Gentleman, Start Your Engine (Versi Ramadhan)

engine

“Gentleman, start your engine.” Vrooom, vroom.

Siapa biasa main game Daytona ni, mesti familiar dengar ayat tu, kan? Daytona tu, game legend. Pc Windows 98 yang bagi free game tu. Sekarang pun masih ada, tapi pada platform yang sebenar, main kat ting-tong.

Kalau lawan dengan kawan-kawan lagi best, sal kalau menang, bangga bukan main. Aku pun pernah lawan dengan kawan aku main ni, semua main pakai manual, aku jak yang pakai auto. Macam yang aku cakap, kalau menang, bangga bukan main. Sebab, aku lah yang menang tu, whoaa ~

Tak, tak, aku tak nak cerita sal tu. Sekarang ni, start engine dia lain sikit. Al-versi Ramadhannnn la katakan. Tapi setiap orang engine dia berbeza, ada pakai turbo, ada pasang uni-chip, ada yang old school punya engine.

Selalunya kalau starting engine Ramadhan ni, bab terawih, selalunya hari pertama kurang, bila start puasa esoknya, baru nampak banyak muka-muka yang familiar kat situ. Kita tak kenal, tapi kita familiar dengan muka tu, yakni, muka terawih, muka yang ada kat masjid hanya saat terawih. Lepas tu bergantung samada berterusan hingga ke akhir Ramadhan, atau engine dia terpaksa kena un-tow kat tengah jalan.

terawih

Bab juadah pun bukan main, terbahagi kepada dua, masa buka, atau masa sahur. Selalunya, juadah masa buka, awal-awal tu semangat beli macam-macam. Makan untuk laki bini, tapi beli macam dah ada cucu. Bila dah siap buka, makan kurma pun dah kenyang, whoaa ~

Masa sahur pula, ada sorang kawan Fb aku cakap, awal-awal sahur, juadah boleh tahan, masa pertengahan, minum air kosong cukup, bila dah masuk minggu terakhir, time subuh baru bangun. Yang ni memang legend punya engine, selalunya terjadi kat orang bujang sahaja.

Tapi ada satu engine yang dia start maintain sampai habis Ramadhan non-stop berhenti, engine kedai jual kain. Maintain jer korang dengar :

Berlalulah sudah Ramadhan, sebulan berpuasa.

……..

Puasa baru start kot, dia pasang lagu yang dah habis Ramadhan. Cisdil betul.

Tak kiralah macam mana korang start engine nanti, aku doakan agar kita semua dapat jaga dan memperbanyakkan amal sehabis mungkin. Yang penting, konsistensi itu perlu. Biarlah macam mana simple pun amalan yang korang buat, tapi kalau berterusan itu lebih elok. Sebab hanya dalam bulan Ramadhan saja, yang simple tu dapat ganjaran macam work hard. Kalau work hard lagi, pergh, macam berjuta-juta lemon kot ganjarannya.

Salam Ramadhan, semoga berjaya mendapat kemanisan ibadah yang tak terhingga.

Ini juga ceriteranya

  • Ramadhan ~ Aku Nak Buat Sehabis BaikRamadhan ~ Aku Nak Buat Sehabis Baik Weehuu ~ Ramadhan oh Ramadhan. Dirimu datang tepat pada masanya. Tatkala diri ini banyak tul benda menyerabutkan, apatah lagi memeritkan, seolah-olah ada hikmah semuanya berlaku […]
  • Ramadhan ~ Tidak, Itu Bukan TebuanRamadhan ~ Tidak, Itu Bukan Tebuan Weehuu ~ Ramadhan kini hampir menjengah edisi pertengahan. Alhamdulillah, diri ini masih berpeluang meneruskan kehidupan di bulan yang mulia ini. Napa tetiba timbul entri sal tebuan […]
  • Ramadhan ~ Berbuka dengan Minuman Ringan? Awas!Ramadhan ~ Berbuka dengan Minuman Ringan? Awas! Ramadhan,┬ákalau bab berbuka, bermacam juadah rakyat Malaysia terhidang. Daripada bazaar, jiran sebelah bagi, air tangan isteri, mak, semua terhidang di depan mata. Tapi ada satu tabiat […]
  • Ramadhan ~ Sahur, Dirimu Bakal BerpuasaRamadhan ~ Sahur, Dirimu Bakal Berpuasa Ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur. Weehuu ~ Semua opkoz […]
  • Ramadhan ~ Bukan Sekadar PuasaRamadhan ~ Bukan Sekadar Puasa Yezza ~ Alhamdulillah, inilah post yang pertama tatkala Ramadhan yang pertama ditempuhi. Huaargh, wat entri pun lapar woo. Cis, tak sedar diri betul aku ni, ingat makan jak. Baru sehari […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. wah lama kau tak menulis bah. akak takde geng merapu haha.
    ya awal ramadhan penuh sampai ke luar parking masjidnya.
    dan terlihatlah wajah akak jua yang jarang ke mesjid ini.
    semoga mudah diterima amalan kita ya.
    selamat berpuasa dik.
    diana recently posted..About making a difference

  2. wah lama kau tak menulis bah. akak takde geng merapu haha.
    ya awal ramadhan penuh sampai ke luar parking masjidnya.
    dan terlihatlah wajah akak jua yang jarang ke mesjid ini.
    semoga mudah diterima amalan kita ya.
    selamat berpuasa dik.
    diana recently posted..About making a difference

  3. Alhamdulillah semua memulakan perlumbaan dengan bersemangat semalam..penuh surau kat rumah, sampai ada yang solat di luar katanya..Alhamdulillah semoga istiqomah..
    zara recently posted..Tips Berpuasa Dengan Sihat Dan Bertenaga Bagi Ibu Menyusu

  4. Selamat Menyambut Ramadhan…
    Moga diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan hingga ke garisan penamat..
    Sani recently posted..Tak Sangka Juara Blogger Treasure Hunt Sepetang Bersama Blogger Yeos 2015

  5. enjin yang bagus akan memastikan kereta sampai ke tempat yang selamat.walaupun jauh tempat yang dituju..
    Hero Borneo recently posted..Group WhatsApp Sayang Hero Borneo

  6. dah lama gila tak main game daytona tu wehh..

    lagi-lagi kalau king of fighter. pehh..rindu beb.
    titan recently posted..Semak Status Penghantaran Pos Laju dan Skynet dengan ExpressTrack.net

  7. as salam ramadhan…

    suka pasnag lagu nasyid time2 ni…nau k berbuka skrg suka pula cri atau bli bubur lambok heee
    suri recently posted..Mr Michelini Buat PROMOSI !!

  8. harap semangat tu di bawa smpi bila2 bkn takat ramadan je

  9. Amin, Semoga kita ditemukan dengan malam Lailatul Qadar :) Ani Haryani recently posted..Untuk Wanita, Info Kursus Pengendalian Makanan

  10. Salam Ramadhan 1436H
    emalin mohd recently posted..Perlu Risau Ke Anak Tak Pandai Membaca Umur 4 Tahun?

  11. dah nak lagi seminggu aje nak raya.

    rasa sedih pula bila ramadan nak dekat habis ke penghujungnya..
    aplikasi pangkalan data murid recently posted..APDM – Aplikasi Pangkalan Data Murid

  12. walaupun ramadhan dh berlalu, kita kena bawa momentum tue kepada bulan2 seterus2nya.. ^_^
    Oja Samid recently posted..Pengalaman dan Tips Pergi Tokyo Disneyland, Jepun

  13. Wah ini sudah nak raya haji. Akak tertunggu2 entri terbaru kau bah, menggantikan gentleman start your engine ni haha.
    diana recently posted..Tentang gagal

  14. Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin

  15. mhon update blog ni lagi bro… dah lama sangat dah ni… sawang dah banyak tu hehehehe
    Alongxp recently posted..Punca kenapa blog kena hack

  16. tak sedar , dah nak ramadhan kembali.. yup bro, update blog bro.hehe
    musadun recently posted..Harga iPhone SE di Malaysia Terkini

  17. Dah tak lama lagi nak puasa pula ni
    Khairul Zamri recently posted..Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: