Bersawang.
Itulah satu fenomena bila mana sebuah blog lama tidak tertulis satu artikel pun. Entah mengapa jari-jemari ni rasa kaku nak menulis. Dibiarkan bersawang atas alasan, inikan laman sesawang?
Menulis ni bukan bakat semulajadi aku. Biarpun dari zaman UPSR, hingga SPM, subjek Bahasa Melayu merupakan subjek yang takkan pernah mengecewakan aku (A konfom dalam genggaman, Takbur!! eh?). Tapi, nak menulis, bukan bidang yang boleh buat aku duduk, lalu jari jemari menari diatas keyboard dengan sendirinya.
Ceh, metafora melampau-lampau.
Aku masih ingat karangan yang aku tulis sebelum zaman UPSR, darjah lima kalau tak silap (Kuat ingatan ni). Bab-bab imiginasi melampau selalu menguasai fikiran semasa membuat karangan bertemakan “bebas”. Kalau masa tu ada Facebook, silap-silap, karangan aku tu boleh kena upload woo. Bunyi karangan aku lebih kurang macam ni :
“Pada suatu hari, semasa saya berjalan-jalan di tepi sungai, tiba-tiba, saya terdengar suara gadis meminta tolong. Saya pun bergegas ke arah jeritan tersebut. Ketika itu, saya terlihat seorang gadis cuba menyelamatkan diri dari dikejar seekor buaya. Saya dengan pantas pergi mencari dahan-dahan kayu yang ada di tepi sungai.
Nasib baik saya membawa pisau. Saya terus mengasah kayu-kayu menjadi tajam dan membahagi kepada dua. Kemudian saya mencari rotan dan mengikat kedua-dua kayu tersebut. Pantas saya berlari ke arah tempat kejadian tersebut. Saya kemudian terjun di sungai dan mengejar buaya itu.
Buaya itu cuba membuka mulutnya untuk memakan saya. Saya berjaya mengelak dan mencucuk kayu yang tajam itu diatas mulutnya. Kemudian, saya mencucuk lagi satu kayu di bahagian bawah mulut buaya tersebut. Buaya itu akhirnya melarikan diri kerana tidak berjaya membuka mulutnya lagi kerana sudah terikat dengan rotan yang saya ikat pada kayu tersebut.
Gadis itu mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya gembira dapat menyelamatkannya.”
Kalau ikut betul, panjang lagi, tapi ni ringkasan la bagaimana imiginasi ini melangkaui batas penulisan karangan aku. Kalau ikut logik, dah mati gadis tu kena makan buaya. Mana mungkin aku sempat nak asah kayu jadi tajam, lepas tu siap cucuk di mulut buaya lagi.
Yang ni, logiklah cikgu aku bagi D. Dan memang hakikatnya inilah hasil penulisan aku. Aku tak tipu, sungguh, memang inilah cara aku menulis karangan dulu, melangkaui realiti. Pengaruh Dragon Ball kan.
Nasib darjah 6 aku insaf, sebab tu dapat A bahagian penulisan (Kembang.. kembang)
Cerita bab menulis ni, kalau korang rasa ada salah silap dekat blog, tegur-tegurlah mana yang silap tu. Blog ni dah jadi medium komunikasi, biarpun menulis cerita bab diri sendiri, terkadang ada benda kita bagi pendapat dalam blog yang boleh jadi tersasar dari info sebenar. Kalau orang salah tafsir apa yang kita cakap, tak ker naya nanti?
Tapi tu la, aku rasa, memang dah tertulis yang aku ni patut menulis. Agaknya lah. Masih ada lagi yang sudi membaca penulisan aku yang gila-gila ni, haha.
Apa-apapun, cukupla aku menulis dulu di sini, sekurang-kurangnya telah tertulis apa yang aku nak tulis. Supaya tak bersawang, standard blogger punya ayat.
Tapi, ni kan laman sesawang?
Klik sini untuk :
“Skrip Pukau Pelanggan – Strategi sebenar tingkatkan jualan anda di Facebook“
Ini juga ceriteranya
Comments
Powered by Facebook Comments
Sebenarnya kan… kalau nak buat ukiran dengan cat warna warni kat kayu tu pun sempat lagi. Biar la gadis tu main kejar-kejar dulu dengan buaya tu
sabree hussin recently posted..Jobdirumah: Review Program Latihan Bekerja Dari Rumah (Lengkap & Komprehensif)
bro bertuah kerana dikurniakan bakat menulis yang hebat..terutama penulisan blog ni…best tau
Hero Borneo recently posted..Blog Review Untuk Ahli Best Blogger Network
Haha lamanya tunggu post baru. Menjelang kau carik kayu, asah lagi, akak rasa buaya tu naik ke atas cari kau haha. Hebat. Budak berimaginasi begini, biasanya cerdik tau.
Tulis lagi ya. Akak ni peminat hehe
diana recently posted..Kau kata kau cinta….
hangpa nak cerita apa sebenarnya ni haa?
haha..
titan recently posted..Ibadah Qurban dan Aqiqah kini lebih MUDAH dengan EZ Qurban
asal bertulis dan up satu entri dah cukup dah tu utuk panaskan keyboard katanya..
Semoga sukses dalam penulisan ya
Khairul Zamri recently posted..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Terbaik karangannya hoho… Saya lupa sudah macam mana cara saya tulis karangan dulu hahaha…
Calrase Patrick recently posted..Keputusan Dan Kedudukan Carta Terkini EPL 2015-2016
sering lemah dalam penulisan masih ingat tulis karangan empat muka surat esay kalau tak silap dalam bahasa melayu dia punya salah mai aik banyak nyer….heee..
suri recently posted..3 Resepi Cara Buat Donut Big Big Apple Montok!
Hihi.. Imaginasi tinggi..
Lepastu kawin ngn gadis tu.. Hihihi..
Salam kenal..
bro menulis la lagi balik..kami baca. ni pun skg dah bersawang balik kan.ehe