Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog?

Best Blog?

Best blog bla bla bla. Ceriteranya bermula dari tempias Malaysia Best Blog 2015, tapi tempiasnya lambat sampai kerana baru hari ini aku terfikir, beb, apa kriteria blog-blog tu tersenarai sampai menjadi pojaan hati dorang tu?

best blog 1

Sampai beratus blog tersenarai, belum campur dengan blog yang berulang-ulang dilaungkan dalam blog-blog lain. Sebenarnya kita tahu kenapa kebanyakkan blog ni kena pilih, tapi terkadang kita sendiri tak ambil iktibar mengapa blog mereka ni tersenarai.

Sebelum aku bagi point-point atau kriteria-kriteria menjadi best blog ni, aku nak korang setkan minda anda tentang keyword ni : Best blog hakikatnya bukan dibuat untuk diri sendiri, tetapi untuk orang lain.

Kalau tak dapat terima keyword yang aku cakap tu, maknanya, artikel ni bukan untuk korang. Sebab artikel ni panduan untuk menjadi best blog, tak kira macam mana picisan ka, piccasso ka, pistachio ka blog korang tu.

Kalau cakap blog tu sekadar diari untuk suka-suki jak sendiri baca, microsoft word pun cukup dah. Nak unik sikit, guna powerpoint, pastu buat slide untuk bentang dengan diri sendiri, whoaa ~

Bagi aku, kriteria asas untuk menjadi best blog ni ada 3, dan ianya sesuatu yang boleh diasah, praktikal dan mudah.

Penulisan Hasta La Vista

Apabila kita berbicara tentang blog, benda paling utama adalah penulisan. Tak menjadi blog tanpa menulis, melainkan blog fotografi.

Kebanyakkan best blog yang dapat kita nampak mahir dalam bermain kata-kata. Tajuk hodoh macam mana pun, bila orang baca, muka berseri-seri tanpa perlu guna Fair & Lovely.

Selalunya blog yang menerapkan unsur humor ni yang banyak terlajak laris, tapi penulisan yang ke arah bermain dengan perasaan lebih dekat dengan hati pembaca.

Blogger tu buat artikel sedih, habis tisu lap air mata, pastu orang tu tulis lagi artikel bikin panas, habis kotak tisu pula koyak rabak jadi mangsa. Ko fikir tidak rugi itu tisu kena buat macam tu? GST tuuuu..

Tapi kalau bermain dengan kata-kata pun tiada makna kalau artikel tu tunggang langgang, tidak tersusun, berjela-jela, melarat tanpa hala tuju sampai pembaca hilang fokus.

Sepatutnya susun baik-baik, dari pendahuluan, isi hinggalah kesimpulan. Kalau tak, itu tandanya kena minum enfagrow, supaya sel-sel otak berhubung dengan baik.

Informasi Yang Membuka Minda

Bila mana kita menulis, pasti ada isi dalamnya. Best blog menjadikan informasi atau maklumat itu dipersembahkan dalam bentuk penulisan yang mantap. Bilamana seseorang itu membaca sesuatu artikel dalam blog, 94% mahukan maklumat dalam artikel tersebut.

6% lagi? Kena GST, atau dalam bahasa KL nya, Gua Saja Tengok.

Bila dah ada informasi, tahap kepercayaan orang terhadap blog korang akan meningkat. Kalau tulis artikel gempak, tapi isinya pula kosong, jadi best blog juga, best blog untuk dibuang, whoaa ~

Tapi ada satu tahap, yang jarang ada pada kebanyakkan blogger, dimana levelnya naik sikit menjadi tahap super saiya. Kebanyakkan best blog ada benda ni, tapi ada juga yang tiada.

best blog

Macam mana part membuka minda ni? Ini hasil dari ilmu dan pengalaman, bergabung menjadi satu, dikeluarkan menjadi pendapat. Lalu orang yang baca pun berkata :

“Owh, ya pula, betul juga.”

Informasi biasa, hanya menambahkan ilmu, tetapi informasi membuka minda, akan membawa minda kita aktif berfikir terhadap sesuatu perkara.

Salah satu blog yang banyak membuka minda gue, Saifulislam.Com, sebab itulah aku masukkan dalam senarai Malaysia Best Blog 2015..

Blog Yang Mesra Pembaca

Mesra, Cepat dan Betul. Tiada kaitan dengan point di atas, haha. Seperti yang kukatakan dalam entri menarik pembaca tegar tu dulu, benda ni yang perlu dititikberatkan untuk menjadi best blog.

Serius, blog yang paling banyak kena komen makian adalah blog yang bersepah iklan. Belum campur kena tunggu iklan hilang baru dapat lihat isi di dalam. Selalunya, blog informasi semasa yang buat crime macam ni.

Bukan tak boleh beriklan, tapi biarlah berpada. Yang paksa like pun satu hal, mungkin itu strategi, tapi kalau dah like, kena suruh like, itu memang nak pecah gigi.

Selain itu, kelajuan loading blog, disamping dengan kekemasan, malah masa membaca pun, tiadalah TuLiSaN PeLik2 GaYanyA, warna pun main hentam kromo letakletak saja, sampai aku pun pening masa menaip ni barang, eh?

Blog yang tak banyak kerenah, orang datang pun senang hati, malah datang berkali-kali. Lihat saja blog otai yang lain, semua mengamalkan konsep bersederhana. Wasatiah lah katakan, hehe.

Nota Akhir

Banyak lagi cara nak jadi best blog sebenarnya, tapi yang ni part asas. Korang mungkin dah tahu, cuma kita refresh kan balik benda yang kita tahu tapi buat-buat tak tahu.

Kalau sekadar cakap “Ala, blog saya blog picisan, buat sekadar suka-suka.” Percayalah, suka-suka mu itu akan berbunga bila orang suka dengan blog kita. Biarlah semua blogger jadi blog best, hari-hari kita blogwalking pun, tak terasa keboringannya.

Akhirul kalam, jadilah diri sendiri, tetapi nak ikut gaya orang lain pun tak apa, andai itu boleh mengembangkan potensi untuk menjadi diri sendiri. Lepas tu? Pufff ~

“Best blog yo.”

Ini juga ceriteranya

  • Malaysia Best Blog 2015Malaysia Best Blog 2015 Malaysia Best Blog 2015 Sebagai seorang blogger, membuat blog yang terbaik adalah impian buat semua. Tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015 merupakan satu kekuncupan hidung buat mereka […]
  • Kalau Aku Jadi Food BloggerKalau Aku Jadi Food Blogger Minggu lalu aku gerak secara solo menuju bandaraya Kota Kinabalu, sebab ada mesyuarat di sana. Jauh perjalanan, sendiri-sendiri bawa kereta. 5 jam melalak, boring punya pasal. Masa tu lah […]
  • 3 Strategi Meningkatkan Pembaca Blog Tegar3 Strategi Meningkatkan Pembaca Blog Tegar Blog tanpa pembaca diibaratkan sebuah wayang tanpa penonton, pergh, ayat, pasal tu la bini aku cair dengan aku, haha. Mencari pembaca untuk menjengah ke blog┬ákita bukan mudah, tapi tidak […]
  • Ngo-Blog : Menambah Blog Yang KosongNgo-Blog : Menambah Blog Yang Kosong Blog kosong bukan bermaksud blog yang template kosong, tiada gambar, tiada entri, lalu kita cuba make-up apa yang sepatutnya. Bukan itu yang ingin diterangkan, tetapi cara penyampaian kita […]
  • Tips Blogging : Kenapa Komen Boleh Menjenamakan Blog Anda?Tips Blogging : Kenapa Komen Boleh Menjenamakan Blog Anda? Dunia blogger tak akan meriah kalau tiada function komen. Mungkin banyak dah yang tahu kepentingan meninggalkan komen kat blog orang, namun, ramai yang kurang faham dalam menjenamakan blog […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Penulisan yang menyentuh emosi lagi best dan dramatik…. sebab tu saya senyum sensorang bila baca blog ini..
    Ain Ridzuan recently posted..MASAKAN SELERA KAMPUNG DI HOT PINDANG KITCHEN, SHAH ALAM

  2. blog ini juga best unutk dibaca..
    blogger lelaki recently posted..40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP (Part 1)

  3. blog yang best ialah blog yang sedap mata memandang,baca hati senang dan admin yang suka balas blogwalking..
    Hero Borneo recently posted..Rahsia Dapat RM1700 Dalam 30 Hari

  4. Akak pun terfikir tau pasal perkara ni. Blog tu best bila di waktu santai, ko teringat apa agaknya dia membebel kat blog dia haha. Blog ada ribu2, tapi ada certain blog kita tetap berkepoh menjenguk sebab cerita dia tu. Kalau nasihat, umpama makan pelempang kat pipi. Lau sedih, macam sedih gila. Lau kelakar, memang gelak, walaupun cover2 kat ofis haha.
    Akak rasa itu skil dorang lah. Suka yang jujur tak cover line. Kelakar.
    diana recently posted..Tip untuk kembali bersenam bagi si malas

  5. Berdasarkan penceritaan diatas, aku dapat rasakan… terlalu jauh untuk aku capai tahap best blogger…
    Alongxp recently posted..Terjebak dengan coc (clash of clans)

  6. Tak dapat best blog pon takpe..kalau blog gemar dilawati pon jadilah
    zara recently posted..5 Tips Untuk Berjaya Dalam Perniagaan Yang Sedang Anda Jalankan

  7. Tak jadi best tak apapun yang baik ialah blog membawa kebaikan kepada pembacanya
    islam di dadaku recently posted..Mari Kita Doakan Keberhasilan Arab Saudi dan Sekutunya Menghancurkan MAkar Syiah Houthi/Hutsi

  8. Macam blog ni la..kan?/bila baca mesti tak puas sebab tetiba je dah habis..tulis lagi..:)

  9. pd sy menulis dr hati insya allah…akn berjaya
    anies recently posted..Selamat pengantin baru Era + Epul

  10. saya setkan beberapa point dlm kepala, lepa tuh tulis dgn sambung2kan point2 tersebut.
    encikarman recently posted..Sebab Gagal Tukar Nama Page Facebook Lebih 200 Likers

  11. Kena makan minyak ikan banyak-banyak ni supaya DHA menghubungkan sel-sel otak saya semasa menulis artikel dalam blog nanti…
    Noriza Rahman recently posted..Sakit Sendi Derita Sepanjang Hayat

  12. yang paling saya benci adalah blog yang paling banyak iklan sampai tutup setengah entri!! pastu suruh tutup itu ini. lagi tak tahan bila nak tutup iklan tu, pastu pergi masuk pula dalam iklan tu. ada blog macam tu memang saya tak masuk dah lepas tu. haha
    MNH recently posted..NOVEL : AKU DIA BLOG DAN MADU BAB 16

  13. blog yang ada info yang kita cari, itu yang best serta mudah untuk dibaca oleh visitor
    kakipromo recently posted..Berapa Gaji Tentera Laut Diraja Malaysia Serta Elaun Insentif

  14. tengah mempergiatkan usaha agar dapat menjadi best blog
    Hero Borneo recently posted..Mrhanafi.com To Be Best Brand 2015

  15. blog banyak kisar peribadi kehidupan harap info kehidupan sedikti sebanyak dapat membantu mereka memerlukan..
    suri recently posted..Manfaat Buah Belimbing Untuk Kesihatan Dan Kehamilan

  16. semoga terus best
    din recently posted..Video Kucing Lucu

  17. saya juga dulu pembaca tegar blog Saifulislam.com. memang sgt berinformasi, n membuka minda. Skrg jarang dapat singgah ke sana disbbkan kekangan masa. :( Oja Samid recently posted..Promosi Shaklee April 2015

  18. tu la.

    kena usaha lebih kuat.

    baru la leh jadi best blog yang orang suka.
    guliroket recently posted..15 Permainan Tradisional yang hampir PUPUS di Malaysia

  19. setiap blog yang wujud ada keistimewaannya yang tersendiri.
    Ikhwan Fahmi recently posted..7 Sebab Anda Tidak Perlukan Nota Rujukan Separa Perubatan

  20. setuju sangat.

  21. Blog yang ada aura tarikan tersendiri mcm style penulisan
    Khairul recently posted..Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan S27

  22. Kebanyakkan juga ada berlegar sekadar populariti sahaja
    Khairul Zamri recently posted..Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

  23. penulisnya kena genius macam gua.

    haha..

  24. Bermain dengan perasaan tu adalah bonus..tulis blog macam tulis diari
    Mama Nadia recently posted..Ngeri ke sakit buang implanon?

  25. Terbaikkk! Patut lah blog ni best

  26. saya nak afundi blog ini. sila beri borang khusus. okbai~~
    i am S!L4H.. recently posted..Project Runaway #yeke

  27. entahlah.. nasib2 kot kalau dapat best blog
    zool recently posted..Ultras boikot perlawanan sarkas : Pandangan Ligakampung.com

  28. Sekarang banyak blog yang buat entri guna cerita viral. Senang tak payah nak fikir fikir.
    Adam Roslan recently posted..Cara Buat Duit Dengan YouTube

  29. Kadang kita rasa apa yang kita buat tu macam dah best dah, tapi selagi di mata pembaca masih lagi belum rasa cukup best, blogger tu masih belum berjaya la nampak gayanya
    sabree hussin recently posted..Jobdirumah: Review Program Latihan Bekerja Dari Rumah (Lengkap & Komprehensif)

  30. terima kasih sudi muncul kat blog saya. kalau x muncul, saya taktau yang blog ni boleh tahan best jugak. Nak share lah entri ni. Hehehe
    YB Shehan recently posted..HANNAH DAMIA & 1ST DAY PUASA

  31. Saya lebih suka membaca blog yang memberikan informasi. Gaya penulisan lebih direct asalkan penuh dakta pun bagus juga
    semakkini recently posted..Permohonan Biasiswa MyBrainSC KPT 2018

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: