Tips Mencari Dan Menjadikan Lelaki Pendengar Yang Baik

Aku tahu, baik wanita berkahwin mahupun tidak di luar sana yang keluh kesah, kemurungan gara-gara lelaki atau suami mereka yang sukar mendengar dengan baik apa yang mereka sampaikan. Setiap kali si isteri bercerita sesuatu dengan suami, macam-macam gaya si suami, main COC la, Candy Crush la, tanpa langsung memberi perhatian kepada si isteri.

baik

Haa, jadi aku sebagai lelaki telah mendapat ilham yang secara tidak sengaja daripada budak-budak sekolah, tips bagaimana mencari seorang lelaki yang merupakan seorang pendengar yang baik. Malah yang bergelar isteri pun boleh cuba untuk jadikan suami anda tempat meluah yang terbaik sekali daripada korang bergosip dengan jiran sebelah rumah.

Pendengar yang baik?

Sebelum tu, apakah yang dimaksudkan dengan pendengar yang baik? Menurut Kamus Cinta edisi aku sendiri, ianya adalah mendengar dan memberi tumpuan kepada apa sahaja yang diluahkan atau disampaikan kepada seseorang.

Hakikatnya, yang bermasalah untuk menjadi pendengar yang baik pada zaman kini, adalah lelaki. Lelaki ni hanya terer mendengar masa nak memikat saja, bila dah dapat, korang bercakap, korang sendirilah dengar apa yang korang cakap tu, whoaa ~

Malah kaum Adam pun wajib baca tips ni, supaya hubungan korang suami isteri bertaut dengan kukuh, dilimpahi kasih sayang, biarpun anda seorang Leader dalam Clan COC.

Akak-akak dan adik-adik manis sekalian, aku tahu, bukan semua yang membaca ni pernah mendengar atau pergi ke Khutbah Jumaat. Tahukah anda betapa powernya Khutbah Jumaat yang membolehkan abang-abang sado mahupun boroi menjadi pendengar yang terbaik kepada korang?

Sebelum tu aku ceritakan permasalahan yang berlaku ketika khutbah dibacakan oleh khatib. Ada yang tidur, ada yang bercerita dengan kawan-kawan, ada yang termenung, siap main wechat search people nearby dan aku konfiden lepas solat Jumaat, kalau tanya isi khutbah, terkial-kial nak menjawab.

Wahai para wanita sekalian, kalau korang nak tahu (bagi yang belum tahu), saat khutbah dibaca, semua kena tumpukan pada khatib, dah tak boleh buat apa-apa dah. Berbual dengan orang dilarang sama sekali, malah, menyuruh orang diam pun langsung tidak boleh. Hanya khatib sahaja yang boleh berinteraksi dengan mereka.

Nabi Muhammad bersabda: “Sesiapa yang bercakap-cakap ketika imam sedang membaca khutbah (solat Jumaat), maka dia bagaikan seekor keldai yang membawa kitab-kitab dan sesiapa yang berkata ‘diam’ (kepada rakannya yang bercakap), sia-sialah pahala Jumaatnya, maka tiadalah Jumaat baginya.”

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Ala, yang main Candy Crush tu bukannya bercakap pun. Ok lah tu kan?

Rasulullah s.a.w telah bersabda :

Barangsiapa yang berwudhu lalu memperbagus wudhunya kemudian dia mendatangi shalat Jum’at, dia mendengarkan khutbah dan diam, maka akan diampuni dosa-dosanya antara Jum’at ini dengan Jum’at yang akan datang, ditambah tiga hari. Dan barangsiapa yang bermain kerikil, sungguh ia telah berbuat sia-sia.

(Hadis Riwayat Muslim)

Banyaklah kau punya ok, saat mendengar khutbah, sudah kena zip mulut tu. Jap, so, apa kaitan dengan pendengar baik ni?

Rasanya korang pun sudah pick-up apa yang aku nak cakap. Kesimpulannya senang, kalau dah terdidik lelaki tu menumpukan apa yang khatib sampaikan, InsyaAllah, dengan korang pun dia senang hati nak mendengarnya.

Jadi yang belum kahwin tu, kalau dah si lelaki tu ikhlas sangat sampai nak jumpa parents tu, suruhlah datang hari Jumaat, pergi solat Jumaat dengan bakal bapa mertua. Haa, pastu, suruhlah bapa tanya sal khutbah Jumaat tadi. Kalau korang nak betul dapat lelaki yang menjadi suami yang boleh mendengar jiwa anda sebaiknya, janganlah pakat nak bagitahu soalan bocor tu.

Yang dah berkahwin pula, pesan-pesanlah kat suami setiap kali pergi solat Jumaat, dengar khutbah baik-baik, jangan bercerita, tidur segala. Masih belum terlambat kot, tapi kalau dah jenis laki tak makan saman, banyak-banyaklah berdoa terbuka hatinya, dah jodoh ye tak? Keh keh keh.

Apapapun, terima kasih kepada budak sekolah yang kuat bercerita tu, pasal korang aku dapat ilham untuk menyelesaikan keluh kesah kebanyakkan wanita, tapi, kalau perangai bercerita tu tak berubah, aku khutbah korang nanti next Jumaat. Kalaulah, whoaa ~

Apapapun, Nak Yang Baik, Jadilah Yang Terbaik.

Ini juga ceriteranya

  • 5 Tips Kuruskan Badan Mudah Tanpa Mengorbankan Makanan Kesukaan Anda5 Tips Kuruskan Badan Mudah Tanpa Mengorbankan Makanan Kesukaan Anda Cerita kurus ni selalunya orang perempuan yang paling suka. Penimbang berat tu musuh utama bagi dorang kalau pandai naik berat, padahal naik berat pun 500 gram jak kali tu. Yang lelaki […]
  • Jodoh Tertulis Di Langit Tapi Bukan Turun Dari LangitJodoh Tertulis Di Langit Tapi Bukan Turun Dari Langit Tajuk punya panjang gila, terbelit-belut lidah menyebut. Oh, persoalan jodoh. Sekarang lagi musim "kahwin", banyak jemputan untuk habiskan beras. Orang bujang paling suka bab ni, maksud […]
  • Kisah Suami Isteri Ini Boleh Mengalirkan Air Mata AndaKisah Suami Isteri Ini Boleh Mengalirkan Air Mata Anda Kisah suami isteri ini pernah menjadi viral satu ketika dahulu. Aku ambil cerita ni dari page Karyawan Bisu, lalu aku tempekkan di page Segala Ceritera, lantas mendapat perhatian […]
  • Warkah Seorang “Playboy”Warkah Seorang “Playboy” Assalammualaikum dan salam sejahtera Aku sedar, penulisanku ini mungkin tidak menggambarkan keseluruhan mereka yang di luar sana, tetapi aku terpana, mengapa mudah menjatuhkan hukuman […]
  • Dilema Lelaki PemendamDilema Lelaki Pemendam Hmmm? Lelaki pemendam rasa? Apa kes? Lelaki yang dianggap ego tetapi ada yang pemendam? Haruskah? Oh, mengapa  cerita lelaki pemendam ni. Tidak cool la. Hodoh tul lelaki memendam rasa […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. hahaha..kadang2 apabil asyik diulang perkara yg sama tu yang buat suami buat dek je…tapi sebagai suami memang kita patut jadi pendengar yang baik kepada isteri..jika bukan kepada kita kepada siapa lagi?
    blogger lelaki recently posted..Kelebihan Menyertai Contest Bagi Blogger Baru

  2. memang ada lelaki pendengar yang baik..contoh semasa khutbah jumaat walaupun ada sebilangan kecil yang mensia-siakan amalan mereka
    Hero Borneo recently posted..Ketahui Perbezaan MInda Dengan Otak

  3. tak semua lelaki macam tu. ada juga lelaki yang boleh jadi pendengar yang baik tapi susah nak cari.
    MNH recently posted..LELAKI KACAK TETAPI LEMBUT?

  4. cukup kalau ada perkara ada agama dan tanggungjawab bagus alahai…

  5. Beruntung saya dapat lelaki kategori pendengar yang baik, baik dengar khutbah (berdasarkan ulasan dia setiap hari Jumaat) atau dengr bebelan isteri dia ni..he he
    ctfand recently posted..Lembaran Baru ctfand.com Di Tahun 2015

  6. dan perkara wajib untuk jadi pendengar yang baik adalah..

    mempunyai telinga yang berfungsi.
    titan recently posted..Kekadang, bagus gak bila kena patuk dengan Virus Selsema ni.

  7. telinga tu kena tarik baru boleh dengar dengan baik.
    ikhwan recently posted..Affiliate Panduan Bisnes Baju Kurung Di Ashadee

  8. Husband akak dengar, akak pun bercerita. Sekali akak toleh, dia dah terlelap.
    Boring ngat gamaknya haha.
    Bila dia bercerita, akak sambil basuh pinggan, menyapu, sama aje hehe.
    Paling concentrate dalam kereta odway ke mana-mana. Lagi jauh lagi bagus.
    Lepas cerita, akak tidur. Dia tak boleh haha
    diana recently posted..10 tahun mencari cinta

  9. kalab bab rumahtangga, mmg fitrah lelaki nie mendengar utk menyelesaikan masalah isteri..sedangkan dalam kebanyakan masa, isteri hanya nak meluahkan perasaan je. boleh jadi konflik kalau dia2 tak faham perbezaan nie.. hehe
    Oja Samid recently posted..Tips Memilih Pencuci Muka yang Bagus dan Sesuai dengan Kulit

  10. budak sekolah bukan seorang pendengar yang baik.

    hehe..
    ohcikgu recently posted..Aliya RINDU ayah ye?

  11. adakah pendengar yang baik mesti faham apa yang didengar?
    TehR recently posted..Float Switch Untuk Tangki Air

  12. Tips berguna ni bagi yang belum berumah tangga.

    Terima kasih atas infonya :) Ani Haryani recently posted..Malaysia seperti Jepun? Pokok Tekoma :D

  13. Terbaik. Harap si suami terbaca blog ni. Hihi

  14. wahh kamus edisi sendiri. hehe. kite kan ade 2 telinga jadi memang diberi kelebihan untuk mendengar daripada bercakap. indahnya ciptaan Allah~
    i am S!L4H.. recently posted..Project Runaway #yeke

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: