Checklist Kemaskini Blog Untuk Tahun Baru

kemaskini blog

Menjelang detik-detik ke tahun baru, mungkin ramai yang tengah santau, eh? I mean santai-santaikan diri, yezza, sebab tahun baru yang bestnya ni cuti. Maka tatkala cuti ini membuatkan aku terdetik untuk membuat sedikit sebanyak kemaskini blog.

Untuk itu, kita perlu sedikit checklist kemaskini blog, tak banyak, sikit jak, hehe. So, ini adalah antara ‘checklist” asas kalau korang pun rasa nak kemaskini blog sempena tahun baru ni.

Perkara-perkara yang perlu kemaskini blog anda :

Delete artikel yang anda rasa… teruk

Mungkin masa tu merupakan permulaan menceburi dunia blogging, ada sebilangan artikel yang penuh emosi, mengarut, dalam erti kata lain, kalau korang sendiri baca pun terus meremang bulu hidung. Rasa malu, merah muka, merupakan tanda-tanda artikel itu harus dinyahkan dari blog korang. Tapi….

Jika anda rasa post itu boleh diperbaiki, maka unpublish terlebih dahulu. Ini selalunya lebih kepada post yang ada ilmu, kalau yang bentuk-bentuk peribadi, seperti yang aku cakap tadi, ada tanda-tanda meremang bulu hidung, padamlah dengan senang hati, hehe.

Menyegarkan artikel evergreen terbaik

Ini bagi artikel yang lama juga, tetapi antara artikel yang anda rasa boleh menarik minat pembaca. Namun, biarpun artikel itu menarik, mungkin artikel tersebut masih hijau, dan ketika itu zaman-zaman masih belum banyak pembaca yang datang ke blog korang.

Korang mungkin perlu mengemaskini link-link berkaitan, menukar gambar kepada yang lebih sesuai, ataupun dengan menggunakan gabungan mata helang dan pemikiran tajam korang, menambah apa yang perlu, terutama dalam penulisan. Ini antara perkara yang perlu diperhatikan ketika “overhaul” artikel tersebut :

1. Mengemaskini gambar
2. Melihat link ke website lain (sekiranya ada) masih berfungsi atau tidak, atau mungkin menambahnya lagi.
3. Kemaskini tag atau label serta kategori untuk memudahkannya lagi ianya dicari di enjin carian.
4. Semestinya, artikel itu boleh dipublish semula kembali, jika melibatkan banyak perubahan besar terutama dalam penulisan, ataupun telah berkurun di dalam blog. Hanya tukar tarikh dan masa, puff, ianya muncul semula.

Renovate kategori

Yang ni boleh dikira penting dalam bab kemaskini blog, yelah, mungkin dulu korang main hentam saja bab kategori, tapi sekarang, dengan sel-sel otak kini telah berhubung, bolehlah anda melakukan kemaskini bab kategori ni yang lebih bertepatan dengan artikel dalam blog anda.

Kemaskini About Page

Kebanyakkan blogger tidak menitikberatkan perihal about page ini termasuklah aku. Tak kira blogger picisan ataupun jenis blogger macam mana pun, kemaskinilah tentang diri anda. Mungkin ada sesuatu pencapaian yang boleh anda katakan, ataupun update gambar terkini mengenai diri anda.

Bagi pembaca yang telah jatuh cinta kepada blog anda, mereka pasti akan cuba mencari, siapakah mastermind di sebalik artikel blog tersebut. Lain orang, lain pembaca setianya, belum tentu dua orang berkawan baik setuju blog yang mereka baca itu menarik minat mereka. Malah, dikalangan blogger sendiri pun, pasti akan memudahkan kemesraan antara kita.

blog

Periksa Page Speed blog, mobile version dan juga Alexa rank

Tak kira untuk SEO ataupun tidak, bab kelajuan blog perlu dititikberatkan supaya pembaca tidak merasa menunggu lama loading sesuatu blog itu. Biarpun line dia menunjukkan huruf “E”, bila masuk blog korang, macam line tu 4G LTE, padahal korang time tu siap habis kuota data lagi.

Ha, part mobile version, aku tak tahu synchronize atau tidak dengan mobile, sebab theme aku pakai sekarang, bukan mesra mobile. Jadi aku guna plugin, bila check dekat google, memang ada, tapi bila try masuk henpon bini, tak pula dapat. Ini sangat-sangat mempengaruhi trafik, oleh itu pastikan blog anda mesra mobile. (Terasa nak tukar theme, huhu)

Bab-bab ranking ni kira motivasi la, tak kira la Alexa atau apa jenis ranking pun, memang senang hati bila ada perkembangan terbaik punya. Dan seperti biasa, part ini melibatkan SEO. Nak faham lebih, bacalah –> Kitab Teknik SEO Merah Jambu

Periksa General Settings

Ini antara perkara yang perlu diperhatikan dalam General Settings (mungkin berlainan dari blogspot, tapi boleh juga jadi panduan):

1. Tagline anda telah berubah? Kemaskinikannya.
2. Pastikan Zon Masa anda tepat.
3. Jika terlalu banyak spam komen yang menyerang korang dalam sesetengah artikel, korang pergi artikel tersebut, tutup komen untuk sementara waktu. Jika nak tutup terus pun tiada masalah, selagi mana artikel itu tidak lagi mendapat komen oleh mana-mana pembaca.

****************************************************************************************

Ok, aku pun baru nak beraksi untuk kemaskini blog mana yang patut, kalau korang ada idea juga mana-mana part yang penting perlu dikemaskini, suarakanlah di ruangan komen. Selamat Tahun Baru untuk korang semua, moga kita semua dirahmati oleh-Nya pada tahun yang baru ini.

Ini juga ceriteranya

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Kemaskini yang sangat bagus untuk diikutkan. Memang terbaik :)

  2. Memang tahap wajib kan kemaskini blog ni.
    Artikel ke laut memang ke laut dalam layaknya.
    Selamat tahun baru
    diana recently posted..Rumah Tepi Sawah

  3. done kemaskini blog. hikssss :D selamat tahun baru :) jangan lupa masuk masterchef nanti. ehhhh :P
    InaniHazwani recently posted..Selamat Hari Lahir Abah.

  4. Azam baru ke ni?
    Takpe ke update entry lama? Ada kesan tak pada seo?
    Amran recently posted..Bukan hari ini

  5. terima kasih, saya baru nak draf checklist untuk blog :) Ikhwan Fahmi recently posted..Pengenalan Latihan Separa Perubatan Gred U29

  6. kena buat checklist juga nie..hu3
    blogger lelaki recently posted..Salam Tahun Baru 2015

  7. ma ni. Kenapa tak bgtau. Kalo tak boleh join sekali #tibe2. Mmg no 1 punya saranan tu tgh buat. Tahun 2013 haritu kemaskini tapi 2014 tak sentuh apa2 last2 eh dah masuk 2015 skrg. Agagaga. Mcm mimpi. Hehe

  8. Ala kenapa tibe2 “ma” tu. Aduhh. Sebenarnya word pertama adalah. Aretikz!! Auto typos tu. Guna hnst ni mcm lari pulak setting. Hehe
    i am S!L4H.. recently posted..Ku masih di sini..

  9. Checklist :
    Merajinkan diri blogwalking juga hehehe…
    Noor Azlin @ Bizznurse recently posted..Ramalan 2015 : Antara Matlamat, Jangkaan dan Tawakkal

  10. Selamat Tahun Baru 2015 :)
    Puteri pun masih dalam proses mengemaskini blog…ambil masa juga sampai betul betul puas hati :) puteri kasih recently posted..Ribut Tropika Jangmi Lenyap Dan Tidak Akan Melanda Negara?

  11. sapa nak jegukkan blog saya sedang itu uh,,sedihnya
    suri recently posted..Selamat Tahun Baru Bila Hati Berdetik..

  12. tengah mencari entri lama untuk dikitar semula..kira pencinta alam maya juga la..
    Hero Borneo recently posted..Selamat Datang Tahun Baharu 2015

  13. this is an awesome checklist.. Thank you for the info. VERY USEFUL..
    shadhira recently posted..WhoHAA | Giveaway 3000000 Points Everyday

  14. x kemas kini lagi
    cuma tukar theme je
    tq beri peringatan
    AUC recently posted..Android One dan Firefox OS Bakal Popular Tahun 2015

  15. TQ tip yg bagus

  16. Banyak pula rasa nak kena buat ni. Kena buat check list satu persatu ni terutama karangan untuk about page tu…
    emalinmohd recently posted..Tarikh Cuti Umum Yang Jimatkan Cuti Tahunan

  17. bagus entri ni, saya siap bookmark lagi untuk dibaca balik… memang kadang2 ada buat benda2 ni… tapi bab about page tu.. nak kena kemaskini balik la kot.
    Alongxp recently posted..Harga advertorial saya berapa?

  18. Terima kasih…bagus juga checklist ni. Boleh diaplikasi di blog saya :) Nurul recently posted..5 Koleksi Wall Paper Menarik Tahun Baharu 2015

  19. wow . info yang berguna ni. tetapi saya tak boleh buat sebab baru bermula.

  20. Dah lama tak kemas kini blog ni. Boleh la lepas ni bila ada masa terluang baiki mana yang patut dekat blog ni.
    Mohd Norzali recently posted..Rawatan Air Bersih

  21. Dah lama tak kemas kini blog ni. Boleh la lepas ni bila ada masa terluang baiki mana yang patut dekat blog ni.
    Mohd Norzali recently posted..Rawatan Air Bersih

  22. satu peringatan yang sangat baik untuk semua
    terima kasih banyak
    TehR recently posted..Apa Maksud Melabun

  23. awal tahun macam ni la gua pening kepala nak kemas blog-blog gua..

    haha..
    titan recently posted..Evolusi Digitalpoint Forum 2006-2015

  24. salam tahun baru hari ke sebelas hehe

    eh bagusla aretikz share entry psl ni. nak kena overhaul jugak beberapa perkara kat blog Ana hehe
    anamizu recently posted..Jawab Soalan | Buah Dada Diikat

  25. kekadang..memang kena ada checklist sendiri rasanya ni.
    guliroket recently posted..Malaysia menang tetapi kalah.

  26. checklist saya banyak juga..tak terkejar lagi buat masa nie. hm…
    Oja Samid recently posted..Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil

  27. betul tu… saya sendiri makan masa berminggu2 nak kemas kini kan blog untuk memulakan fresh yg baru… harap lah yg baru ni elok2 jer… lepas siap kemas kini karang baru lah nak belajor SEO ke apa…
    Najib Ariyan recently posted..LABUAN – HARI SATU

  28. Biasanya kawe tak ler sampai hati nak delete artikel yg teruk. Cuma update lah ke bahasa dan cerita yg lebih sodap sikit.
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..How To Create A Good Blog

  29. bagus juga senarai semak ni,
    kihkih… renovate mana yg sempat je :D

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: