Tips Blogging : Kenapa Komen Boleh Menjenamakan Blog Anda?

Dunia blogger tak akan meriah kalau tiada function komen. Mungkin banyak dah yang tahu kepentingan meninggalkan komen kat blog orang, namun, ramai yang kurang faham dalam menjenamakan blog melalui komen.

Macam yang kita tahu, kalau kita komen tempat orang, kita akan dapat backlink, dapat kurangkan ranking alexa, boleh menaikkan pagerank sesuatu blog, tapi tahu tak, ianya bukan hanya sekadar SEO. Ianya mengenai penjenamaan blog anda, yang terus menaikkan trafik secara tidak langsung ke dalam blog anda. Lagipun, kalau korang nak detail bab SEO, lebih baik korang baca kitab Teknik SEO Merah Jambu tu.

Pergh ~ ayat pancingan nak suruh korang klik link kitab tu, haha. Renung-renungkan, dan selamat beramal. Eh? Belum habis lagi. Sebelum kita cakap lebih lanjut bab penjenamaan, kita tengok dulu jenis-jenis tukang komen :

The Transformer

transform

Tukang komen ni yang jenis robotik, macam spam bot. Contoh –contoh komen macam “Nice tips” “Best artikel ini.” Kalau sekadar satu komen di setiap artikel macam ni tidak apa, tapi semua artikel kat blog orang lebih kurang sama bunyinya. Mungkin paling kurang ayat penyedap “Nice tips, Nora bagi 4 bintang.” Whoaa~

Anthem Cromok

Ni macam ganas, tapi tak juga ganas sebenarnya. Ni jenis yang suka komen “hentam kromo”, samada komen selepas baca tajuk, atau baca kepalanya saja, atau setakat kesimpulan yang penting, kejadiannya, bila komen, jauh ke laut dari artikel sebenar. Tajuk Doraemon tapi komen Dorayaki, mabuk laut kali ni, ish3x ~

The Selfie One

bean

Spesis ni, dia nampak gambar terus komen. “Eeh, comelnya panda ni, nak cubit-cubit jer rasanya.” Hmm, artikel aku panjang lebar cerita kenapa tak tidur malam mata terus jadi panda, panda tu juga kau komen, kata Suparjo, pemilik blog lain yang tiada kaitan dengan blog ini.

Cabai Blast

Yang ni, komen pedas gila, kalau kau punya artikel tak berkenan di hatinya, siap kena cabai. Kalau keluar ayat kotor, pandai transform tu cabai jadi lain. Yang ni selalu punca buat orang lain baca komen pun ikut nak mencabai kerjanya.

Thinker-Thinker Little Star

Yang ni paling best punya komen, nampak sangat baca artikel, bagi komen dengan bernasnya, mungkin sebab makan beras pilihan Bernas? Yang ni baru boleh Nora bagi 5 bintang tukang komen jenis begini, Yeaahh!!

Jap, penulis blog ni bukan bernama Nora, jauh sekali seorang wanita!

***************************************************************************************

Rasa-rasa korang, jenis yang macam mana tukang komen tu? Kalau korang punya blog kena komen antara 5 jenis tu, mana yang korang rasa happy sangat?

Aku berani kerat kuku yang orang ke-5 tu buat hati blogger berbunga-bunga. Sampai buat korang angguk-angguk bila baca komen dia. Jenis yang nombor 5 ni, secara tidak langsung akan membina satu link building antara sesama blogger.

Tak kisah bentuk penyampaian macam mana, gaya Maharaja Lawak ka, Skema habis ka, yang penting dengan komen-komen tersebut akan menyebabkan korang mendapat perhatian, InsyaAllah.

Tapi, tak kira macam mana jenis komen pun yang korang buat, pastikan ada interaktif dengan tuan blog. Biarpun dia tidak balas komen korang, sekurang-kurangnya anda berusaha untuk berinteraktif dengan mereka.

interaktif

Terutama yang part pengkomen jenis transformer, selalunya komen begitu dibuat jika tajuknya berbentuk tips, ataupun hakikatnya, tak keluar idea nak komen blog (aku pun ada juga macam ni). Tapi sependek mana pun komen anda, yang penting ada suasana untuk mewujudkan satu komunikasi.

Ingat, apa yang anda komen, itulah mencerminkan peribadi anda. Itulah yang akan mengingatkan mereka terhadap diri anda, itulah yang akan menjenamakan blog anda tak kira dari blogger, mahupun anonymous (yang selalunya menjadi tukang pembaca komen).

Jadi, kalau korang nak blogwalking, sebaik-baiknya, tinggalkanlah komen dengan gaya nak berinteraktif dan bernas. Tapi itu pilihan anda, untuk mendapatkan sesuatu, kena banyak memberi.

Anyway, maaflah, aku bukan jenis yang blogwalking, tapi “blogngensot”, whoaa~

Ini juga ceriteranya

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. haha.. saya gelak baca. Ada juga yang Anthem tu, sampai saya tak tahu nak jawab balik apa.Yang cabai pun ada di blog lama, sampai rasa nak berhenti berbelog.
    Bagi saya, kdg2 tak tahu nak komen apa, saya tak komen juga. Sebab memang bukan bidang saya. Tapi ok juga dapat ilmu :) .
    Thinker paling best, sebab hargai blogger berjaga malam menulis. hehe..
    diana recently posted..Pelangi Kan Datang!

  2. Aku komen pun kadang-kadang ikut keadaan dan topik yang dikeluarkan. kalau berkenaan dengan persoalan dan persamaan mungkin panjang sikit komen.
    adarain recently posted..Kelantan : Banjir Paling Teruk Terjejas

  3. Perkongsian yang paling buli tahan :)..
    Calrase Patrick recently posted..Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

  4. semua penah rsa kecuali cabai blast…mmng wujud pengomen2 kategori yg dinyatakan tu…

  5. kalau entry GA memang komen akak sama je..”good luck..”..”semoga berjaya..”..kalau entry selain tu,panjang sikit la..heheh..tapi kan kalau entry tu ada gambar seketoi je…lepas tu bawah nya tulis 1 patah perkataan je..contoh “hahahah..”konon lawak la gambar tu..jangan la mengharapkan komen yang panjang jugak..mungkin akak pun akak balas dengan “hahahah”.. jugak..atau pun..”setuju..”
    diana recently posted..BIHUN SUP AYAM GORENG UNTUK SI KECIL

  6. Nak beri komen pun perlukan kemahiran yang perlu diasah juga. Mungkin mula-mula tu yang keluar ayat “thanks, nice tips”.

    Tapi lama-lama Insyaallah jadi 2-3 ayat..

    Practice make perfect orang kata..

  7. Saya pun blogensot juga ni… tu sampai ke sini hehehe…
    Bab2 komen ni kan, dia ada wikut itu modd jugalah, ikut itu post jugalah …
    Entry manyak shiok, manyak suka, komen pun mesti best… tapi kalau entri pun ckp manyak tapi talak faham, susah mau komen woo…
    Noor Azlin @ Bizznurse recently posted..Redha dengan Kesusahan dan Kebaikan

  8. okey fne..nice artikel…hahaha..kadang2 aku ni nak komen pun kena ikut mood..kadang2 xde idea..kadang aku saje je komen troll dekat blogger yang selalu aku singgah…hu3
    blogger lelaki recently posted..Jom Aktifkan Mykad

  9. Akan komen jika rasa sesuai
    Lama xbuat aktiviti blogwalking.. Hahhaa
    sop recently posted..Sukanya Auni mandi kolam

  10. Rasanya , saya adalah jenis “Thinker-Thinker Little Star”.

    Tp , kenapa Thinker-Thinker , kenapa bukan Twinkle-Twinkle ?

    Kategori “blogngensot” ni , mesti jenis yang hanya melawat 1 hari , 1 blog kan ? haha

  11. sambil2 berkomen, dalam masa yang sama kita akan mempasarkan jenama/website kita di luar sana.tapi nak komen tu biar la beretika
    kereta sewa shah alam murah recently posted..Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam

  12. Tapi kadang-kadang tak tau nak komen apa. Ada yang post diblog sebijik macam pos di facebook, benda-benda merapu pun nak post. Mungkin admin boleh buat satu artikel tentang blogger yang suka post cam gitu. Susah la nak komen hehe..
    SentiasaPanas recently posted..#StayStrongAirAsia #QZ8501

  13. Komen memang dapat meningkatkan kredibiliti blog.

    Untuk blog owner dan juga blog pengkomen.

    Lagi banyak komen dalam blog, di mata google blog itu bagus.

    Sya pun jarang blogwalking juga ni. Dulu-dulu rajinlah :D Sya Isya recently posted..Derma Mangsa Banjir 2014 Sambil Belajar Buat Duit Online

    • Yup.. betul tu.. komen yang bernas InsyaAllah meningkatkan kredibiliti sesuatu blog tak kira mana2 pihak sekalipun.. Saya pun baru beraksi juga bab blogwalking ni.. hehe

  14. haha,…macam2 gaya komen rupanya… maklumla, saya budak baru belajar..
    Niza Yusof recently posted..14 Tips Elakkan Sakit Musim Hujan

  15. kreatif juga dengan penggunaan perkataan baru..best j kalau ada orang tolong potong kuku untuk kita..
    Hero Borneo recently posted..Masa Terbaik Untuk Melaksanakan Azam

  16. Kalau CP tengok pada mood gak..kadang-kadang jadi transformer tapi apa pun kena baca entri dulu baru boleh nak komen
    ccikpin recently posted..Kurma Untuk Mangsa Banjir

  17. okeh.

    aku dah komen dah kat artikel nih.
    titan recently posted..12 Kebaikan Hisap Rokok

  18. Haha bagus lah pasal komen2. Kadang2 komen boleh buat owner blog jadi semangat sebab nampak ade juga yg sudi drop a comment walaupun entry bertahun yg lalu. Eh? Straight to the point pulak. Hehehe. BTW sy nak twinkle2 little star. Ngee~

  19. aku pernah jadi kesemua diatas dan dikomen oleh semua jenis orang diatas, tapi ada 1 jenis orang ni, dia tak komen kat blog kita, dan tak ada komen dari dia langsung, tapi nanti ada la dia buat kat blog dia, dia buat entri untuk menghentam entri kita.

    tapi sebenarnya dia ok, cuma.. panjang ceritanya… hehehe
    Alongxp recently posted..Harga advertorial saya berapa?

  20. Komen biarlah yg membina…kitab seo merah jambu tu saya dah beli melalui Firesale Amal 2014
    Nadri Mohd recently posted..Wang Simpanan KWSP Di Keluarkan Perlu Di Zakat

  21. Nak komen boleh tapi kena la baca habis dulu posting tu baru komen. Ni tak tahu hujung pangkal terus komen. Lagipun tak semua komen bagus untuk seo dan diambil kira untuk seo. Banyak faktor yang perlu diambil kira untuk seo. Bukan asal jumpa blog atau website je terus komen.
    Kereta Sewa Puchong recently posted..Kereta Sewa Shah Alam Seksyen 13

  22. Jika baca artikel sampai habis, dan faham apa yang disampaikan, insyaAllah komen yang diberikan juga baik. Dan tidak keluar topik…

    Kadang-kadang jari lebih cepat menaip daripada OTAK. Betul tak? ;) Helmi Aliarit recently posted..Gunakan Tanpa Was-was Halal JAKIM Dan Badan Islam Yang Diiktiraf. #7 Ramai Orang Islam Tidak Tahu.

  23. terlanding pulak di artikel ni. walaupun lama, idea bernas dan kreatif.

    kebiasaannya, saya suka baca dulu sebelum komen..baru sedap mengayat, bilang..he he. komen tiada kena mengena pun ndak best jugak. sebab kita pun mengharap yg sama di blog kita.. (walaupun x semua buat begitu..its ok). jangan tidak tau, saya suka baca komen2 di blog orang bila saya baca satu-satu entri… kadang-kadang, dalam komen tu la ada tips2 atau info tambahan..
    ctfand recently posted..Dah Februari 2015

  24. terima kasih.. tips yang menarik
    farhan recently posted..Semakan SAPS Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: