4 Sikap Muslim Malaysia Di Media Sosial Yang Menjauhkan Non-Muslim Dari Islam

Tanggal 13/11 menjadi tragedi berdarah buat Paris. Lebih 100 orang telah terbunuh, ditambah-tambah lagi banyak yang cedera parah. Seluruh dunia hangat memperkatakannya. Dan seperti biasa, bertalu-talu muslim disalahkan dalam hal ini, dan menyebabkan minoriti muslim di Eropah dan US telah disisih oleh hampir kebanyakkan masyarakat yang telah ditanam perkataan “Islamophobia.”

Mereka sedaya-upaya mempertahankan diri, menegaskan “Not all muslim are terrorist.” “Terrorist does not have a religion.” dan sebagainya. Namun, untuk negara yang majoritinya Muslim, yakni Malaysia, bermacam ragam yang dapat dilihat, dari simpati, hinggalah yang tak ambil kisah, dalam media sosial tak henti-henti berbalah, biarpun sesama muslim dan muslimah.

Ada 4 kategori atau sikap tipikal Muslim Malaysia, dimana kelakuan mereka spesifiknya di media sosial yang hanya akan menyebabkan non-muslim tidak berminat untuk mengambil tahu atau lebih tepat, menjauhi Islam.

Defend With A Bad Attitude

attitude

Pergh ~ Speaking sikit, haha. Ok, ini yang selalu korang nampak, yang selalu korang lihat, apabila mempertahankan Islam, kebanyakkan dari mereka akan mempertahankan dengan cara yang kasar, tidak bertamadun, atau lebih tepat meroyan (Eh? Tepat ka?).

Throwback cerita Alvin Tan, seorang psycho yang suka mencari pasal dengan Islam. Agama lain dia tak kacau, Islam saja dia suka tibai. Menyirap juga darah bila mana status terakhir FB dia (Dah kena shutdown, thanks Facebookian) yang menghina al-quran. Maka banyaklah yang melampiaskan kemarahan, tak kurang yang berlembut.

Cuma ada satu komen si Psycho Alvin ni yang memang head shot untuk mereka yang mencacatkan keindahan Islam. Lebih kurang bunyi dia macam ni :

“Wow, Defending Islam with F*** Y**”

Ok, aku censored pun, kebanyakkan korang tahu tu bahasa mencarut. Serius beb, ini memang kebanyakkan muslim di Malaysia, bila marah spesis-spesis macam Alvin ni, dia paling suka mencarut.

“What? Rupanya halal mencarut, memaki kalau nak pertahankan agama yek?” Mungkin beginilah pemikiran mereka yang bukan Islam, lalu menganggap Islam ini sungguh suka mencarut.mencarut

Kredit : FB Amir

Ini belum cerita bab nak membunuh, nak pukul, nak bla bla bla segalanya.

Nabi pun dulu dihina, dilempar najis unta dan so on. Nabi tak melawan, Nabi abaikan jak. Malah tiada golongan kafir yang terbunuh pada masa itu, dan makin banyak yang tertarik dengan Islam. Point utama, AKHLAK.

Too Much Condemn On Something

Bro, dalam dunia, kau buat silap macam mana pun, pasti ada peluang kedua. Pintu taubat sentiasa luas terbuka. Tapi, kalau pintu Facebook? Alamatnya kena bantailah kau habis-habisan.

Apa saja isu yang tak berkenan di hati, pasti akan kena maki (aah, maki lagi), silap sikit, secara berjemaah kena carut.

condemnIni juga dari Fb Amir

Isu mudah, Profile Picture dengan bendera Perancis sempena serangan ke atas ibu kotanya, Paris. Banyak bantai orang yang tukar profil picture tu, katanya buat apa sokong Perancis, di Palestin, Syria dan sebagainya lebih wajar diendahkan. Bab yang Palestin semua, akan masuk point yang lain, tapi untuk profil picture ni, bukan muslim saja yang tukar, tapi non-muslim pun ada tukar.

Bukanlah satu dosa, masing-masing ada sebab mengapa menukarnya. Kalau tak setuju, biarkan, sendiri tak perlu tukar. Tapi dari gaya ayat, nyata menyebabkan ada non-muslim berkecil hati, yang akhirnya menjadi faktor menganggap Islam agama yang sulit, menyusahkan.

Yes, aku simpati apa yang berlaku di Paris, marah dengan si pelaku kezaliman itu, tapi pada masa yang sama, tidak pernah melupakan apa yang berlaku di Palestin, Syria dan lain-lain. Aku juga tiada masalah dengan mereka yang menukar profil picture, aku tak tukar pun benda tu, dan tiadanya aku nak blame mereka yang tukar, sebab ada diantara mereka yang menukar kawan non-muslim.

Dan dikalangan kawan yang non-muslim yang tukar profil itu pula pernah mengutuk kekejaman di Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain, berbanding mereka yang kebaru-baruan nak post pasal Palestin dan sewaktu dengannya. Dan juga ada dari mereka yang terluka, bila mana ramai muslim mengutuk mereka yang menukar profil picture, biarpun kebanyakkan dituju khas kepada yang muslim.

Maka, peratus mereka menganggap Islam ini agama yang hanya pentingkan diri, boleh menjadi tinggi.

Selfish wal Prejudis

Selfish-change

Ini merupakan virus nombor 1 di kalangan muslim di Malaysia ketika ini. Kau kafir, kau bukan Islam, jangan macam-macam. Aku Islam, istimewa di sini. Well, Malaysia majoriti muslim, Islam agama “rasmi”, kalau di luar negara terutama eropah, kecil mulut nak cakap begitu.

Seperti yang dikatakan dalam isu sebelum ini, bab Palestin vs Paris, banyak yang galak membandingkan dua benda yang sama, iaitu keganasan. Tidak dinafikan hipokrasi media barat memainkan peranan mengenai isu ini, tapi jelas, kedua-duanya isu yang sama, yakni keganasan.

Kita memandang isu di Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain atas sisi keagamaan, atas dasar saudara seislam. Manakala yang non-muslim memandangnya atas isu kemanusiaan, dan dikalangan mereka memang bersimpati atas nasib mereka yang dizalimi itu.

Jadi, mengapa tiada sedikit pun sekelumit simpati mereka yang terbunuh di Paris itu? Mengapa diperbandingkan isu yang sama? Hanya semata-mata di Palestin itu kebanyakkannya Islam, dan di Paris itu “kafir?”

Tidakkah kamu tahu yang terbunuh itu terdapat juga saudara seislam kita di sana? Malah dikenang menjadi hero selepas tidak membenarkan pengebom berani mati itu masuk ke stadium?

Sikap inilah yang akan membuat non-muslim akan meluat dengan yang muslim. Hipokrasi media barat mengenai isu ini memang kita sudah sedia maklum, maka tugas kita untuk memberitahu dunia bahawa apa yang berlaku di Paris adalah sama dengan di Palestin, Syria dan lain-lain. Dan kita mengutuk apa sahaja jenis keganasan kerana Islam adalah agama yang damai.

Bukannya membanding-bandingkan kematian, seolah-olah tiada nilai kematian di Paris berbanding Palestin.

Point ini juga mengambil kira sikap prejudis sebahagian muslim terhadap non-muslim di Malaysia dalam konteks di luar media sosial. Seperti yang diceritakan di dalam Facebook oleh Felixia Yeap, seorang selebriti yang telah memeluk islam, yang mana membawa ibunya seorang non-muslim, melihat keindahan masjid.

Namun sikap yang terlalu benci dengan orang selain muslim menyebabkan pakcik penjaga masjid (anggapan Felixia) mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kerana jijik dengan bukan non-muslim, melukakan hati saudari mualaf kita di saat itu.

Selepas itu berderet komen-komen dibawah yang menceritakan benda yang sama, tak kiralah di masjid, mahupun di tempat lain, menempelak sikap sebahagian muslim yang bersikap sedemikian rupa.

Kebanyakkan yang bersikap sebegini bukan apa, terkadang ada yang terlebih-lebih dalam mengatakan Islam agama yang terbaik, dan memandang enteng atau menghina agama lain, sedangkan dalam al-quran jelas, kita tak boleh menghina agama lain. Apa dia tak ingat penganut Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain tak fikir agama mereka lebih hebat dari yang lain?

Ingat, kita hendak menarik non-muslim untuk faham mengenai agama kita, bukannya menjadi “selfish” lalu membiarkan mereka tidak memahami Islam dengan sebaiknya.

Suka “sharing” sesuatu yang tidak tahu kesahihannya

Dunia semakin canggih, dengan mudah berkongsi sesuatu dalam Facebook, Twitter, kemudian beralih apps dalam smartphone seperti Whatsapp, Wechat dan sebagainya, menjadikan perkongsian maklumat sesuatu yang tiada batasnya.

Namun, masalah yang jelas kebanyakkan orang kita, suka share atau bahasa teknologinya “viral” benda yang belum tahu sahih atau tidak. Ini masalah besar, hingga ke satu tahap mentaliti sudah set, “biarlah viral tak betul, yang penting orang kafir ni jatuh tersungkur.”

strokePun dari Fb Amir

Benda yang viral daripada hadis palsu, contoh konon-kononnya siapa memperingatkan bulan sekian-sekian (sebab ayatnya sama, bulan saja berganti) akan diharamkan api neraka darinya”, kemudian produk apa jenis barangan, contoh pepsi yang ada virus HIV, sampailah ke tahap penyebaran gambar-gambar mangsa peperangan.

Sekarang Perancis melancarkan serangan kononnya ke kubu kuat ISIS, kemudian banyak gambar-gambar kematian kanak-kanak, orang awam dipaparkan lalu melabel negara Islam diserang. Ya, memang benar menurut aktivis Syria ada yang terkorban, itu tidak dinafikan.

Masalahnya, tiada yang selidik gambar tu betul atau tidak, main share bukan kepalang, sebelum ni, langsung tidak pernah pun share gambar yang telah “lama” berlegar di media sosial.

Kebanyakkan gambar yang ditunjukkan adalah gambar kekejaman Bashar Assad, jadi, sekarang orang dah tak blame manusia kejam bernama Assad tu, sekarang dorang blame si Perancis pula.

hoax(Ini gambar kekejaman Bashar, bukan France!)

Beb, macam mana nak tunjuk kat orang, Islam agama yang benar kalau dah main hentam saja share. Bila ditegur melenting, sokong perancis lah, sokong kafir lah. Aduhai, mohon, tunjukkanlah Islam agama yang benar, dengan mengikuti seruan ayat al-Quran yang menyuruh kita untuk menyelidiki sesuatu berita terlebih dahulu.

 Kalau tidak, Non-Muslim nyata menyanggah kebenaran Islam andaikata seseorang Muslim didapati membohongi fakta yang beliau sendiri tidak sedari.

Lastly,

Andai ada kesalahan di dalam artikel ini, tegurlah. Dan mohon, bersama-sama kita menjadi Muslim dan Muslimah yang lebih baik, menonjolkan perilaku seorang yang beragama Islam, agar non-muslim dapat menerima Islam sebaiknya.

Janganlah suka sangat dengan ayat, “Janganlah melihat muslim, tapi lihatlah Islam itu sendiri.” Sebabnya, kebanyakkan suka melihat manusia, dan dari manusia itulah dia akan jatuh cinta apa yang diamalkannya.

Ingat, Islam untuk semua, bukan sekadar yang memang beragama Islam, tetapi juga kepada non-muslim, dengan mengamalkan hidup seorang beragama Islam dalam berurusan dengan non-muslim.

Apapapun, dah panjang gila aku menulis, yang penting, I Am Muslim, and I Am Not A Terrorist.

p/s : Andaikata pendapat anda berlainan, bagitahu jak yek, haha.

Ini juga ceriteranya

  • Salah Faham Umat Islam Malaysia Terhadap IslamSalah Faham Umat Islam Malaysia Terhadap Islam Kita tahu bahawa Islamophobia makin meluas dikalangan orang yang bukan Islam terutama di eropah. Banyak salah faham mereka mengenai islam menjadikan pemikiran mereka tentang Islam semakin […]
  • Mereka Murtad Kerana Muslim?Mereka Murtad Kerana Muslim? Buka Facebook, terpandang Facebook seorang Ustaz yang menunjukkan gambarnya di beberapa buah tempat pedalaman Sabah. Beliau bukan pergi melancong, tapi menjalankan urusan dakwahnya. Sejuk […]
  • Gambar-gambar Palsu Mengenai RohingyaGambar-gambar Palsu Mengenai Rohingya Saat kita dapat menjalani ibadah dengan tenang di bulan Ramadhan, kita dikejutkan dengan pendedahan saudara Islam di Rohingya menjalani penderitaan akibat diserang oleh pelampau-pelampau […]
  • Petua Menghilangkan Duka Dan SedihPetua Menghilangkan Duka Dan Sedih Aku titipkan penulisan ini untuk mereka yang berduka cita, berasa sedih, hingga hilang semangat dan kini mencari semangat yang hilang bak kata XPDC. Adapun mereka yang masih ketawa […]
  • Istighfar – Kelebihan Yang Tidak DipandangIstighfar – Kelebihan Yang Tidak Dipandang Kubuka jendela pagi dan dosa pun menghampiri Suara jerit hati kuingkari Nafsu jiwa yang membuncah Menutupi mata hati Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti Selalu sahaja kita […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Wah akhirnya. Ya memang betul. Berdakwah tu biarlah berhikmah. Ada masanya perlu berlembut juga. Akak selalu malas baca facebook sebab inilah, banyak merapu meraban. Yang forward di whatsapp pun dengan komen ganas, “Sebarkan!!!”. sekali ada orang cakap wei itu palsulah. Akak letih tau wei – huawei best wei, tetiba haha.
    Kadang-kadang nak tahu serba-sedikit peribadi orang tu, boleh juga dilihat dari apa yang dia tulis, selain dari bermusafir dengan dia, dan ketika kita mempunyai pendapat berlainan dengan dia.
    keep on writing dik :)

  2. banyak maklumat yang perlu ditapis sebelum disebarkan…
    Ikhwan recently posted..Cara Pantas Buat Duit Dengan USD

  3. ada yang sebarkan cerita tak sahih sebab nak kejar trafik dan klik :) Admin recently posted..Peperiksaan Online Penguasa Kastam

  4. Terbaik info ni 3 kali saya baca artikel ini
    Khairul Zamri recently posted..Bekerja Untuk Diri Anda

  5. kita patut malu pada diri sendiri sebab datang dari sikap kita jadi anak lahir bentuk datang dari rumahkan..

    kadang kita mampu menunding jari tanpa fikir terlebih dahulu lebih mendalam.whualam.
    suri recently posted..3 Resepi Cara Buat Donut Big Big Apple Montok!

  6. sedihla untuk mereka di syria dan palestin, juga tidak lupa myanmar..
    Raihanah Ahmad recently posted..Kebaikan Gum Arabic Dalam Vita C Shaklee

  7. menarik artikel ini bro..dan sangat mengujakan saya tentang pandangan Islam tentang isu global sekarang ini..

    teguran saya ialah bro lama sangat tak update blog sehingga saya tercari-cari kat bro bertapa untuk cari idea…he..he..
    mrhanafi recently posted..Aktiviti Blog Bulan Disember 2015

  8. cik tom paling tak suka part share sesuatu perkara tanpa tahu pun kesahihannnya…kadang2 hadis pun main share je…pdahal hadis tak betul pun..susahnya bila tegur kawan2 jgn share perkara tak betul, siap kena marah lagi cakap kenapa nak tengok hadis palsu tue sepatutnya tengok la part kebaikan hadis tue cuba sampaikan..aiyoookkk susah ma mau nasihat orang degil ni..dia tak tau kot dosa sebar hadis palsu ni..tu tak termasuk lagi sebar2 fitnahhh kat facebook dan whatsappp…
    cik tom recently posted..Buat duit dari blog beli hadiah mak saudara

  9. orang kita memang laju bab-bab menghukum dan mengarut kat facebook sekarang nih.
    titan recently posted..21 Amalan Menjemput Jodoh dalam masa TERDEKAT

  10. good sharing. memang dah terlalu banyak jumpa semua points di atas. tataulah sama ada sebab masih tak faham agama ke apa..musykil juga. jadi fithnah kepada agama pulak kan.
    Oja Samid recently posted..Rahsia Tulang Patah Cepat Sembuh Sampai Doktor Pun Terkejut

  11. Terima kasih sedikit sebanyak membuka minda bila membaca walau asasnya kita dah tahu
    Khairul Zamri recently posted..Bekerja Untuk Diri Anda

  12. Sebab tu aku lebih banyak senyap di facebook, malas nak komen macam-macam. kalau sharing pun benda yang aku rasa betul2 perlu je. huhu
    Suhimi Nain recently posted..Cara Beli Barang Di Lazada Malaysia

  13. Berhenti sejenak, kemudian berfikir. Banyak benda bahaya kita boleh elak dan banyak benda baik kita boleh capai :D sabree hussin recently posted..PELABURAN EMAS: Kaedah, Pendekatan dan Strategi

  14. kata yusuf islam, nasiblah dia jumpa dahulu islam, sebelum dia jumpa orang islam
    spa8i recently posted..Borang Permohonan SPA8i Online

  15. Menyedihkan. Itu yg boleh dikatakan kerana kebanyakkan org kita lebih gemar share tanpa membuat research. Lagi2 bila perkongsian gambar2 seperti di rohingya yg dikatakan org islam membakar diri sendiri. Sedangkan gambar itu realiti merekadibakar oleh oleh kaum buddha.
    Nurmisnan recently posted..RF3 WORLD FIRMAX3 MALAYSIA untuk kesihatan luar dalam

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: