Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015

Sebagai seorang blogger, membuat blog yang terbaik adalah impian buat semua. Tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015 merupakan satu kekuncupan hidung buat mereka yang bergelar blogger. 2015 sahaja? Tak, all of time orang putih cakap. Kalau negro afrika macam mana? Errr….

Bukan mudah memilih blog yang best ni, masing-masing ada kriteria dan minat tersendiri. Tapi, sebagai seorang blogger, sebagai seorang pembaca, benda pertama yang terlintas dalam pemikiran untuk kita meminati sesuatu blog, semestinya melalui penulisan kan?

Malaysia Best blog 2015

Gaya penulisan yang menarik, mudah difahami, dapat membuka minda kita mengenai maklumat yang diperlukan, itulah kriteria yang menyebabkan aku tertarik dengan blog yang disenaraikan di bawah ini. Tak kira mereka merapu ka, terlalu ikut skema SEOnya kah, kalau dah namanya menarik, memang tertarik teh tarik jawabnya.

Oh ya, artikel ini diwujudkan semata-mata untuk mengikuti Contest SEO Malaysia Best Blog 2015 yang dianjurkan oleh OhDuit.Com, tapi senarai ini merupakan tulus ikhlas bahawa blog ini merupakan blog yang best bagi aku. Dan pastinya, dari Malaysia, sebab itu digelar Malaysia Best Blog 2015.

Blog Ini Pilihan Aku

Dont focus on having a great blog. Focus on producing a blog that’s great for your readers – Brian Clark

Inilah antara senarai setelah melakukan penelitian, proses recycle, fotosintesis, optimus prime yang menyebabkan mereka berada dalam senarai Malaysia Best Blog 2015, berdasarkan minat, gaya penulisan, mudah difahami oleh diriku sendiri.

1. Saiful Islam

Malaysia Best Blog 2015 1

Erti hidup untuk memberi. Inilah tagline bagi penulis blog tersebut iaitu Ustaz Hasrizal satu ketika dulu. Namun kini, blognya berwajah baru, tagline pun baru, iaitu, setia dengan kebenaran. Ustaz Hasrizal bukan sekadar blogger tetapi juga seorang penulis buku.

Antara bukunya yang top seller adalah “Aku Terima Nikahnya.” Dengan mas kahwin 100 ringgit itu sambungan kalau nak menikah pula.

Blog ini berunsurkan spiritual, keagamaan, dan juga mengenai sejarah. Gaya penulisan beliau sentiasa mengulas sesuatu topik dengan dikaitkan melalui sejarah pada masa dahulu.

Tidak hairan kerana Ustaz Hasrizal mengambil pengkhususan sejarah dalam Masternya.

Yang pasti, kebanyakkan artikel Ustaz Hasrizal banyak membuka minda untuk berfikir mengenai kehidupan, menjadikan sejarah sebagai iktibar dan sebahagian daripada hidup kita.

2. The Vocket

Malaysia Best Blog 2015 2

Mereka punya misi. Misi mereka adalah untuk memviralkan perkara-perkara online. Mereka terdiri daripada beberapa penulis, dan yang membezakan mereka daripada blog-blog informasi semasa adalah berdasarkan kenyataan dari mereka :

Perkara-perkara online selalunya menarik atau bermakna tetapi semuanya di The Vocket mempunyai kedua-duanya. Sensasi dan hebat. Menghiburkan dan memberi kesedaran. Mengejutkan dan penting.

Ya, artikel yang diwujudkan mereka bertujuan untuk memberi sisi positif kepada masyarakat, untuk dihadam dan cuba menjadi iktibar kepada kita. Samada dari video-video, gambar-gambar atau penulisan sekalipun, misi mereka adalah untuk memviralkan perkara-perkara yang terjadi di seluruh dunia untuk membuka minda kita dan menjadi inspirasi kepada masyarakat sekeliling.

Misi mereka bukan misi yang mudah, tapi tidak mustahil. Banyak benda menarik yang disampaikan dalam blog ini, dengan fokus kepada artikel, tanpa ada iklan, atau paksaan like Facebook dan sebagainya.

3. Budak Tomato

 

Malaysia Best Blog 2015 3

Legend mana boleh putus asa. Beb, dia memang legend tak didendang. Budak skater hati tomato, mana nak cari. Biarpun tomato dijadikan sandaran, tetapi blog ini tiada warna merah yang terserlah, suci putih berseri, mungkinkah tomato itu berwarna putih?

Setiap entri penuh erti, penuh makna yang perlu didalami. Tersenget minda kalau tak nak terima apa yang dia kata. Ni Tony Hawk versi pakai serban, penyampaian santai merangsang minda.

Siapa yang pernah dengar atau suka baca karya tulisan HLovate, ini mungkin sesuai untuk jiwa korang.

4. Naruhodo

 

Malaysia Best Blog 2015 4

Naruhodo? Naruto hodoh? Apa benda ni? Blog Naruto ker? Bukan, bukan dan bukan. Naruhodo merupakan perkataan Jepun yang bermaksud “I got it.” atau Malaysia version “Owh, I see.”. Tapi apa kena mengena dengan Malaysia Best Blog ni?

Naruhodo merupakan blog yang diuruskan oleh Shen, seorang chinese berasal dari Historical World Heritage, iaitu Melaka. Melanjutkan pelajaran di Jepun, dan kini telah menetap di sana selama 5 tahun.

Blognya ada dua versi bahasa, iaitu English dan Jepun. Memang tujuan dia buat blog ini pun untuk meningkatkan kemahiran berbahasa English dan Jepun.

Apa yang best mengenai blog ini adalah dari segi kehidupan Shen di Jepun. Menceritakan budaya, pemikiran manusia di ufuk timur.

Selain itu, dia juga ada V-Log, terkadang dalam V-Log dia ada mamat Germany, Mexico, awek Hindustan, Taiwan. Universal budak ni, malah terer bercakap dalam 7 bahasa.

Apabila kita memahami budaya orang lain, kita boleh ambil mana yang baik, mana yang buruknya. Aku selama ni fikir tahap disiplin di Jepun hanya sekadar masa, tetapi sebenarnya lebih dari itu.

Dan aku juga dah simpan niat, kalau tiada halangan, tahun ni akan menjejakkan kaki ke sana, dengan style backpackers.

Jangan jeles, haha.

5. Sirap Limau

 

Malaysia Best Blog 2015 5

Saat menulis blog yang ni, tekak aku rasa nak minum sirap limau jak. Tangan yang menaip, tekak pula yang kering. Apa kejadahnya.

Sirap Limau bukanlah berkaitan makanan eksotik, mahupun minuman kacip fatimah sekalipun, apatah lagi jauh tersasar menjadi Malaysia Best Food Blog kerana ianya merupakan Blog Lifestyle Magazine, bertemakan Media Famili Anda.

Senang cerita mengenai isu kekeluargaan. Aku pun dah ada keluarga, saat blog ini terpendam, sebenarnya gigih nak kumpul duit nak kahwin. Ok, itu auta.

Sirap Limau ni cover topik-topik saat kehamilan, semasa penjagaan anak, malah tips-tips keharmonian rumahtangga, malah, jika terdapat keluhan seperti anak lambat berjalan ka, atau kuat main i-pad ka, mereka akan cuba untuk memberi panduan atau tips-tips bersesuaian dengan keluhan anda.

Sememangnya blog ini sesuai bagi para ibu, bapa dan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata.

6. Hasrul Hassan

 

Malaysia Best Blog 2015 6

Siapa tak kenal dengan blogger otai, tetapi low profile orangnya. Kebanyakkan blogger menggelarkannya pakar SEO, kerana senantiasa memberikan tips-tips mengenai SEO.

Selain daripada itu, beliau juga aktif mengikuti pertandingan-pertandingan berunsurkan SEO, dan hasilnya, kerap kali juga memenangi pertandingan tersebut.

Selain memberi tips mengenai SEO, beliau juga tidak lokek berkongsi ilmu mengenai blogging. Beliau amat disenangi dikalangan blogger, dengan gaya penulisan yang mudah difahami, tidak serabut bagai.

Kalau dibandingkan dengan blog aku ni, berpinar-pinar orang membacanya.

7. Ariff Shah

 

Malaysia Best Blog 2015 7

Ini blogger evergreen, aku tahu pasal dia ni dah lama, zaman-zaman dia di Russia lagi. Penceritaan mengenai kehidupannya di Russia menarik minat kebanyakkan pembaca ketika itu.

Blog dia ni antara menjadi rujukan kebanyakkan blogger mengenai ilmu blogging pada masa tu. Tapi kini tumpuannya lebih kepada hartanah, saham, dan takaful.

Cara penulisan yang bersahaja, malah blog pun kemas gila. Serius bersih, tenang fikiran. Sekarang sudah pun berkahwin, menuruti jejak langkah aku la tu, masa zaman kegemilangan bujangnya, awek-awek blogger banyak cerita pasal dia. Cuma tiadalah setiap post cakap “Arifshah, Arifshah,” macam “Qu Putih, Qu Putih,” tu.

8. Encik Titan

Malaysia Best Blog 2015 8

Yang ni tiada kaitan adik beradik dengan Encik Mimpi. Blogger otai ni seiring dengan misai lebatnya merupakan antara blogger yang berjaya bab Affiliate.

Aku kenal dia dulu masa dia aktif dengan blog earncent tu. Tak kira apa blog dia guna, samada ohcikgu atau ahmadfaizal, nama Titan tetap terselit di ruangan komen. Tapi link kat sub-tajuk aku letak ahmadfaizal, hehe.

Dia antara blogger tak lokek ilmu macam mana nak berjaya bab affiliate ni. Dengan kitab Teknik SEO Merah Jambu, banyak manfaat yang dapat dipelajari dari dia.

Jangan tanya kenapa ada merah jambu, mungkin sebab muka dia jambu kot, ditambah dengan misai menampakkan lagi kejambuan, mengalahkan artis korea beb.

Tapi ni yang aku hairan ni, apasal aku menulis tentang dia, dalam otak balik-balik keluar lagu Encik Mimpi. Ades..

9. Celik Nutrisi

 

Malaysia Best Blog 2015 9

Oja Samid, nama ketika komen-komen dekat blog. Blog yang bercirikan kesihatan, tidak hairanlah apabila terjah, korang akan nampak “Qu Putih, Qu Putih”, eh? Bukan, Shaklee, kerana akak ni merupakan pengedar shaklee. Berorientasikan kesihatan, itulah tujuan blog ini diwujudkan.

Mesti ada cakap, ala, mesti masuk blog dia cerita bab shaklee saja. Teeett, wrong answer.

Beliau bukan tipikal blogger yang sentiasa bercerita tentang produknya, tetapi apa yang difokuskan adalah mengenai pengalaman peribadi, bab-bab kesihatan dengan gaya penceritaan bersahaja. Kemudian di akhir penceritaan, baru akan bercerita kebaikan Shaklee ni.

Anyway, akak ni pun pernah tinggal kat Jepun, sebab tu rasa best bila masuk baca pengalaman dia kat sana (bias sungguh). Dia cerita bab sushi, terliur nak makan. Dia cerita pengalaman bersalin di Jepun, sampai bini aku pun rasa teruja tengok Hospital Jepun tu.

Nasib baik bini aku tak terfikir benda pelik minta anak aku masuk balik dalam perut nak bersalin dekat sana. Atau aku yang pelik terfikir bini aku fikir macam tu?

10. Dalinali

 

Malaysia Best Blog 2015 10

Mungkin agak janggal kedengaran, siapakah Dalinali? Hakikatnya, beliau adalah Dalin Ali, maka blog dinamakan sempena namanya. Bukan Dalinali ok. Berasal dari Melaka, merupakan seorang ibu kepada 3 cahaya mata. Kalau nak tahu, akak ni ada e-book sendiri mengenai Candy Buffet.

Blog ini berkenaan personal, perkongsian tips-tips untuk tatapan para pembaca. Gaya penulisan yang dekat di hati pembaca, santai dan menarik, tidak skema atau terikat dengan tatabahasa segala.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebab akak ni peguam tau, haa, selalu bahasa mahkamah ni, banyak betul atau, atau, atau, macam kena santau jak buku akta tu aku tengok, hehe.

Biarpun baru kenal tak lama, tapi ada aura menarik menyebabkan antara blog best wajib diterjah. Terkadang jadi silent killer, eh? silent reader, terkadang tinggal komen.

Dia kata blog dia pelik, tapi mana boleh lawan pelik blog aku ni. Tapi, kalau bawa pergi mahkamah, memang kalah aku, hehe.

11. Oh Duit

 

Malaysia Best Blog 2015 11

Kaching, duit-duit mari, satu ringgit, dua ringgit. Blog Oh Duit bukanlah blog yang mengeluh “Oh duit,” tetapi blog ini memang cerita pasal duit.

Macam e-bay, bisnes offline. Tukang punya ni namanya Khirol Hazwan. Tak sangka dia ni miak sarawak. Lama dah kamek sik klaka sarawak tek, tumpul dah bahasa kamek tok.

Dan semestinya, seperti yang ku katakan sebelum ini, beliaulah merupakan penganjur Malaysia Best Blog 2015, yang diadili berdasarkan kepakaran SEO masing-masing. Dia cuma tinggal klik di hujung jari jak, poof, keluar keputusan. Tapi keputusan bulan mac, bukan sekarang yek.

Jadi, kalau korang nak join Contest SEO ni, silakan dengan penuh senang hati, hadiah bukan alang-alang, penyertaan pun tip-top dari otai-otai. Numba one dapat rm 1500 beb, pastu numba dua sampai sepuluh, alhamdulillah, Rm 50.

Akhirul Kalam

Demikianlah senarai panjang lebar yang aku buat mengenai 11 Malaysia Best Blog 2015. Hakikatnya, tajuknya patut macam ni, “Malaysia Best Blog 2015 pilihan Segala Ceritera“, sebab aku jamin, ada tiga atau empat blog korang terpinga-pinga tak pernah dengar.

Memang tak pernah dengar pun, sebab sekarang korang tengah baca, blog ni bukannya pandai bercakap, Whoaa ~

Aku tinggalkan korang satu quotes dari blogger best yang bukan dari Malaysia bernama David Aston :

Successful blogging is not about one time hits. It’s about building a loyal following over time

Ini juga ceriteranya

  • Kalau Aku Jadi Food BloggerKalau Aku Jadi Food Blogger Minggu lalu aku gerak secara solo menuju bandaraya Kota Kinabalu, sebab ada mesyuarat di sana. Jauh perjalanan, sendiri-sendiri bawa kereta. 5 jam melalak, boring punya pasal. Masa tu lah […]
  • Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog?Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog? Best Blog? Best blog bla bla bla. Ceriteranya bermula dari tempias Malaysia Best Blog 2015, tapi tempiasnya lambat sampai kerana baru hari ini aku terfikir, beb, apa kriteria blog-blog tu […]
  • 3 Strategi Meningkatkan Pembaca Blog Tegar3 Strategi Meningkatkan Pembaca Blog Tegar Blog tanpa pembaca diibaratkan sebuah wayang tanpa penonton, pergh, ayat, pasal tu la bini aku cair dengan aku, haha. Mencari pembaca untuk menjengah ke blog kita bukan mudah, tapi tidak […]
  • Tips Blogging : Kenapa Komen Boleh Menjenamakan Blog Anda?Tips Blogging : Kenapa Komen Boleh Menjenamakan Blog Anda? Dunia blogger tak akan meriah kalau tiada function komen. Mungkin banyak dah yang tahu kepentingan meninggalkan komen kat blog orang, namun, ramai yang kurang faham dalam menjenamakan blog […]
  • Apa itu SEO? Teknik-teknik Asas SEO Bagi Blogger BaruApa itu SEO? Teknik-teknik Asas SEO Bagi Blogger Baru Sudah 4 tahun aku berada dalam dunia blogging, tetapi masih merangkak kalau berkaitan dunia internet ni. Aku juga antara beberapa puluh blogger yang pada awalnya, tatkala masih hijau […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. encik titan tu ada je kat mana- mana :) Ikhwan Fahmi recently posted..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan

  2. Saya terima penyertaan anda :) OhDuit recently posted..Contest SEO – Malaysia Best Blog 2015

  3. Yang kat atas tu tak terjah lagi. Yang kat bawah tu list Familiar.. :) emalinmohd recently posted..Cara Betul Makan Sustained Release Vitamin C Shaklee

  4. wah… banyak juga blog baru yang saya tak pernah jumpa… ada juga yang sudah sangat familiar… :P
    yangbaik recently posted..Top 10 Malaysia Best Blog 2015

  5. ada beberapa blog baru rasa nak kenal lebih rapat lagi heee..maik ke blog sanalah ;) suri recently posted..Kuntum Senyum Ada 5 Pasang Homemade Jubah Muslimah Moden

  6. haha.. gelak-gelak baca dari atas sekali ada blog akak. Terharu pulak. Yelah bahasa tu memang huru-hara kan. Merosakkan akta hehe.
    Bab sirap limau memang terliur, harussss kita order 1.
    Awak memang berbakat, santai dan kelakar. Akak doakan awak berjaya dalam contest ni. Amin
    Dozou arigato gozaimasu. Keep on writing :) diana recently posted..Benda paling sukar untuk ibu

  7. ada dua tiga blog tu yang memang femes. good luck ye :D InaniHazwani recently posted..Kek Coklat Mengancam

  8. TheVocket, SirapLimau antara blog yang digerakkan oleh ramai blogger. Mereka sememangnya bukan sekadar menulis blog. 2 blog ini ada misi tersendiri. Boleh dikatakan 2 blog ini antara yang profitable jika dibuat secara serius dan boleh maintain 3-4 tahun lagi.
    Afiq recently posted..RANKED: Malaysia Best Blog 2015

  9. Ada jugak yang akak belum kenal..boleh masuk kan dalam bloglist nih..ada masa akak pi terjah blog depa..

    akak pernah terbaca satu entry kat blog ni tentang blog yang asyik update entry segmen je..tapi akak try cari balik tak de la..tajuk nya tak ingat..kalau rajin carikan kat akak jap..boleh??bila2 dah jumpa bagi link nya ye…
    diana recently posted..BERITA BAIK UNTUK PEMINAT-PEMINAT LONGCHAMP

  10. adoii…maluuuu..hihi…
    terima kasih byk sudi singgah blog ya ^_^
    banyak jugak blog dlm list yg saya rajin terjah. mmg blog glemer2 tu. apepun good luck contest ya. hehe
    Oja Samid recently posted..Pengalaman dan Tips Melancong Bersama Anak Kecil

  11. ada 203 blog yang baru aku kenal..nampak sangat aku ni masih newbies
    blogger lelaki recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  12. blog admin pun terbaik..gaya bahasa memukau dan ada ciri-ciri kejayaan terseimpul di situ..kasi bodek dulu la..
    Hero Borneo recently posted..Jom Menulis Skrip Kejayaan Diri

  13. okeh.

    nak gi lawat blog-blog diorang jap.
    titan recently posted..Baru, BIRU dan Buru.

  14. Quotes tu saya bagi “jempol”. (bahasa jawa) :) Helmi Aliarit recently posted..Gunakan Tanpa Was-was Halal JAKIM Dan Badan Islam Yang Diiktiraf. #7 Ramai Orang Islam Tidak Tahu.

  15. Ni kira tuan punya blog tahu bahasa sarawak jugak le nie ..hahahha
    ishak recently posted..Tips Mudah Untuk Sentiasa Ada Rasa Semangat

  16. ok..ini serius.. 50% dr senarai di atas sy tak kenal… kena rajin menjengah lagi ni… terima kasih sebab kongsi senarai2 tu… btw, good luck ye…
    zie fauzi recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  17. ada yang saya tak pernah tahu lagi..wajib terjah ni..

    good luck untuk contest ini.. :) ctfand recently posted..WW #37: Taman Mini Inspirasi

  18. All the best! Ada antara blog2 di atas yang saya belum terjah lagi :) Farrah MF recently posted..Giveaway Travelog Oman IIUM by Blog Iqa

  19. Semoga berjaya dalam kontes Seo Malaysia Best Blog 2015 :). Semuanya yang terbaikk

  20. Semua blog yang disenaraikan memang terbaik :)

  21. semua blog yang tersenarai itu hebat dan ada keunikan tersendiri.
    semoga berjaya dengan contest ini
    Azwan recently posted..Samir Nasri : Ferguson Minta Saya Bergaduh Dengan Wenger

  22. aretikz, apa maksud do follow blog kat syarat contest tu. tak faham lah.
    matilah tanya soalan kat peserta lain haha.
    t kasih
    diana recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  23. Kesemuanya memang layak digelar Malaysia Best Blog :) Calrase Patrick recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  24. Blog-blog ni memang hebat…
    Nurul recently posted..Mandi-Manda Di Kolam Kamalodge Chalet Taiping

  25. blog yang disenaraikan di atas pastinya mempunyai pembaca yang tersendiri.
    Dr Fattah recently posted..Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa Perubatan

  26. moga berjaya dgn blog pilihan yg tepat….
    AUC recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  27. Pemilihan yang best! Semua ruby baca! Ruby pun join juga. Saje-saje cuba. Selamat berjaya dari ruby.my. :) Ruby.MY recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  28. selamat berjaya.. hehe saya pun join.. try test cuba :D cik sepet recently posted..Management Kerja Tukar-Tukar

  29. Banyak blog yang tersenarai belum pernah lagi diterjah. Pasti ada keistimewaan dan kehebatan yg tersendiri.
    Good luck ya!
    BM recently posted..Tingkatkan Kreadibiliti Lambang Keperibadian Blogger

  30. Pilihan yg bijak. Mmg semua tu hebat2 belaka blog mereka. Semoga berjaya dlm contest ni
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  31. Blog-blog ini mencerminkan konsistensi pembuatnya. Sungguh luar biasa. Perlu berapa lama ya untuk membuat blog menjadi seperti ini?
    jhonny recently posted..Useful Tips For a Novice Investor

  32. Semoga sukses untuk kontes ini dan yang penting beroleh ilmu dan pengalaman dalam blogging
    Khairul Zamri recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  33. Separuh kawe tak kenal. Thanks sbb memberi peluang kawe kenal..
    All the best to you. Semoga berjaya dlm contest ni
    Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  34. Banyak juga blog yang saya tak penah baca.
    Best nie boleh terjah dan jejalan sekali.
    Yang best baca pengalaman hidup orang kan.

    Good luck
    AZENI AHMAD recently posted..Bagaimana Pelukan Membantu Dalam Hubungan?

  35. Semoga berjaya ye !!

    Ikhlas – Bakul2011

    http://www.bakul2011.com
    nur recently posted..Jom Aktifkan Mykad

  36. Sifu-sifu penting nih..good luck kepada yg tersenarai..i”m following u,inshaAllah.
    Mama Nadia recently posted..Bad habit yang menyusahkan

  37. aduhh..

    tak ada plak blog saya kann..

    wuu..
    ohcikgu recently posted..Aliya RINDU ayah ye?

  38. Datang menjenguk
    Salam perkenalan, semoga berjaya dalam kontest
    Malaysia Best Blog 2015

  39. Oh.. Blog En. Titan dan blog ini memang saya selalu terjah.. btw misai beliau itu agak sukar ditemui :) Ain Ridzuan recently posted..MASAKAN SELERA KAMPUNG DI HOT PINDANG KITCHEN, SHAH ALAM

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: