterusan daripada kedua ibu bapanya.

5. Nak ajar anak bercakap, dahulukan perkataan sebelum kenyataan.

Macam pantun pula aku dengar point ni, whoaa ~ direct to the point, kalau nak ajar anak bercakap, dahulukan perkataan terlebih dahulu, contohnya kalau nampak tikus, lebih baik cakap :
“Tikus!!”
bukannya “Wargghh ~ tikus hitam nak!!”
atau “Arghhh ~ nak tengok tu, tikus besar!!”

Eh? Mati aku kalau bini aku baca ni, sal memang kalau keluar tikus, tak sempat nak ajar anak aku bab haiwan, haha. Tapi, kalau anak dah tahu tentang benda atau haiwan segalanya, bolehlah tambah-tambah sikit macam “Tikus besar”, “Kereta cantik”, yang penting ajar anak satu-satu patah perkataan, bukan buat gaya berceramah.

Sama juga kalau nak bagi arahan, contoh : “Makan”, bukannya “Mari sini, makan dulu”. Yang penting slow and steady, biar dia dapat banyak perkataan, baru belajar ayat.

6. Kalau anak buat salah, terangkan kesalahan berbanding marah

Ini kerap berlaku di kalangan ibu bapa, bila anak buat salah, paling cikai pun main ugut-ugut.

“Haa, lari-lari kat rumah orang nanti abi tarik telinga!”

Tak, tak, bagitahu kat dia kenapa tak boleh lari-lari kat rumah. Budak-budak masa tu logiknya aktif, tapi apabila diterangkan mengapa ianya salah, maka sekurang-kurangnya dengan penerangan akan membentuk peribadi berbanding kita marah-marah hanya menampakkan emosi. Bukan tak boleh marah, tetapi daripada membebel membuta tuli, tanpa penjelasan kenapa dia tak boleh lari-lari, nanti hanya akan jadi budak patuh kerana takut, bukan kerana peraturan yang telah dijelaskan.

Yang penting masa cakap, eyes to the eyes, bukan berdiri bercekak pinggang sampai anak tertunduk-tunduk ketakutan. Pandang matanya, terangkan kesalahannya.

7. Terlalu biasa dengan seseorang sangat tidak baik.

Kebiasaan kalau isteri yang selalunya seorang suri rumah, anak rapat dan manja sangat dengan ibunya berbanding dengan bapanya. Itu tak baik untuk peribadi diri, tetapi biasakan anak untuk rapat dengan semua orang. Terutama ahli keluarga yang lain.

8. Bila bermain, ikut kesukaannya

Kalau anak main masak-masak, jangan bawa anak main bola. Ikut kehendaknya. Kerana masa itu perkembangan otak akan berada dalam tahap maksima ketika budak-budak berminat dan gembira sesuatu perkara. Yang penting jangan dia minta bukan-bukan, susah nanti, tu patut kena marah kot, hehe.

9. Bagi pilihan jawapan untuk meningkatkan teknik komunikasi anak.

Andaikata kita bertanya sesuatu dengan anak, dia diam, jangan biarkan dia diam begitu sahaja. Tak menjawab soalan. Contoh kalau dia menangis, kita tanya sebab apa dia menangis, dia diam saja. Bagilah beberapa pilihan jawapan, contoh nak susu ka, nak kencing ka, jatuh ka, lebih kurang macam tu la.

Kalau dia respon angguk pun cukup dari tiada. Nanti dia tahulah nak jawab pada masa akan datang.

*******************************************************************************

Inilah antara cara untuk meningkat perkembangan otak anak terutama umur baru lahir hingga ke-3 tahun. Tips tu memang dari pakar kanak-kanak, yang ditulis oleh seorang blogger parenting untuk dikongsi bersama. Seperti yang saya katakan, ada yang saya tambah, mengikut pengalaman dan pembacaan.

Yang penting, berusaha dan bertawakallah kita dalam mendidik anak-anak. Mereka umpama kain putih, tetapi peranan ibu bapa yang paling besar dalam mencorakkan perkembangan anak-anak. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh serta pintar.

Extra

Ilmu sebagai ibu bapa cukup luas, oleh yang demikian, kita sebagai ibu bapa seharusnya menimba ilmu secara lebih banyak lagi berbanding dengan apa yang kita tahu, pengalaman dari orang lain dan sebagainya. Klik sahaja gambar diatas untuk panduan menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Ini juga ceriteranya

  • Bila Isu Memasak Dan Imam TimbulBila Isu Memasak Dan Imam Timbul Bharian.com.my Anda mesti pernah membaca isu perempuan tak pandai memasak ni kan? Lepas tu perempuan pun balas balik, lelaki kalau tak jadi imam, belum boleh kahwin. Dalam blog sudah […]
  • Pilihan Mak Vs Pilihan SendiriPilihan Mak Vs Pilihan Sendiri "Ish, kamu ni, macam ni kamu kata nak buat bini?" "Mak lebih berkenan dengan Farid Kamil dari Fahrin Ahmad kalau buat menantu" "Cubalah cari perempuan yang ada kerja, senang juga hidup […]
  • Kisah Suami Isteri Ini Boleh Mengalirkan Air Mata AndaKisah Suami Isteri Ini Boleh Mengalirkan Air Mata Anda Kisah suami isteri ini pernah menjadi viral satu ketika dahulu. Aku ambil cerita ni dari page Karyawan Bisu, lalu aku tempekkan di page Segala Ceritera, lantas mendapat perhatian […]
  • An Owl StoryAn Owl Story "Ibu, ibu, kenapa ibu berdiam saja." Si anak berusaha membangunkan ibunya yang telah terlena selama-lamanya akibat diracun. Kalaulah gajah itu berkata-kata, mesti banyak yang terdiam, […]
  • Edisi Raya ~ Jangan Abaikan MerekaEdisi Raya ~ Jangan Abaikan Mereka Yezza ~ Tinggal beberapa hari lagi kita akan meninggalkan Ramadhan yang mulia untuk menjengah bulan Syawal. Sudah pasti salah satu benda utama yang difikirkan adalah kepulangan raya yang […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Akak setuju sangatt bab bagi anak main pasir,rumput semua tu..sebab anak2 akak memang jarang sakit demam ni..masa kecik dulu je..dah besar ni memmag tak de sakit2..lagi2 anak akak yang umur 2 tahun ni..kalau hujan dia dulu keluar main hujan,main pasir,terjun dalam lumpur.

    tab,laptop,enpon memang tak dapat la..lagi2 si adik.memang boleh jeling je la..kalau kakak tu akak bagi jugak seminggu sekali untuk beberapa jam ..supaya dia reti jugak bab2 ni..kan??kat sekolah pun ada belajar komputer bagai.

    Ada yang kata ,kena bagi jugak anak kecil main tab,kenal teknologi sebab ini zaman diaorang..pelik nya..zaman kecil kita dulu tak de pun tab semua ni,tapi reti je guna..kan?
    diana recently posted..ZIZIE IZETTE TAWAR HADIAH IPHONE6 KEPADA PENGIKUT INSTAGRAM

    • Nampaknya ada support ni, hehe. Betul kan? Memang membantu membentuk antibodi, hehe.

      Boleh main juga bab tab2 ni, cuma ada had, sebab generasi Z, perlu mengenal teknologi kan, hehe. Betul kak, saya kagum dengan diri kita sendiri, haha.

  2. bagus tips2 ni…biasanya kaum ibu je yg sibuk cari info pasal cara didik anak ni…kaum bapa pun dan cari info macam ni…bagus2…orang sekarang sibuk kasi anak2 kecil bagi phone la, tab la..n rasa bangga anak kecil dah sibuk dengan gadjet…shared di sosial media…zaman teknologi la katakan…tapi tanpa sedar bagi kesan yang tak elok pada anak tersebut…harap2 ramai yg buka mata dan minda..
    noe recently posted..Anak Kucing Comel Bermain

    • kaum bapa cari juga tu, tapi selalunya yang cari masa 1st time jadi bapa, selepas tu….. hehe..

      Part tu yang payah, lebih parah tanpa kawalan, sepatutnya berpada-pada, itu yang lebih baik.

  3. memang bagus tips nie..lagipun usia anak saya baru setahun lebih
    blogger lelaki recently posted..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

  4. bagus2 tips yg dikongsi nie. banyak yg saya dh try, n memang berkesan, Alhamdulillah. ^_^
    Oja Samid recently posted..Pengalaman Bersalin di Jepun Yang Sangat Manis dan Berharga

  5. terboomark artikel ni..hehe.. maklum lah anak kita pun baru nak belajat merangkak..tips ke lima agak lawak sikit..haha..kang terkejut baby tu.. :) JR recently posted..FELIXIA YEAP ARTIS PALING BANYAK DICARI DI GOOGLE 2014

  6. nice sharing info ni. aku yg belom kawen & blm ada anak ni trus bookmark utk masa depan kikiki
    anamizu recently posted..Doodles of Life | [Giveaway] Hello from Canada

  7. Bagus semua tips ini untuk pandua para ibubapa …
    Nurul recently posted..Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Hukum Wanita Pam Susu Badan Di Pejabat

  8. Thanks for the tips.
    Fiza Rahman recently posted..Pameran Evolusi Senjata dan Kemanusiaan Sedunia @ Muzium Negara

  9. walaupun saya belum kahwin, tapi banyak ilmu yang saya belajar melalui artikel ni. Ya, saya setuju, budak2 kalau bagi main ipad, tab dan sebagainya menjadikan otak mereka tak berkembang.
    MNH recently posted..ENAM CARA RENDAHKAN TEKANAN DARAH BAGI PESAKIT DARAH TINGGI

  10. anak baru kena didik cara halus bukan kasarkan.otak mereka pada masa ini sungguh unik.
    suri recently posted..Cerai Lemak Tebal Dalam Diet Dan Plan Betul

  11. Saya setuju sangat benda berkotak ni memang kena kawal, sekali dah jadi habit memang jenuh la…
    Nurul recently posted..Hukum Menyusu Anak Lebih 2 Tahun

  12. budak2 ni mesti dilatih koordinasi mata dan tangan/jari
    senang nanti mereka nak belajar menulis
    TehR recently posted..Jalan Di Tutup Kerana Banjir

  13. betul. baru2 ni saya bawak anak ke pantai. baru setahun. main pantai, terus warded 7 hari.. overexpose to bacteria la kot.. hahahaahah

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: