Oh Carwash

Masa : 03.00 Petang
Lokasi : Carwash Keningau (Aku lupa nama carwashnya, haha)

carwashGambar hiasan (g00gle)

Area Carwash, nak cuci kereta yang dah sebulan berkuman-kuman di luar dan dalam. Cuaca panas memudahkan pencucian kereta, tanpa risau hujan akan turun yang hanya mensia-siakan tugasan si pencuci kereta.

Macam biasa, asal aku cuci kereta, standard bawa bahan bacaan. Cewah, nak tunjuk bahawa sesungguhnya membaca itu amalan mulia. Majalah Fourfourtwo aku letak di atas meja setelah order 100 Plus kat mini restoran Carwash ni.

FOURFOURTWO_JUL-16Ini edisi latest, aku pun lum baca, haha (Fourfourtwo)

Ceh, Fourfourtwo, ingat berilmiah “sangat” tadi, monolog hatiku.

Eleh, masa ni lah nak belajar English, ni kerja nak kondem jak, balas otakku.

Apa motif tiba-tiba hati dan otak bermonolog dalam blog ni?

Sambil menyedut minuman 100 plus, tangan menyelak-nyelak dan mata atas bawah atas bawah membaca update Facebook dalam henpon. Eh?

Dipendekkan cerita, dah dekat sejam aku tunggu kereta aku siap kena bersih. Lama juga menunggu, bateri henpon dah tinggal 22%. Maka, menyelaklah aku majalah Fourfourtwo yang dah lama terpendam di bawah henpon. Bateri dah tinggal sikit baru cari aku, begitulah agaknya rungutan andai majalah ni pandai nak merungut.

Tak sampai sepuluh minit aku dah berdiri, tutup buku, bayar 100 plus di kaunter. Terasa lama gak, tapi aku faham, banyak kereta dorang cuci. Kira carwash ni antara yang famouslah alkisahnya di Keningau.

Aku pun menjenguklah tempat dorang buat pembersihan dalaman, kiranya fasa akhir tatkala ini. Masa tu ada dua customer kat sana. Sorang cewek ayu, sorang beliau2 suda (panggilan beliau bagi orang yang tua-tua suda di sabah).

Yang cewek ayu tu dah nak beredar, kereta wira, manual, gaya macam racing punya style, cincin emas melekat di jari manis kiri. Ok, fine, fokus aku tengok kereta aku, macam ada tanda-tanda nak siap. Tapi tulah, “macam”.

Aku pun duduk di sebelah pakcik sorang ni. Baru nak buka majalah, tetiba dia bersuara dekat aku lebih kurang bunyinya macam ni, “Adeh, bahagian bawah tu masih bertanah lagi,” katanya sambil menunjukkan ke arah kereta Wira kepunyaannya. Wira lagi.

Aku cuma mampu tersenyum dan mengangguk. Sedetik dua ada pekerja yang kebetulan melintasi kami. Terus dia panggil dan menerangkan apa yang berlaku. Tindakan pantas diambil oleh pekerja tersebut,

“Senang kerja dorang buat satu kali, kalau kita yang buat nanti, susah tu.” katanya, yang lantas menjadi perbualan yang panjang. Segala ceritanya keluar, dari bab bersih, panas (Keningau mengalami suhu yang paling tinggi di Sabah), sampailah cerita Wira dia kena langgar pegawai Polis Trafik, and then masuk bab ajal maut pun diceritanya.

Tak lama selepas itu telefonnya berdering, eh, bukan, bermuzik. Nada serius, tapi aku dapat tangkap, dia berkoling-koling dengan anaknya. Tamat panggilan, menghela nafas seperti ada bebanan di dalam dada. Namun masih mampu tersenyum depanku.

“Anak aku,” katanya tanpa dipinta. “Minta ambil di kedai gunting rambut, aku suruh pergi tempat abangnya, sebab masih belum siap lagi ni,” sambungnya lagi.

Aku mengangguk. Dia meneruskan bicara,”Anakku yang ni atlet, tapi tidak dia suka belajar. Balik-balik (Selalu) lari dari sekolah. Kalau pulang rumah memang selalu kena marah mamanya. Budak-budak zaman sekarang, memang susah mahu dengar cakap orang tua.” sekali lagi dia menghela nafas panjang.

Maka berceritalah dia mengenai anaknya itu. Sedikit sebanyak ada juga respon dari aku. Dari ceritanya, memang anaknya boleh tahan bersukan, sampai peringkat negeri, cuma pelajaran yang tidak dititikberatkan, tidak berminat sangat katanya. Walhal kalau belajar, ok juga akademik anaknya.

“Sekurang-kurangnya bila aku sudah nda (tidak) kerja lagi, sudah keluar KWSP, bila mereka berjaya, rasa puas sebab inilah hasil segala penat lelah selama ini terbalas,” katanya sambil tersenyum.

Aku pula menghela nafas secara sembunyi-sembunyi. Entahlah, seram dengar. Zaman sekarang kebanyakkan ibu bapa cuma menjadi Mesin ATM, lepas dapat duit, dorang blah tempat kawan. Ikut darah muda, tak fikir perasaan mak bapa.

Terkadang, didikan ibu bapa yang memainkan peranan penting dalam membentuk anak mereka. Terkadang juga, didikan dah betul, cuma anak dah terpengaruh dengan kawan-kawan. A’ah, macam soalan karangan Bahasa Melayu, senaraikan punca gejala sosial terjadi. Eh, silap, ada situasi lagi. Anda seorang pemidato yang akan mengikuti pertandingan Pidato Piala Di Raja. Bla Bla Bla tajuk pidato anda adalah Gejala Sosial di Kalangan Remaja.

Lepas tu, point-point utama selalu kena, ekonomi, didikan ibu bapa, guru-guru, pengaruh rakan sebaya, suka mencuba benda baru, dan sewaktu dengannya. Kan? Tipu kalau korang tak masukkan point ni, haha.

Ok, sambung cerita, lepas tu kereta dia dah siap, dia pun minta diri. Salam dihulur, senyuman diberi, semoga keluarganya dirahmati Allah ta’ala.

Kesimpulannya, aku layan blues, duduk tunggu kereta kena bersih dalam lagi. Buka balik Fourfourtwo, baca, kemudian seseorang menyapa.

“Bang, karpet kereta yang hitam tu memang tiada ka?” Rupanya perkerja carwash yang menyapa, menanya aku karpet kereta. Karpet yang ditanya yang original, sebab aku lapiskan dengan karpet yang ada bulu-bulu panjang warna merah. Kawan aku cakap, karpet ni sembunyikan habuk, jadi nampak macam bersih lah kereta sikit.

Hakikatnya, aku pun tidak perasan tiada karpet hitam tu, lo, dimana menghilang pula tu, adeh. Oh, kalau ada yang masih blur “karpet”, sebenarnya alas kaki, hehe.

carpetMacam ni lah rupa karpet aku yang bulu-bulu panjang a.k.a coil carpet car (Google)

“Abang pernah cuci kereta sini kan?” sambungnya lagi.

“Ada, tapi bulan lalu.” balasku balik.

“Owh, sebab ada karpet ni tertinggal, lupa pula kena letak balik.”

Lo, rupanya, serius aku langsung tidak tahu menahu yang selama sebulan, alas kaki aku satu jak, yang merah. Tertinggal pula, dah tu, kuat juga ingatan dorang ni. Kagum, kagum, sebab pekerja dia ni jujur dan amanah. Anak muda yang macam ni, biarpun kerja carwash, tapi perkerja macam ni dicari-cari kebanyakkan majikan.

Setakat alas kaki, apalah sangat. Tapi, kalau dah sebulan, masih dicari empunya barang, lagi-lagi customer macam aku yang bukan selalu ke sana, memang aku respek dengan pekerjanya. Akhlak yang macam tu buat orang konfiden nak guna servis kedai tu, sekali dah dia buat baik, memang jadi regular customer lah jawabnya. Hatta senyuman sekalipun.

Beringatlah kalau nak survive panjang dalam bidang perniagaan, akhlak nombor satu. Orang dah tak cari lain tempat dah kalau senang hati berurusan dengan peniaga atau perkerja yang menjaga pelanggannya dengan akhlak.

Apapapun, selesai perbualan tadi, kereta dah siap cuci, bersih dan wangi bauan wax, senang hati, balik. Lewat petang dah, siapnya dekat dua jam. Redha dan pasrah, whoa ~

Ini juga ceriteranya

  • Hidayahnya Menerjah Berpuluh Tahun KemudianHidayahnya Menerjah Berpuluh Tahun Kemudian Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, maka daku menulis sambil mengimbua kenangan lalu. Eceh, lagak serius konon. Mengembau pun jadi mengimbua. Eh, Mengimboa. Mangimbou. […]
  • Telah Tertulis Untuk MenulisTelah Tertulis Untuk Menulis Bersawang. Itulah satu fenomena bila mana sebuah blog lama tidak tertulis satu artikel pun. Entah mengapa jari-jemari ni rasa kaku nak menulis. Dibiarkan bersawang atas alasan, inikan […]
  • Bila Blog Jadi Facebook Part 3Bila Blog Jadi Facebook Part 3 "Selamat tengah hari bloggerians, apa lunch kamu hari ini?" Hari-hari aku buat begini, memang aku tutup akaun facebook terus. Silap-silap, Mark Zuckerberg si pembuat Facebook tu pun […]
  • Goodbye 2010 : Entri Tribute 2010Goodbye 2010 : Entri Tribute 2010 Oh Yeah ~ 2010, now your time is over, let 2011 to make a fresh start for everyone in da world. Eh? Ingat aku nak buat entri english? Oh tidak, belum cukup tererist lagi nak buat entri […]
  • Saya Blogger SabahSaya Blogger Sabah Weehuu ~ Ini update sempena join kategori sahabat blogger mengikut negeri di Blog Pilihan Malaysia. Kalau mahu join, klik sahaja BPM 2010. Nasib baik aku sempat nak join, sebabnya ada […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. kalau monyet tu bisa jadi pekerja, dah ramai pula yang bela monyet nanti :) Ikhwan recently posted..Download Nota Latihan Separa Perubatan

  2. dari kisah carwash, banyak juga “cerita” lain yg terselit..hihi..
    Oja Samid recently posted..Cara Kawal Alahan Makan Makanan Laut Yang Mudah, Selamat dan Semulajadi

  3. Comel monyet tu basuh kete.. ahaha
    Afif Rayyan recently posted..Tonton Dan Download Cinta 11 Syarat Full Episod

  4. entri comeback! Welcome back!

    Baca cerita tentang anak tu..hmm…terkenang anak sendiri. mencabar betul keadaan sekarang ni utk membesarkan anak..

  5. pm alamat kedai yang ada monyet cuci kereta tu.

    nak cuba gak.
    titan recently posted..Takde Duit, Boleh Beli Rumah Ke?

  6. Huhu 2 jam tu lamanya… sabar je lah
    Shiqeen sattar recently posted..Bloggers Bikin Kecoh Masa Photoshoot

  7. Wah kau suda menulis bah. Kenapa akak tak dapat email notification?
    Bawa majalah tu nak baca atau tengok handphone?
    Tajam sungguh mata melihat cincin di jari manis awek haha.
    Bab anak-anak ni itulah bahagian masing-masing kan. Kita pun tak tahu apa yang akan jadi masa depan. Pengaruh kawan, teknologi semuanya. Doa semoga semuanya baik-baik aje.
    diana recently posted..Peluang 1 atau 2?

    • Itulah kak.. bru perasan aritu.. xtaulah napa.. huhu.. dah la bab setting2 ni failed.. haha..

      Henpon ni kalau masih bnyak bateri.. memang leka sikit.. haha..

      Shhh ~ part cincin nanti ada yang kena tido luar karang.. hehe..

      Doa dan tawakkal.. yang penting didikan.. InsyaAllah :)

  8. susah mencari yang jujur zaman sekarang, tapi masih ada juga yang seperti pencuci kereta ni…

  9. dua jam lama tuuuu..
    eca selalu cuci sana car wash dekat CKS Sulaman…sambil beli brg dapur, kereta g cuci.So, kalau lama pun xterasa sangat….sib baik pekerja carwash jujur, bagi balik karpet tu..kalau ndak, terpksa beli baru kann..hehehe

  10. hihihii menarik jalan cerita ♥

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: