Sisi Unik Malaysian Tentang Banjir

Keadaan banjir terkini menampakkan keadaan separuh baik, separuh makin buruk. Negeri Sembilan merupakan negeri yang terkini setakat ini dilanda banjir. Banyak viral video dengan gambar bertebaran di media sosial tentang isu banjir yang disifatkan antara terburuk di Malaysia ketika ini. Namun, dalam keadaan kalut, pelbagai ragam dapat diperhatikan, mengenai sisi “unik” the Malaysian berkenaan banjir.

Perang Keyboard

keyb

Dari politik, pertikai bantuan, pertikai itu ini, semuanya cuba menjadi hero terutama di media sosial. Apa sahaja yang dipost, pasti ada tukang komen jenis cabai, yang hanya tahu mempertikai jak kerjanya. Seharusnya masa inilah semua bersatu, keluarkan idea yang bernas, bukannya hanya menembak secara membuta tulis, tanpa ada fakta, dan hanya memburukkan keadaan.

Page-page politik, sudah-sudahlah buat dosa, nak backup ka, nak serang ka, lebih baik post info banjir daripada buat rakyat berpecah-belah. Masa ni semua kena bersatu, sebab sekarang bukan masa PRU!

Bantuan, buangan atau ambil kesempatan?

 

Banyak rakyat Malaysia yang prihatin, memberi derma yang tidak terhingga. Dimana ragamnya? Pertama, bab ni paling biasa, ambil kesempatan. Ada yang memberi akaun bank, kononnya ingin  membantu mangsa banjir, hakikatnya, masuk dalam poket sendiri.

Para penderma yang prihatin, untuk mengelakkan ditipu, mendermalah pada organisasi yang benar-benar kita tahu kewujudannya, ataupun menderma kepada orang yang berpengaruh, risau free-free kita bagi kepada orang yang tidak bertanggungjawab. Mungkin pahala sedekah sampai, tetapi duit sedekah tak sampai.

Yang ini khas untuk part penderma, kalau hendak memberi, berilah dengan ikhlas. Maksud? Ada info dari satu persatuan, memang banyak manusia murah hati, tetapi yang diberi pun cukup murah, seperti memberi barang buangan. Pakaian yang diberi kalau elok dipakai tidak apa, tetapi yang diberi setaraf kain buruk.

Jangan jadikan pusat bantuan tempat membuang, kalau ikhlas, kita akan memberi yang terbaik, bukan yang terburuk. Lupa ker cerita korban pertama antara Habil dan Qabil? Yang mana satu Allah terima? Semestinya korban yang terbaik, berbanding Qabil yang hanya memberi korban “alang-alang” kepada sang Pencipta.

Tak akan miskin orang bersedekah, ingat tu.

Darurat

 

Difahamkan keadaan darurat tidak diisytiharkan kerana keadaan masih terkawal. Malah ini memberi peluang kepada mangsa banjir untuk membuat tuntutan insurans kerana kalau darurat diisytiharkan, nanti tidak dapat claim insurans.

Sekadar pendapat peribadi, sedangkan sukarelawan yang disana mengeluh kerana kurangnya kemudahan untuk menyampaikan bantuan, malah Tan Sri Anuar Musa pun siap sound system pengurusan banjir yang cukup huru-hara, tidak sistematik. Keperluan darurat sebenarnya amatlah mendesak.

Aset boleh dikerahkan dari serata negara untuk membantu dengan kadar segera. Kalau saya jadi mangsa banjir, biarlah insurans tu, belakang kira, yang penting sangat-sangat memerlukan bantuan dikala ini. Keadaan sejuk, lapar, itu yang berada dalam fikiran, bukan mencongak cara-cara nak kirim insurans.

Diulangi, ini hanya pendapat peribadi, mungkin korang ada lain pemikiran hakiki.

Menteri Fasola

fasola

Bercuti, atau lambat turun padang (air banjir), ini jenis-jenis menteri Fasola. Benar kata Amran, kalau minggu depan pilihanraya, semua air banjir tu menteri-menteri sanggup sedut. Tak kisah dari kerajaan mahupun pembangkang, keutamaan kita sudah maklum, tengok-tengoklah kawasan tu, masa inilah YB cuba buktikan pada rakyat, kenapa mereka wajar dipilih.

Kalau kami penjawat awam bila ada bencana dibekukan cuti, kenapa abang-abang dan kakak-kakak YB tak boleh batalkan cuti?

Apapapun, tahniah kepada YB yang dah awal-awal singsing lengan, melihat sendiri keadaan rakyat yang memerlukan. Apatah lagi Sultan, yang tak dipilih rakyat pun, lagi hebat kerana mencemar duli.

Info atau?

 

Ini lebih kepada screenshoot daripada mangsa banjir, memohon bantuan. Itu ok lagi, tapi bila keluar bab kematian, yup, saya bukan sekadar simpati, malah empati. Dalam Tv memang tidak akan keluar cerita kematian melainkan disahkan.

Bermacam cerita, ada kata banyak yang mati kelaparan, kesejukan. Belum bab lemas lagi. Tak tahu info ni betul atau tidak, hanya mereka yang berada disana yang lebih mengetahuinya. Kepada tukang sebar, berhati-hati takut jatuhnya fitnah, kalau dah tahu salah, cepat-cepat beritahu yang betul, jangan berdiam, itu lagi salah.

Persediaan tahunan atau persediaan last minit?

 

Kita semua sudah maklum, apabila musim tengkujuh,  ada beberapa kawasan yang mudah dinaiki air. Malah dikatakan sistem pengurusan banjir di Malaysia merupakan antara yang terbaik di dunia. Namun, seperti yang dikatakan sebelum ini, sehingga tahap Tan Sri pun admit pengurusan tidak sistematik, bagaimana hendak dikatakan antara yang terbaik di dunia?

Setiap tahun masalahnya adalah sama, cuma tahap banjir itu sahaja yang tidak diketahui, oleh itu perancangan bantuan sudah ada berbulan-bulan sebelum berlakunya musim tengkujuh. Malah orang awam dan masyarakat juga perlu dipertingkatkan pengetahuan mengenai persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir.

Sikap segelintir mangsa yang demand

demand

Ini memang tahap cipan, dah dibantu, siap memaki. Ya, mungkin mereka tertekan, tapi bukan makian benda pertama yang dikeluarkan, tetapi seharusnya rasa bersyukur kerana bantuan telah diberi. Terkadang ada yang degil untuk berpindah, bila dah tak terkawal, baru ternganga minta bantuan.

Bukan semua, tapi segelintir, yang dimarah pun sukarelawan, yang datang secara rela untuk membantu. Malah, ada yang buat dek saja, langsung tidak membantu mengangkat barang-barang makanan yang dihantar. Jadi mandur, tukang tengok orang yang rela buat kerja.

Itu kata sukarelawan di sana, diulangi, cuma segelintir sedemikian rupa. Mohon kita dijauhkan sikap yang tak reti bersyukur pada Allah yang maha esa.

**************************************************************************

Panjang gila aku menulis, lama betul tak keluar tahap penulisan macam ni. Yang penting, doa berterusan untuk saudara kita di sana. Malah, pada yang mampu, bersedekahlah. Kata ada income tinggi dari bisnes, 2-3 ribu setiap hari masuk, takkan berkira juga nak sedekah kot?

Sebelum aku melalut panjang, aku tamatkan artikel ini dengan tasbih kaffarah dan suratul asr.

Ini juga ceriteranya

  • Persediaan banjir dan tali kasutPersediaan banjir dan tali kasut Keadaan banjir kat Malaysia makin lama makin teruk, terutama area Kelantan, dikhabarkan banyak jalan-jalan telah pun runtuh. Daerah aku bertugas pun bersiap-sedia menghadapi keadaan […]
  • Facebook : Salah Guna, Salah Siapa?Facebook : Salah Guna, Salah Siapa? Oh Yeah ~ Mahu dekat seminggu tidak update, ouch, padahal, sekarang santai, duduk dekat rumah saja, cecuti Malaysia la katakan, har3x~ Yang belum cuti, relax-relax, santaikan diri […]
  • 4 Sikap Muslim Malaysia Di Media Sosial Yang Menjauhkan Non-Muslim Dari Islam4 Sikap Muslim Malaysia Di Media Sosial Yang Menjauhkan Non-Muslim Dari Islam Tanggal 13/11 menjadi tragedi berdarah buat Paris. Lebih 100 orang telah terbunuh, ditambah-tambah lagi banyak yang cedera parah. Seluruh dunia hangat memperkatakannya. Dan seperti biasa, […]
  • Wanita : Video Tutorial Tudung Hanya Buat DosaWanita : Video Tutorial Tudung Hanya Buat Dosa Saya nak ajar pakai shawl ala-ala Jennifer Lopez, ha? Tak nak? Ok, cara pakai shawl ala-ala Dafi, amacam ok tak? Boleh lah yeeekk? Mula-mula, kita pakai inner, bukan inner shine, itu untuk […]
  • Kartun Jepun Sepanjang Zaman Di MalaysiaKartun Jepun Sepanjang Zaman Di Malaysia Yezza ~ Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi, gaga~ Sepi ka pula? Wowo, absolutely tidak, sesaja jak ambil tajuk lagu dari peterporn peterpan ni, hehe. Kartun oh kartun, semestinya ramai […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. sekarang bukan masanya nak tunding jari pada sesiapa tapi semua kena membantu :) InaniHazwani recently posted..Untungnya Wahai Si Isteri

  2. lepas satu bencana, muncul satu musibah pula.

    semoga ujian yang menimpa ini dapat menyatukan rakyat malaysia.
    Ikhwan Fahmi recently posted..Pengenalan Latihan Separa Perubatan Gred U29

  3. banyak benda yang terjadi pada tahun 2014. sama2 la kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan.
    kereta sewa shah alam murah recently posted..Perkhidmatan Kereta Sewa Shah Alam

  4. aku hairan betul..apa masalh orang malaysia..setiap kali ada isu besar akan muncul keyboard warrior nie..apa depa nak
    blogger lelaki recently posted..Jom Aktifkan Mykad

  5. pasal insurans tu saya sangat setuju. apalah sangat insurans berbanding nyawa dan kebajikan semasa rakyat.

    menteri fasola mesti naik kereta bomba sedut air ke rumah dia tu kalau minggu depan pilihanraya.

    dan tebaran berita ke whatsapp dan media sosial, screenshot, masing-masing tulis macam karangan BM, prosa moden pun ada..

    tapi kita tetap doakan untuk semua di sana. sentiasa
    diana recently posted..Pengecut dari Cappadocia

  6. Sedih betul masih ada insan yang sanggup mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain…
    Nurul recently posted..Video Pesanan Dato’ Dr Fadzilah Kamsah Kepada Mangsa Banjir

  7. Kita hargai jasa dan pengorbanan semua pihak yang membantu mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur.
    Adam recently posted..(VIDEO) Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 6

  8. Mari kita sama-sama membantu..nak derma beri kepada yayasan/orang perseorangan etc yang kita pilih sendiri.
    emalinmohd recently posted..Langkah-Langkah Keselamatan Semasa dan Selepas Banjir

  9. itulah kemeriahan di malaysia.

    cukup dengan warnanya.
    titan recently posted..Salah satu cara paling RARE untuk GEMBIRAkan hati bini.

  10. benda macam ni, bila-bila masa, kat mana je ada jadi… sebab… eh ni kalau nak criter, jadi karangan lak hahaha
    Alongxp recently posted..Penyumbang trafik terbanyak 2014

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: