Perlukah Baca Doa Bahasa Arab?

doa

Tergelak aku baca cerita Ustaz Hasrizal masa dia di Mekah, dari buku Rindu Bau Pohon Tin. Alkisahnya waktu beliau sedang bertawaf, dia terdengar sekumpulan jemaah pada anggapan beliau seperti dari Pakistan sedang membaca doa. Seorang lelaki sambil memegang buku mengetuai bacaan doa sambil diikuti oleh kawan-kawannya di depan Kaabah.

“Allahumma, akhrijna!” katanya.
“Allahumma, akhrijna!” ulang mereka.
“Mi al-dhulumaat!” bacanya lagi.
“Mi al-dhulumaat!” ulang mereka bersamanya.
“Ila al-Naar!” baca lelaki itu lagi.
“Ila al-Naar!” kawan-kawannya mengikut. Setia dan sempurna.

Bila part situ, automatik aku tergelak kecil. Seperti mana Ustaz Hasrizal berharap doa tersebut tidak dimakbulkan, begitu jugalah dengan diriku. Sepatutnya dibaca “Ila al-Noor”, iaitu kalau disambung dari rangkap kedua bermaksud dari kegelapan kepada “Cahaya”. Tapi yang dorang minta, dari kegelapan kepada “Neraka”. Depan Kaabah minta ke Neraka, ajaib.

Ustaz tu tak sempat tegur jemaah tu, mereka sudah hilang disebalik ribuan jemaah haji yang lain.

Itu dari Pakistan, tapi kalau dekat Malaysia, rasanya korang lagi arif kan? Aku dah biasa nampak, antara tipikal orang kita. Masa dekat Sekolah Menengah, bila part Imam dah baca doa, dia tengok orang belakang, lepas tu minta tolong orang lain yang baca masa tu. Siap dengan gaya tangan lagi, mempersilakan orang baca doa.

Nak tambah thriller, orang yang kena suruh baca pun sama, buat gaya tangan, pass dengan orang sebelah. Kalau tiada yang nak baca, mahu tidak imam tu pun mengalah.

Padahal, aku pun sama juga tu, haha.

Tapi aku fikir benda ni setakat Sekolah Menengah, tak sangka pula terbawa sampai ke luar. Tapi selalunya kejadian tu bukan dekat Masjid, tapi kat surau Shopping Complex.

Semua gara-gara tak mahir baca doa bahasa Arab, walhal, baca doa bahasa Melayu pun bukan kesalahan yang besar. Malah orang lebih memahami setiap butir doa yang diaminkan.

Cuma kelebihan doa bahasa Arab ni, kebanyakkan yang kita tahu diambil dari potongan ayat al-Quran dengan Hadis, selebihnya dari bacaan mereka yang tahu berbahasa Arab.

calm

Cuma yang ni melencong sikit dari topik. Terkadang doa yang simple pun mahu orang yang sama juga yang baca. Serius beb, selalu kalau ada majlis keramaian, bayangkan orang luar yang datang nak makan, tiba-tiba kena suruh baca doa makan kat depan. Aku pelik juga, tuan rumah takkan tiada orang berkaliber nak baca doa yang paling simple kot? Budak-budak pun pandai baca.

Tapi tu la, kuatnya pengaruh bahasa Arab sampai kita terasa malu nak baca doa bahasa Melayu. Hakikatnya macam aku cakap tadi, bukan dosa besar pun. Itulah pengajaran yang aku dapat masa sebelum aku pindah pergi sekolah berasmara berasrama dulu.

**************************************************

“Mat, kau baca doa esok aah, kau jak harapan ni.”

Masa aku sekolah dulu, sesi petang, selalunya yang baca doa waktu perhimpunan adalah pelajar tingkatan 2 Harmoni, yakni kelas Arab. Dan setiap minggu akan berganti orang nak baca doa tu. Namun bagi kami semua, itulah pengalaman 1st time nak baca doa depan orang ramai.

Gulp, tambah-tambah, cuma dua orang jak dalam kelas tu yang terer bab baca doa. Yang lain pula, masih zaman Jahiliah, padahal dah tingkatan 2.

“Aisshh, tidaklah, kau carilah orang lain, tidak aku datang sekolah esok ni.” Ahh, sudah, ni yang part huru-hara ni.

“Mana-mana jak lah, kalau bukan kau, si Shahrizal.” kata putusku, yelah, aku ketua kelas kan, ada kuasa veto sikit, kah kah kah.

**************************************************

“Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, dijemput adik Mohd Firdaus untuk membacakan doa.”

Aah sudah, mentang-mentang aku ketua kelas, aku pula yang kena suruh naik atas. Kawan aku si Shahrizal sudah ketawa habis, biarpun ditahan-tahannya masa tu. Kurang asam, kau tunggu Jal. Yang kureng, kawan aku si Mat memang betul-betul tidak datang sekolah hari ni.

“Cikgu, saya tidak pandai baca doa.” terus terang aku dengan cikgu yang menjadi pengerusi majlis masa tu.

“Siapa yang pandai baca doa di kelas kamu?” tanya cikgu tu. Time tu aku sudah senyum, Yes!!

“Si Shahrizal cikgu.” Cepat jak aku menyebut. Masa tu sudah ada bunyi-bunyi sokseh, sal lambat mahu baca doa. Cepatlah kau naik Shahrizal.

“Dijemput adik Shahrizal untuk membacakan doa.”

Hening. Dari atas pentas, aku sudah nampak kawan aku sorang ni sudah bersembunyi dibelakang kawan aku. Cis, keras hatinya tidak mahu naik. Siap aku nampak gerak bibirnya lagi, “Aku tak nak naik, aku tak nak naik.”

Nasib cikgu tu pun tak cakap kat aku, “Kawan kau kat mana, kawan kau kat mana.”

Last-last (Oh My English) cikgu tu suruh aku baca juga. “Bacalah apa-apa jenis doa yang kau tahu.” Allah, takkan lah doa makan? Huhu.

Aku ada ingat satu doa yang selalu kena baca masa sekolah agama rendah (SAR), doa penerang hati. Cuma, aku ingat-ingat lupa beb. Aku recall segala memori, RAM, graphic card dalam otak aku. Macam ingat, macam tidak. Tawakal jak la.

“Al-Fatihah.” Fuh, keluar suara romantik masa tu. Mulut kumat-kamit membaca Al-Fatihah. Gaya macam Ustaz-ustaz lah juga kiranya. Aku pun angkat tangan, dengan penuh konfiden, aku pun membaca doa “penerang hati”.

“Bismillahhirahmanirahim, Qul Huwallaahu Ahad, Allaahus Samad, Lam-Yalid Walam Yuulad, Walam Yaqul-Lahuu Ku-Fuwan Ahad, Walhamdulillahirabbil A’lamin.”

Alhamdulillah, aku lega, selesai.

**************************************************

Sebenarnya aku mahu baca : “Allahummaftah A’laina Hikmata Wansyur A’laina Min Khaza inni Rahmatika Ya Ar-hammar Rahimin.”

Entah, kenapa lain kejadiannya. Surah al-Ikhlas pula yang dibaca.

“Tidak apa, mungkin kamu gementar kali masa baca doa tu.” Cikgu tu menenangkan aku.

Tapi cikgu, saya konfiden masa baca tu. Huh.

Ini juga ceriteranya

  • Fanatik Luar TabiiFanatik Luar Tabii Rasanya tak terlambat lagi aku ucapkan tahniah buat pasukan Malaysia sebab berjaya membaham garuda tu. Bukan senang nak dapat skor 3 tanpa balas tu. Lepas ni kena ready mental nak main […]
  • Nasyid Tin KosongNasyid Tin Kosong Ingat dulu masa kecil, kalau sudah addict main bola, kutip mana-mana tin kosong, terus kemekkan tin tu. Pergh ~ bukan senang main bola pakai tin, lagi-lagi yang jadi penjaga gol, kalau […]
  • Saksi, Bangkai, Rahmat Dan Pahala KahwinSaksi, Bangkai, Rahmat Dan Pahala Kahwin Sinar merah menerangi di ufuk barat. Tanda Maghrib akan menjelma. Ketika itu orang ramai sudah berkumpul di Masjid Jamek Kota Baghdad. Sementara menunggu waktu Maghrib, mereka mendengar […]
  • Adik Pun Nak Solat JugaAdik Pun Nak Solat Juga "Subhaanal malikil ma'buudi, Subhaanal malikil maujuud" Gemaan suara bilal menandakan solat sunat terawih akan dimulakan. Aku melangkah ke tempat imam. Namun bukan aku jadi imam, sebab […]
  • Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja!Edisi Selongkar : Budak Sekolah Makin Manja! Pergh ~ Tajuk macam mahu makan orang jak. Hakikatnya, aku nak bagitahu esok sekolah, yahoo! Ceh, aku buat apa gembira? Sebab dapat jumpa cikgu sekolah? Mentang-mentang mak bapa aku […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. ada doa yang aku baca dalam bahasa arab dan ada dalam bahasa melayu..dalam bahasa arab tu sebab kita hafal dan tahu maksudnya
    blogger lelaki recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  2. oklah tu dah baca juga haha. Tererlah tu. Akak memang tak reti. Akak baca dalam BM jak asalkan faham kecuali bila dah kertu ni adalah hafal sikit-sikit mana yg mudah.
    Tapi bila pengawas kena naikkan bendera kat depan stress okeh. Semua mata tertumpu pada bendera.
    Haih. Tapi di oversea murid2 memang dilatih public speaking. Jadi diaorg takde hal nak membangkang dan membengkeng :D diana recently posted..Sabar separuh dari iman :)

  3. okeh la tu.

    janji hang kompiden.

    tapi haruslah tahu baca yang arab punya dengan maknanya.

    satu doa pun jadilah.

    jangan tak tahu langsung.

    kang anak tanya, tak tahu nak letak mana muka.

    senang cite..hapal aje. bukan susah mana pun.
    titan recently posted..5 Rahsia Taobao bantu borong barang dari China dengan lebih murah.

    • lain doa tu.. susah gak.. tetiba baca surah al-ikhlas.. haha..

      yup.. xsusah pun hafal.. kalau malas.. memang tak hafal punya.. keinsafan dari pengalaman dulu kan.. hehe

  4. Doa-doa dalam bahasa arab kena juga hafal dan teliti maksud supaya dapat khusyuk. Pengalaman baca doa memang gementar takot salah baca, kalah dah salah baca pastu kena tegur dah satu hal lagila bertambah malu besar. hahaha.
    adarain recently posted..Hj Hasbullah Awang dan Tok Guru Hj Nik Aziz Nik Mat Dalam Kenangan

  5. baca cerita tuan blo zaman sekolah pun nak tergelak. mmg kalo dah menggelabah doa yang terlintas je #punbolehhhh terkeluar
    i am S!L4H.. recently posted..It’s been TwoThousandFifteen

  6. buat bacalah mana satu kaedah yang kita midah faham..asalkan baik dan tak salah makna sisi agama sudahlah heeee
    suri recently posted..CPUV Campaigns Nuffnang 6/2015 -Physiogel – Ready for Anything

  7. Guru kau baik bah cover line. Respect hehe.

    Konfiden tahap tinggi bagus :D diana recently posted..Auntie cleaner dan telefon

  8. kelakar la baca pengalaman anda baca doa masa sekolah dulu. kahkahkah.

    biasa tu…saya pun tak mahir baca doa dalam bahasa Arab. kalau kena kat surau shopping complex tu, saya baca kuat yang bahagian atas dan bawah je (dalam bahasa Arab) sebab tu je tahu. Bahagian tengah2 dalam BM tapi suara saya perlahan sangat. haha
    MNH recently posted..BEZA TOK GURU NIK AZIZ DENGAN NAJIB TUN RAZAK

  9. Tergelak pula baca entry ni. Sorry ya.. Part masa kat sekolah yang pass siapa Jadi pembaca doa tu pun Ada masa saya kat sekolah dulu. Tu yang tergelak tu. Teringat memory silam
    emalinmohd recently posted..Jamu atau Vitamin Sesuai Diambil Apabila Keguguran?

  10. nampaknya bro dah tertanam ada ciri-ciri sense of humour masa kecil lagi tu!

    memang rasa nak gelak nie..he..he..
    Hero Borneo recently posted..Steve Job Bersama Apple Computer

  11. Saya pun tak berapa pandai baca doa dalam bahasa Arab… tapi ada satu doa yang saya hafal iaitu doa selamat, kat mana2 kalau kena kejadian macam tu… ter atau dipanggil ke depan… doa tu lah yg saya akan baca… tak kira lah orang suka ke tak suka…
    Najib Ariyan recently posted..CEBU BOHOL PANGLAO ALONA (PART 2)

  12. yang terbaik, doa dengan faham maknanya, serta meminta dri hati. betul tak? hehe..
    Oja Samid recently posted..Cara Mudah Basuh Kasut Sekolah Tanpa Perlu Penat Menyental

  13. dulu masa sekolah rendah saya banyak kali bertugas baca doa masa perhimpunan, memang bahasa melayu je.
    ikhwan recently posted..Nak Ramping Cara Mudah Dan Cepat

  14. saya doa dalam bahasa Melayu lebih feel kerana faham..
    mrhanafi recently posted..Tips Sangat Luarbiasa Untuk Berjaya

  15. hahaha lawak.. tapi bagus jugak so bile teringat2 balik kan? funny :D Yeen recently posted..sukaNYA cara mudah pilih dan beli jam larian secara online dengan Amazon

  16. yang penting konfiden mesti ada.. ha ha..

    kalau doa sendiri2, baca lah bahasa apapun..Allah faham.. Cuma kalau dalam majlis ni, kenalah baca doa yg berkaitan kan.. :) ctfand recently posted..Malaysia Best Blog 2015

  17. okla tu, nasib baik ko tak baca doa makan kat atas tu… hehehehe
    Alongxp recently posted..gaji dari blog – komisen mobicow ke 2

  18. ememang lebih afdhal lagi kalau kita mengerti bahasa Arab karena itu memudahkan kita belajar agama dan doa juga jadi kita mengerti artinya
    islam di dadaku recently posted..Tidak Pernah Shalat Dan Puasa Di Masa Muda Masih Adakah Tobat untukku

  19. Tp kekadang tu. Ape kita berdoa bhasa arab tu pun kita tak tahu maksudnya

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: