5 Tips Kuruskan Badan Mudah Tanpa Mengorbankan Makanan Kesukaan Anda

berat badan

Cerita kurus ni selalunya orang perempuan yang paling suka. Penimbang berat tu musuh utama bagi dorang kalau pandai naik berat, padahal naik berat pun 500 gram jak kali tu. Yang lelaki apatah lagi, kalau comel-comel macam Abam Bocey tu seluruh badan bulat, tapi kalau jenis yang rata di tepi, tapi bulat di depan, penyakit rumahtangga namanya, biarpun dia bujang.

Nak kurus ni, InsyaAllah bukannya susah, malah dengan tips kuruskan badan yang aku kongsikan ni, korang boleh makan favret korang tanpa perlu membuang jauh-jauh kegemaran korang macam candy crush tu. Eh? Candy crush tu makanan ker?

Makan Ketika Lapar, Berhenti Sebelum Kenyang

Pernah dengarkan? Hadis? Ianya diambil dari lafaz “Kami, kaum muslimin, adalah sekelompok orang yang tidak akan makan sampai merasa lapar terlebih dahulu dan jika kami makan, kami tidak sampai kenyang”.

Menurut beberapa ulama hadis mengatakan ianya Dhaif, malah ada yang mengatakannya palsu. Ada juga yang mengatakan ianya adalah kata-kata hikmah,

Namun, bab ni kita boleh pakai, untuk mengawal nafsu makan kita, sebab tu aku masukkan dalam tips kuruskan badan ni.

Yang maksud berhenti sebelum kenyang pula apabila kita sudah merasa cukup untuk makan, sudah hilang rasa lapar. Tak salah juga nak kenyang, tapi biarlah yang kenyang itu tidak berlebihan, sampai mahu berdiri pun payah.

Makan Secara Perlahan

makan macam kura2

Tips kuruskan badan yang kedua ini berkait rapat dengan tips di atas. Makan secara perlahan bukanlah makan secara slow motion, siap gerakan gaya makan macam filem Matrix lagi.

Setiap butir nasi masuk secara perlahan-lahan dalam mulut, dikunyah pun mahu 3 saat baru tergigit tu nasi, melampau sungguh. Itu memang berkurun kau makan tengahari, sampai makan malam baru siap, syabas.

Maksudnya, kita tidak gelojoh, relax menikmati makanan. Kunyah makanan tu biar lama, ada yang cakap 32 kali, ada yang cakap 40 kali, malah ada yang sampai 70 kali.

Tapi tidaklah sampai korang kena kira beb, nak juga cun-cun 40 kali dikira setiap kunyahan tu. Kunyah tu, biar sampai hancur lumat, kalau kira 100 kali pun tapi yang korang makan tu besi, tetap tak hancur punya.

Hikmahnya? Yang ni menyebabkan anda rasa kenyang dengan lebih cepat, sungguh, tak tipu. Aku memang ada buat benda ni, malah di hujung sisa makanan tu hancur, sedap woo.

Malah, secara saintifiknya, makanan lebih mudah tercerna dan diserap segala nutrisi ke dalam tubuh badan.

Aku tahu, ada yang cakap benda ni hadis, tapi aku dah search, tiada yang bagitahu secara mendalam dari segi sanad dan perawinya, kalau ada yang boleh bagi detail, alhamdulillah.

Jangan Berlebihan

http://www.dreamstime.com/stock-image-image34611101

Ini lagilah berkait rapat dengan tips kuruskan badan yang pertama dan kedua tu. Nabi dah pesan, kena bagi-bagi perut tu tiga bahagian, makanan, air dan udara. Malah peringatan keras diberitahu kita makan dengan satu usus, manakala orang kafir makan dengan 7 usus.

Tak kuat lagi dalil di atas?

“Makan dan minumlah, tapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (Al-A’raf ayat 31).

Ambil kuantiti yang sedikit, lepas tu makan perlahan-lahan, kunyah banyak kali (tak perlu kira yek), InsyaAllah, cepat korang berhenti makan, kerana sudah merasa cukup makan. Tak perlu kekenyangan melampau-lampau.

Dimaksudkan dengan berlebihan juga, bersederhana dengan setiap pengambilan makanan, gula sederhana, protein sederhana, buah sederhana, semuanya serba serbi sederhana. Tapi tiada kaitan dengan orang yang kena panggil Hana la yek.

Siapa yang mengamalkan diet vegeterian, berubahlah, korang perlu juga memakan daging untuk mendapatkan khasiat daripadanya. Jangan risau nanti gemuk, kalau ikut 3 tips kuruskan badan terawal ni, InsyaAllah dijamin masih slim.

Berpuasa

Aku, masa bulan puasa tu, berat konfom turun mendadak dalam 7-10 kilogram. Yang naik pun selalunya di hidung jak, bangga kan, haha. Tapi, masa raya pertama, 10kg naik terus, kurang asam!

Berpuasa ni bukan sekadar di bulan Ramadhan tu, tapi puasa-puasa sunat yang telah dianjurkan, paling kebiasaan puasa sunat isnin dan khamis. Ianya dapat merehatkan perut, selain menyihatkan tubuh badan. Malah, dengan berpuasa, kita dapat menangani stress dengan sebaiknya.

Apa kaitan dengan stress bro? Tahu tak, bila stress ianya akan menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran.

Kekurangan hormon-hormon ini menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang menyebabkan perut menjadi buncit. Buncit beb, bukan pregnant.

Workout

funny-work_

Amboi, sub-tajuk tu aku guna work out woo, english education tu, alang-alang, gunalah perkataan bersenamkan?

Tak, tak semestinya bersenam, sebab tu aku cakap workout, yakni, buat aktiviti-aktiviti yang membuatkan korang bergerak sikit. Bukannya menghadap komputer 24 jam, tapi, kalau menghadap blog aku ni, its ok, aku maafkan, whoaa ~

Pergilah cuci kereta sendiri ka, menyapu rumah ka, cuci kain secara manual ka, itulah namanya workout. Sekurang-kurangnya ada juga lemak terbakar. Kalau yang rajin bersenam, lagilah di alu-alukan.

***********************************************************

5 Tips kuruskan badan di atas tu, semua berkait rapat antara satu sama lain, buat kelima-lima tu, InsyaAllah, dengan mudah turun berat badan tu. Malah korang boleh makan makanan favret korang tanpa risau berat badan mencanak naik.

Tapi, kalau korang masih tidak yakin tips di atas, ada satu lagi tips kuruskan badan yang tak banyak yang tahu, dan khas untuk mereka-mereka yang susah hati nak buat tips-tips yang ada dekat pakcik Google ni.

Caranya mudah saja, yang penting korang siap sedia mental fizikal, dan pastikan anda buat ni secara bersendiri, tiada orang lain yang tengok tau, dan yang penting, berdiri depan cermin. Lepas tu?

Korang tampar-tampar perut tu, cakaplah dengan sepenuh hati, “Kuruslah kau perut, kuruslah kau perut, tak malu punya perut, buncit!’

InsyaAllah, korang rasa nak tampar-tampar tuan punya blog ni, whoa~

Ok, yang ni betul-betul punya, mengenai satu diet yang terkenal di seluruh Malaysia, yakni diet Atkins. Kalau aku tulis, panjang berjela beb, panduan tu korang boleh dapatkan dengan klik >Sini<.

Selebihnya, dari kekuatan hati, panduan telah diberi, tapi kalau tiada disiplin diri, semuanya tak menjadi. Wallahualam.

Ini juga ceriteranya

  • Tips Mencari Dan Menjadikan Lelaki Pendengar Yang BaikTips Mencari Dan Menjadikan Lelaki Pendengar Yang Baik Aku tahu, baik wanita berkahwin mahupun tidak di luar sana yang keluh kesah, kemurungan gara-gara lelaki atau suami mereka yang sukar mendengar dengan baik apa yang mereka sampaikan. […]
  • Ini Cerita tentang “Ber”Ini Cerita tentang “Ber” Amaran terlebih dahulu, entri ini tidak panjang, tapi boleh buat anda mual biru Yezza ~ Entri 1st bulan September. Kira nak update pas merdeka, apakan daya, Streamyx ni tiba-tiba […]
  • Telinga ~ Anda Ingin Pekak?Telinga ~ Anda Ingin Pekak? Wowowo, agak bisa tajuk entri ni ya. Siapalah nak pekak, kalau ada sila angkat tangan sekarang. Eh, tidak nampak pula, soru, har3x~ Adakah diri anda semua pernah terbelek-belek telinga […]
  • Jangan Bermusuh Dengan Nyamuk Kerana DenggiJangan Bermusuh Dengan Nyamuk Kerana Denggi Oh yeah ~ Tidak sangka, cerita aku nak kahwin 4 banyak juga orang view yek, haha. Ceh, view bukan sampai seribu pun, yang penting, janganlah salah tafsir sal kahwin 4. Bukannya aku nak […]
  • Bagusnya Timun ~ Tapi…Bagusnya Timun ~ Tapi… Tarantula bergerak ~ Ouh, lama sungguh tidak sebut perkataan itu, hoho. Hari ni bermulanya kerja setelah lama bercuti, betapa bestnya kalau gaji jalan tapi sentiasa cuti, hoho. […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Okay perkongsian yang sangat menarik. Saya pun ada share jugak.
    Adam recently posted..Rawatan mencerah dan menyerikan wajah dalam 20 minit

  2. wajah yang sihat menambah keyakinan diri.
    Dr Fattah recently posted..Seksyen Pengetahuan Am Peperiksaan Separa Perubatan

  3. Tak sangka akak ada buat workout selama ni haha. Mengemop, menyapu, mengemas rumah waima melipat baju pun workout lengan kan!
    Kalau lunch gaya kura-kura bergerak memang bakal dibenci bos akak bah. Nyah kau dari pejabat ini :D diana recently posted..Merentasi desa nan permai

  4. betul2..kalau makan perlahan ni cepat kenyang..tapi klau dah hari2 masak sedap mana nak makan perlahan2.lagju je menyuap nya..tak sedar pun dah 2 x tambah..ekekek..

    (saja je nak ngaku yang diri sendiri masak sedap..ekekek)
    diana recently posted..INI SEBAB KENAPA NYAMUK SUKA MENGGIGIT ANDA

  5. Sejak dah beranak pinak ni saya dapat skil kunyah 5 kali terus telan. Lepas ini saya akan berusaha kunyah 40 kali.. ;) Ain Ridzuan recently posted..7 TIPS KESELAMATAN KANAK-KANAK SEMASA DI DAPUR

  6. Makan secara perlahan dan jangan berlebihan. Kemudian mesti tahu apa yang dimakan sama ada berkhasiat atau pun tidak. Kalau tidak berkhasiat kurangkan. Kesihatan diutamakan.
    adarain recently posted..Review The Last Naruto The Movie

  7. lawak dan menghiburkan tips kurus ini..tapi apa yang dinyatakan memang benar!

    p/s : Saya ketawa membaca entri ini sehingga mengalir air mata..pelik tapi benar he..he..
    Hero Borneo recently posted..Blogwalking Gempak Edisi Pertama 2015

  8. bagus tips ni. boleh diamalkan. Eheh :P
    InaniHazwani recently posted..Krik Krik Krik

  9. No 1 tu betolll sangat..Islam pon galakkan berhenti sebelom kenyang kan
    zara recently posted..Blighted Ovum – Punca dan Simptom Yang Anda Harus Ketahui

  10. Saya susah hendak naik berat badan. Makan pun tak banyak.
    akubiomed recently posted..Resepi biskut Cheese meleleh

  11. saya pun nak cuba la mana tahu boleh turun lagi berat badan nie
    blogger lelaki recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  12. haha..

    takdenya. aku makan aje apa aku nak.

    tapi kena la jogging dan wat latihan lepas tu. haha
    titan recently posted..15 sebab mengapa website LetsMasak ini menarik dan SEKSI.

  13. benda yg basic tapi mencabar nak buat..hehehe
    Oja Samid recently posted..Krim yang Selamat untuk Hilangkan Ruam Bayi

  14. Thank you sharing! Memang simple caranya tp kena ada azam yg kuat nak buat kan? Especially workout haha. Nak tambah utk point satu tu. Ada jugak yg cakap, nak makan tu ambik kuantiti yg sikit dan kerap. Dan jangan skip breakfast
    Hanis Amanina recently posted..Beautiful Sky of 2014 [Part 3]

  15. Atau? Jom ikut berlariiii.. weehoooo :D Yeen recently posted..sukaNYA kisah: hatinya tertinggal di Istanbul Marathon part 2

  16. Makanlah buah pisang, perut susah nak boroi. ;) Helmi Aliarit recently posted..Wordless Wednesday #1 Kampung Town Hall 8

  17. tidak tergolong. lalalalalala
    i am S!L4H.. recently posted..It’s been TwoThousandFifteen

  18. Perkongsian menarik.. Lihat gambar pun dah semangat :) Inspirasi Huda recently posted..Cara Pernafasan Yang Betul Semasa Bersalin

  19. Tip yang sangat berguna untuk semua :)
    Nurul recently posted..Panduan Menghadapi Alahan Ketika Mengandung

  20. Tips yg sgt berguna. Org yg nak kuruskan berat badan boleh try. Hehe

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: