Jodoh Tertulis Di Langit Tapi Bukan Turun Dari Langit

Tajuk punya panjang gila, terbelit-belut lidah menyebut. Oh, persoalan jodoh. Sekarang lagi musim “kahwin”, banyak jemputan untuk habiskan beras. Orang bujang paling suka bab ni, maksud aku, bukan bab kahwin, tapi kenduri kahwin, makan free kan, haha. Aku pun bujang, bujang 3, haha. Erk?

Tapi part yang orang cakap “tak best”, kalau kena tanya soalan maut, cuma tiadalah sampai kena cabut nyawa dengan malaikat maut tu. Soalan dia cukup simple, “Bila kau nak kahwin ni?”, “Giliran kau bila lagi?” dan jawapan dia pun simple, “Belum ada jodoh lagi, nak buat macam mana”. Nasib aku dah lepas part soalan ni, whoaa ~

Persoalan jodoh, semua memang terniat nak kahwin, nak ikut sunnah Rasulullah. Lepas tu terhindar juga dari maksiat. Masalahnya, jodoh belum ada. Belum jumpa. Maka, keluarlah ayat “Entahlah, tiada jodoh aku kali tau”, pergh, maaflah, ayat tu tidak boleh diguna pakai. Minta maaf, minta ampun, kirim salam di angin lalu.

windy

Telah dinyatakan di dalam Al-Quran, “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka sendiri, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya”. (Yassin:36)

Surah yang selalu dibaca lagi, Yassin. Tapi, ayat itu umum, tak kiralah lelaki dan perempuan, setiap makhluk punya pasangan, umpama siang dan malam, laksana lautan dan daratan, semua tetap ada pasangan. Pergh ~ Ayat, kalah lagu Misha Omar, bunga-bunga ayat. Eh? Ada ka lagu tu?

Yang penting, kita hendaklah yakin bahawa jodoh kita tetap ada, dan sememangnya akan datang pada kita. Yang membezakannya adalah cepat dan lambat.

Persoalannya, kenapa belum ada jodoh lagi? Jodoh bukan macam dalam cerita P.Ramlee, sekali petik, sepuluh yang datang. Kita kena berusaha ke arahnya, InsyaAllah akan ketemu juga. Berusaha? Berusaha macam mana tu? Kan tak elok berkapel? Ni nak suruh usha awek ka? Atau skodeng awek?

Mudah sahaja sebenarnya, terutama bagi lelaki. Nak mengurat awek tiada salah pun, tapi bukan ayat piiwwiitt! Nak mengurat, biar berseni, seni menyentuh hati. Korang nak ayat skill ayat-ayat cinta, baik simpan sahaja, sebab syaitan paling suka nak masukkan jarumnya dalam sesi luahan hati, selagi ianya bukan halal buatmu. Macam mana nak ayat skill menyentuh hati ni?

Perkasakan peribadimu, jadikan dirimu hebat! Seorang yang mempunyai peribadi yang tinggi pasti akan dipandang orang, konfom awek yang diminat mesti tertawan. Yalah, semua orang nak pasangan mereka yang terbaik, kalau mahu yang terburuk dari ladang, fius rosak lah tu. Kalau dah yakin dia tertawan, bukan jumpa dia, pergi jumpa mak bapa terus, cakap minta izin, nak menyunting bunga di taman. Yang penting, jangan cakap menyunting bunga tahi ayam!

Yang perempuan pun sama, mentaliti kena ubah, jangan fikir sangat istilah “perigi cari timba”. Sepatutnya memang perigi patut kena cari timba pun, kalau dah jumpa perigi, mestilah kita cari timba kan? Usaha anda? Macam juga yang saya katakan pada lelaki, tapi pada perempuan, perhaluskan peribadi, serlahkan kualiti anda selaku seorang wanita, pasti si dia tertawan. Macam iklan Safi, betulkah?

Eh? Itu sapi, hehe. Siap aku kena saman Syarikat buat Safi ni, haha. Apapapun, cuba kita imbas kembali sirah Rasulullah, kenal Siti Khadijah? Konfom kenal kan? Kalau tak kenal, pergi ambil UPSRU balik. Lihat bagaimana beliau sendiri memulakan langkah, merisik Rasulullah melalui Nafisah. Kemudian datang rombongan meminang dari pihak lelaki setelah diketahui hasrat Khadijah itu. Jadi tidak salah untuk wanita memulakannya. Yang penting penuh hikmah, bukannya ikut nafsu semata-mata.

So, buat lelaki dan wanita, sememangnya telah tertulis jodoh kita dengan siapa, tapi usaha kita perlu ada untuk mencapainya. Kerana kita tidak tahu siapa gerangan mereka yang mengisi tempat di sisi kita. Banyak lagi usaha yang boleh dibuat, yang penting, kita tidak menyalahi syarak.

Kalau dah jumpa yang dicari, tapi risau sal duit tak cukup? Tipsnya ada. Cuma klik saja Panduan ini –> Strategi Kahwin dan Kaya <– InsyaAllah, pasti membantu anda. Ingat, jodoh tu cuma tertulis di langit, tapi takkan turun dari langit.

Ini juga ceriteranya

  • Yang Dicari Dan Yang MencariYang Dicari Dan Yang Mencari "Orang yang senang dapat selalunya susah menjaga pasangannya manakala orang yang sentiasa mencari biarpun tidak dapat pada mulanya, bila sudah dapat, dia akan jaga sepenuh […]
  • Bahana Putus CintaBahana Putus Cinta Bila cinta kini Tak lagi bermakna Yang ku rasa kini Hanyalah nestapa Ditinggalkan cinta masa lalu Fuh, terjiwang seketika, memang yang tengah frust sal kena tinggal kekasih hati, […]
  • Mari Berpacaran Dan Wali BandMari Berpacaran Dan Wali Band Suhaimi Kalau berpacaran, Memang banyak pantang larang Menjaga susila, Ibu bapa adik abang Apabila berdua, Carilah tempat yang terang Agar tidak pula, Mencuba aksi […]
  • Oh Isteri ~ Thumb DownOh Isteri ~ Thumb Down Awal Perkahwinan "Wah, sungguh cantik sayang malam ini. Sejuk mata abang memandang", si suami memuji isterinya. "Thanx abang, malu ayang tau", balas si isteri sambil tersipu-sipu […]
  • Bukan Girlfriend, Tapi IsteriBukan Girlfriend, Tapi Isteri Saat mana seorang insan jatuh cinta, benda yang 1st difikirkan, macam mana nak tekel si dia. Nanti-nanti kad merah, sedih la pula. Disana keberanian akan memainkan peranan, bagaimana […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Sama sama berusaha memperkasakan diri..jgn la tak berusaha majukan diri..tapi nak pasangan hebat belaka..

  2. suka n3 ni..mampu buatkan cik tom tersenyum kembali..thanks ye..

    atik..tenkiu atas komen membina tue..cik tom terlupa yg cik tom pernh buat n3 tue..thanks..touching siap nangis lg..sob3..thanks again..ni syg atik :)

    • Thanx Cik Tom.. hehe.. Yang penting.. Ur smile again.. hehe..

      Pergh ~ Xsalah nangis.. sal nangis yang cik tom wat tu yang berkualiti.. sayang cik tom juga.. eh? haha..

  3. baikkanlah diri untuk dapat yang terbaik….selain doa dan tawakkal juga
    best entry…kao kao…
    sud@is recently posted..Peristiwa 10 Muharram dan Amalan Sunat

  4. haaa.. jodoh yg sebenar bukan senang nk carikan..

    p/s: sempat lagi promote vote. ehehe

  5. haha betul tu aretik
    hehe aku nak tanya kau sekali lagi kau nak kawin agak2 masa umur brape??
    haha..

  6. yep2,, nak masuk tahun baru ni.. azam baru kena tambah untuk memperbaiki diri.. kan3..sebab Allah tak ubah sesuatu kaum melainkan mereka berusaha untuk mengubah diri sendiri..
    huhu.. semua orang duk tulis pasal kahwin ni..dah musim agaknya..
    mira_nas recently posted..List of awards!

  7. bestla atik!thank you.tp kalau org yg diminati tu berada jauh.usaha untuk berkenalan dengan si dia harus atau tidak untuk perempuan
    ?mcm bersms tanya khabar
    ?atau lebih baik diam. haha.sekadar bertanya :)

    • Your welkem.. hehe.. uuh.. sebelum tu.. kita sms tanya khabar tu untuk apa? memang nak tanya khabar ato nak mengusha? yakinkah mesej itu untuk tnya kabar? xtercakap hal sinta2? hehe.. semua tu dari hati..
      Apa kata Maryam cuba try baca entri saya yang beza cinta sebelum kahwin dengan kapel.. mungkin boleh dapat dari sana kot,, hehe.. ada tu dalam list numba 3 paling banyak orang view.. :)

  8. aku ada kawan single, ko nak kenal tak?? ngeh3 =p

    pssst…aku menci solan math ko tu, siap kne gune kalkulator kot
    noa recently posted..Who Will Win

  9. witwittt~ skala ketinggian dh makin naik.. beberapa ari lg dh nk masuk taon baru.. so, tinggal lg setahun.. tahniah yep~ ^_^

    btw, bagos tuh.. kita kena b’usaha jugak.. tp, jgn la t’lmpau desperate.. jd stalker pon best gk kn?? cam keen, si stalker t’hebat! ha3~ ^_^

    btw, sempat lg promote blog sendiri tuh.. ni cam gaya ahli2 politik nih! ha3~ ^_^

    p/s: ada si anonymous komen kt blog keen.. aytnya lebih kurang camni.. ” *5 tahu pasal blog keen sbb ada kwn *5 yg suruh dia bc kisah tentang si dia kt dlm blog keen tuh..”.. post yg dimaksudkn itu adalah post ttg bicara ati keen tuh.. & scr automatiknya *5 tahu post itu dituju kt dia! waaaa~ tlg3~ T____T btw, komen tuh keen xapprove lg tau.. klu dh approve, keen bgtau la yep~ ^_^
    keen~ recently posted..– izinkan saya menangis! –

    • Berulang kali diriku cuba memahami ayat d atas itu.. baru ku mengerti.. haha.. doa2kan jak la kalo ya.. eh? haha..

      Yup.. usaha tu patut tp jangan desperate sangat.. bersederhana katakan.. hehe.. Keen stalker ke.. stallkeeper.. eh? haha..

      p/s : ha? kan.. ramalanku benar belaka.. so.. tinggal menanti kompang jak la ni kan? yezza.. haha.. best ni.. haha.. macam fairytale.. kan3?

  10. “Perkasakan peribadimu, jadikan dirimu hebat! Seorang yang mempunyai peribadi yang tinggi pasti akan dipandang orang, konfom awek yang diminat mesti tertawan. Yalah, semua orang nak pasangan mereka yang terbaik, kalau mahu yang terburuk dari ladang, fius rosak lah tu. Kalau dah yakin dia tertawan, bukan jumpa dia, pergi jumpa mak bapa terus, cakap minta izin, nak menyunting bunga di taman. Yang penting, jangan cakap menyunting bunga tahi ayam! ”

    perh..mantap ayat tuh! setuju3x… pernah jugak minat seseorang tp tak rasa diri cukup sempurna. tengok dari jauh boleh tak?hahaha…gedik betul! =.=”

    wot3..sempat lagi berkempen..terbaik la! hahaha
    khaiyisahusna recently posted..pesta raih undi

    • Hehe.. Thanx ^_^ .. Uuh.. macam tu ka pula? kena yakin dengan diri.. kalau dah jodoh.. InsyaAllah dia menyempurnakan dirimu.. hehe..

      Selagi boleh la katakan.. hehe.. Kempen dari en3.. lagi bek.. ahakz..

  11. bagi saya

    jodoh adalah bila bertemu dgn org yang tepat pada masa yang tepat
    Kujie recently posted..ASB – Bila Anak Menjadi Dewasa

  12. jangan risau, ehehhe lambat laun ada lah tu jodoh.. kalau dah sampai seru, tak kemana punya ..

  13. rilek2 dulu.. hik3
    mungkin bagi org-org tua yang sudah bekerja seperti mu.
    ya mungkin sudah patut mencari-carilah jodoh yang seswai.
    bagi kami yang masi jiwa muda dan study lagi..
    err rilek2 dulu.. belajar belum habis tiba-tiba pula mau kawen apa semua.
    biar capai matlamat satu-satu dulu..heheheh..
    sampai masa Insya Allah.. hihihi
    nui recently posted..Rest in Peace

  14. zaman skarang xde istilah perigi cari timba, hihi..jodoh kdg2 ada kat depan mata tp kita sendiri x nmpk..Allah bagi kita hint, dan apa yg kita perlu buat, adalah usaha.. :) luna Q jimat recently posted..15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGERCOM CONTEST

  15. Mengikut pengalaman saya dulu memang kena usaha nak cari bakal isteri ni lain la kalau family kita dah carikan.
    Mohd Norzali recently posted..Ayam Penyet Mar

  16. Hahahah. untunglah dah terlepas dari soalan tuu. in sha allah masing masing ada jodoh. kalau bukan di dunia barangkali di syorga. ^__^
    InaniHazwani recently posted..Untungnya Wahai Si Isteri

  17. hendak jodoh yang baik..kena perbaiki diri terlebih dahulu kan..sementara menanti kehadiran jodoh..masa yang ada itu boleh digunakan untuk memperbaiki diri menjadi yang lebih baik :D puteri kasih recently posted..Pesawat AirAsia Dari Surabaya Ke Singapura Hilang?

  18. Seronok kot kena pinang wanita..hehe
    SentiasaPanas recently posted..6 Nama Anak Paling Popular Tapi Disukai Jin!

  19. tajuk memang menarik… tapi sori saya tak baca sampai habis, kutip sikit sambil tengok gambar dan buat gambaran sendiri … hehehe
    yangbaik recently posted..Jahit sendiri baju kurung sekolah

  20. Misha Omar-Bunga2 Cinta haha..

    Tapi betul juga, lecturer saya dulu tanya, “nak tahu macamana saya kenal suami saya?”

    “Nakkkkk” kata murid2 malas belajar..

    “I treat him roti canai”.

    Dia belanja roti canai kat kafe, jejaka yang menawan hati.. gitu..

    Kisah Rasulullah saw bukan setakat kisah shj kan.. Ia panduan untuk yg ingin dipandu
    diana recently posted..Pengecut dari Cappadocia

  21. Hehe…selain berusaha, kena selalu berdoa agar dipertemukan dengan jodoh yang baik:)
    Nurul recently posted..Video Pesanan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir

  22. ada jodoh tak kemana. Bila semuanya sudah perfect bolehlah kahwin.
    adarain recently posted..Kelantan : Banjir Paling Teruk Terjejas

  23. Betul..memang la kita kata serah kan pada Dia je..tapi kita kena la usaha..kalau tak gigit jari je la..Ada orang bila dia kata berserah saja ,maknanya dia tunggu benda tu datang bergolek sendiri kat dia..tak usaha pun..Ada jugak yang bila dah ada depan mata jual mahal pulak..
    diana recently posted..KISAH-KISAH PALING MENYEDIHKAN TRAGEDI PESAWAT SEPANJANG 2014

  24. bab soklan tu xbest tu
    zarul farhana recently posted..Request Bihun Soto

  25. Ohh tidak. Sedang dlm fasa menjawab soalan2 panas. Tolong ade tak jawapan utk bg cool? Ahaks

  26. Jodoh ni adalah satu benda yang saaaaaaaaaaaaaaaaangat subjektif, kalau nak cerita, 30 patah perkataan pon tak habis, syukurnye kita orang islam ada guide.
    Alongxp recently posted..Kenapa lelaki susah nak faham perempuan?

Trackbacks

  1. […] sebenarnya tak pernah dedahkan cerita ini, tapi memandangkan aku sudah cakap dalam entri sal jodoh dari langit tu, seharusnya dilangsaikan dengan segera. Macam lain juga ayat awek dari jauh, haha. Ini khas […]

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: