Kalau Aku Jadi Food Blogger

Segala Ceritera

Now The Story Begins

Email

Facebook

Google+

RSS

Twitter

Tentang SegalaCeritera

Artikel Blog

Contact

Tweet

M inggu lalu aku gerak secara solo menuju bandaraya Kota Kinabalu, sebab ada mesyuarat di sana. Jauh perjalanan, sendiri-sendiri bawa kereta. 5 jam melalak, boring punya pasal. Masa tu lah perasan (baca “penuh perasaan”) suara aku ala-ala vokalis Caliph Busker, tapi yang note rendah la, note tinggi pula macam suara Safiq Rahim promosi makanan kucing.

Stay dalam 3 malam, tempat adik aku. Yang part susah hatinya, kena sendiri pandai-pandai cari makan. 3 malam makan sendiri, di 3 tempat berbeza, tanpa ada skandal, sebab muka aku suci, peminat jak banyak, skandal tiada, whoaa ~

Malam pertama aku try makan dekat Grace Point. Tempat ni memang famous beb, memang banyak orang lepak makan dekat sini. Terletak di Sembulan, terdapat tugu mengenangkan peristiwa hitam di Sabah, iaitu peristiwa Double Six, yang mana mengorbankan Ketua Menteri Sabah ketika itu, iaitu Tun Muhammad Fuad Stephen serta beberapa menteri yang lain. Disitu juga tempat kemalangan tu berlaku, tak hairanlah balik-balik dengar bunyi kapal terbang, sebab memang dekat dengan airport pun.

Grace Point ni merupakan food court yang menyediakan pelbagai jenis juadah, daripada makanan tradisional Sabah, sehinggalah masakan Baba & Nyonya, India, Indonesia, Korea dan macam-macam lagi. Cuma malam tu pula lidah aku nak rasa makan makanan arab, jadi aku merantaulah ke gerai Arab ni.

Tengok-tengok menu, aku ambil la Mandy Lamb, dan secara automatiknya kepala aku terarah kepada mandi kambing. Kejam bunyinya, padahal nasi arab kambing jak pun, yang berharga 10 ringgit. Lepas tu order Mocchachino, dan bersedia untuk merasa masakan arab ni.

Ngap saja dalam mulut, pergh, lembut gila daging kambingnya, senang kena carik. So far rasanya ok lah, kira aku bagi 3 bintang. Habis licin aku makan, sebab lapar, nasib baik aku tak makan dengan pinggan-pinggannya sekali. Dicuba untuk kali kedua? Mungkin tidak kot, huhu.

Malam kedua aku berniat nak feel ala-ala Jepun, so tekak nak makan Sushi King. Sekali terbaca kat google, Sushi King ni belum ada sijil halal, terbatal niat terus. Zuppp, mata terpandang satu restoran yang famous dekat semenanjung, tapi kalau kat Sabah, baru ada dua cawangan setakat ini, tak lain tak bukan, Nando’s.

Layanan aku bagi tip-top, mesra, cepat dan betul, eh? Moto polis pula jadi mangsa. Aku pun berpinar-pinar nak pilih menu, boleh tahan harga bagi orang kering macam aku. Ayam peri-peri kena rekemen oleh waiter tu, tapi last-last aku pilih menu Chicken Breast Fillet dengan cara burger. Inilah yang buat beta rasa confius, sungguh tahap newbie Nando’s.

Kenapa? Dalam fikiran aku, dada ayam yang dimasak macam daging ayam burger kena goreng tu. Bukan burger sebenar-benar burger! Mana tak berkerut waiter bila aku dah cun pilih side dish chip, terus tukar pergi nasi mediterranean. Makan burger dengan nasi, terus aku buat muka berkerut macam waiter tu. Nasib aku tidak letak nasi dalam burger tu, jadilah sushi burger, whoaa ~

Harga semua termasuk minuman, cincai-cincai dalam 25 ringgit macam tu. Cepat jak aku makan nasi, kaver line supaya banyak lagi yang tak berkerut macam aku nanti, haha.

Malam ke-3 merupakan malam paling blank aku nak makan kat mana, sampai radio pun macam tahu-tahu jak pasang lagu si Taufik awak kat mana tu. Aku buat keputusan ambush Suria Sabah, tengoklah mana tempat berkenan. Nampaklah satu restoran ni, The Cafe BBQ kalau tak silap namanya. Tempat boleh tahan, isi dompet aku pun jadinya tak tahan.

Apa yang aku tahu, tempat ni lebih kepada masakan ala-ala korea, nampak menu dalam gambar, terliur gak beb. Kali ini, memang aku pilih menu yang direkemen dalam buku. Ayam… errr… ayam… aku lupa pula namanya, huhu. Tapi sedap beb, sampai licin piring tu. Damage aku kena dalam 25 ringgit, kali ni yang berbaloi. Selesa gitu. Konfom datang balik lepas ni.

Kalau begini Food Blogger punya review, haram jadi Malaysia Best Blog untuk kategori Malaysia Best Food Blog site. Memang tak boleh pakai langsung, haha. Yang aku tahu, nak jadi Food Blogger ni perlu ada skill, bukan macam blogger biasa.

Antara skill yang perlu ada kalau nak jadi Food Blogger :

1. Cuba tahu sedikit sebanyak latar belakang sesuatu tempat, apa yang famous amos di sana, lagi cantik kalau ada diselitkan sejarah macam mana restoran ni boleh jadi top.

2. Menu, tak salah kalau nak pilih masakan yang kurang orang pilih, tetapi, kalau dah 1st time masuk, nak review seeloknya makanan yang menjadi brand di restoran tu. Yang penting kena ingat nama menu, catit siap detail dengan harga. Gambarkan persembahan menu tersebut, opkoz, gambar wajib kena ada.

3. Suasana, persekitaran dan service. Ini kena wajib mention, adakah persekitarannya bersih, menarik, servicenya tip top atau muka asam boi.

4. Gaya penceritaan, skill ni yang paling susah kot, macam mana nak bercerita menggambarkan kesedapan makanan tu, macam mana nak buat orang terliur sampai rasa nak pergi sana on the spot. Tapi kalau tak sedap, janganlah cakap menyampah, rasa nak muntah ker, ingat-ingatlah orang yang makan tak terjaga, kebuluran segala. Silap-silap, orang yang menyampah dengan blog korang tu.

5. Kesimpulan, ini simple pimple pun tak apa, bagitahu samada berbaloi atau tidak datang kat situ, atau nak try makanan lain bila datang balik kat sana.

Apapapun, aku memang tak terer jadi Food Blogger ni, sebab yang aku tahu, makan jak, tiada masa nak fikir mahu tulis ni benda, ngaaappp.

“Bro, makanan tengahari tiada review ker?”

“Beb, makanan mesyuarat pun nak kena review juga ker?”

Malaysia Best Blog 2015 Malaysia Best Blog 2015 Sebagai seorang blogger, membuat blog yang terbaik adalah impian buat semua. Tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015 merupakan satu kekuncupan hidung buat mereka […]

Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog? Best Blog? Best blog bla bla bla. Ceriteranya bermula dari tempias Malaysia Best Blog 2015, tapi tempiasnya lambat sampai kerana baru hari ini aku terfikir, beb, apa kriteria blog-blog tu […]

3 Strategi Meningkatkan Pembaca Blog Tegar Blog tanpa pembaca diibaratkan sebuah wayang tanpa penonton, pergh, ayat, pasal tu la bini aku cair dengan aku, haha. Mencari pembaca untuk menjengah ke blog kita bukan mudah, tapi tidak […]

Nama Dan Tagline Blog Pun Boleh Dapat Idea Entri? Oh Yeah ~ Sekali lagi aku nak share benda yang boleh menjana idea pemikiran korang. Seperti mana tips cari idea yang terbahagi kepada part 1 dan part 2 macam cerita last Harry Potter […]

Perlukah Salahkan Anonymous? Dalam dunia blog, kita tidak akan terlepas dari insan yang bergelar Anonymous. Mereka yang tanpa nama bergerak secara diam dan hanya memunculkan diri apabila perlu. Tapi, tiada kaitan […]

comments

Powered by Facebook Comments

Kembara Jepun : Persediaan Dan Tips Ke Jepun - 52,066 views

Istighfar – Kelebihan Yang Tidak Dipandang - 48,234 views

Alkisah Si Tukang Urut - 22,378 views

Kartun Jepun Sepanjang Zaman Di Malaysia - 21,094 views

Tatkala Istikharah Mengharap Petanda - 15,045 views

Kisah Suami Isteri Ini Boleh Mengalirkan Air Mata Anda - 13,246 views

Petua Menghilangkan Duka Dan Sedih - 11,581 views

Kisah Cinta Agung Bersenikan Diam - 9,502 views

Ceritera Gadis Tudung Labuh - 9,078 views

Beluran : Panduan Untuk Pendatang Baru - 9,030 views

Log in

Entries RSS

Comments RSS

WordPress.org

Kembali Ke Atas

Hakcipta Terpelihara © 2019 · Rekabentuk oleh Woot Media