Hidayahnya Menerjah Berpuluh Tahun Kemudian

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, maka daku menulis sambil mengimbua kenangan lalu.

Eceh, lagak serius konon. Mengembau pun jadi mengimbua. Eh, Mengimboa. Mangimbou. Mengembek.

Mengimbau!

Keyboard ada auto correct gak ker?

hidayahnya auto correctKredit : Oatmeal

Kira-kira dua minggu yang lalu, masa selak-selak Facebook, ada kawan sekolah rendah dah accept friend request. Punya lama sampai aku pun sendiri lupa yang aku ada add dia. Maka, aku pun klik lah nama dia, nak tengok apa yang dia buat sampai lama baru accept.

Lo, lama tak berupdate, jadi, tak hairanlah kalau lambat.

Namun, aku terpana satu foto, yang lantas terpacul satu sebutan dari mulut aku dengan spontannya.

“Alhamdulillah.”

Kawan aku ni dulu non-muslim, tapi sebelum Ramadhan, dia dah peluk islam. Betapa bersyukurnya aku, dia telah kembali kepada fitrah.

Tapi tu lah, macam ikut tajuk, Hidayahnya menerjah berpuluh tahun kemudian. Maksud?

***************************************************************************************************

Zaman sekolah dulu, era 90-an, radio era memang belum top lagi masa tu. Paling top aku rasa Radio Muzik, rancangan Pilihan Bersama. Hantar surat semata-mata nak lagu pilihan kena putar, lepas tu minta abah beli news sebab nak tengok, nama ada masuk tak dalam Pilihan Bersama, Radio Muzik Anda.

Tapi, bukan part tu aku nak cerita, tapi kebangkitan irama nasyid yang meletup tiba-tiba. Dipelopori oleh Raihan, dengan single hit Puji-pujian.

raihan_97_puji-pujian

Lagu ni punya legend, sampai Raihan buat persembahan penutupan Sukan Komanwel 1998, orang putih naik ke atas pentas. Apa ingat tu lagu clubbing ka?

Lagu tu hit, sampai di sekolah rendah tempat aku pun tidak ketinggalan merasa aura abang-abang Raihan. Termasuklah kawan aku yang bernama Richie ni.

“Ash hadu anla ilaha Illallah,
Wa ash hadu anna Muhammadar Rasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah”

Yang tahu lagu tu mesti korang baca sambil menyanyikan? Whoa ~

Satu hari yang hening, si Richie tanya aku.

“Daus, kalau nyanyi lagu tu bah, boleh masuk islam ka?”

Itulah pertanyaannya, sebab ada kalimah syahadah. Maka dengan konfidennya aku pun menjawab,

“Iya, ko masuk Islam tu, sebab ko nyanyi :

Ash hadu anla ilaha Illallah,
Wa ash hadu anna Muhammadar Rasulullah
Tiada Tuhan selain Allah
Nabi Muhammad pesuruh Allah

Aha, mesti korang ikut nyanyi lagi tuh kan? Haha.

Aku masa tu masih kecil, bukannya aku tahu sangat pun bab hukum-hakam agama. Terpengaruh sangat dengan Tv kan, asal baca Syahadah, dah jadi muslim.

Dia pun cakap Oh saja.

Dan semenjak dari itu, dia langsung tidak menyanyi tu lagu lagi, sebab mamanya marah dengan dia, katanya.

Aku pun serba salah, sebab kurang dah orang minat lagu yang aku suka, huhu.

***************************************************************************************************

Bila aku lihat foto dia dengan kawannya yang mengucapkan tahniah kerana kembali kepada fitrah, pantas jari-jemariku menaip di ruangan komen pasal ni. Sungguh, hidayahnya itu milik Allah, siapa yang tahu kan. Kita sebagai muslim seharusnya berdoa agar hidayah tidak diangkat dari diri kita.

Kalau tidak, nescaya akan tergolonglah kita dikalangan orang-orang yang malang.

Apapapun, semoga Allah merahmatimu wahai sahabat lama, Richie @ Irfan. Maaf kerana mengimbua kenangan kita dulu, eh?

Mengimbang. Mengembek. Mengiring.

Mengimbaulah!

hidayahnya

Ini juga ceriteranya

  • Oh CarwashOh Carwash Masa : 03.00 Petang Lokasi : Carwash Keningau (Aku lupa nama carwashnya, haha) Gambar hiasan (g00gle) Area Carwash, nak cuci kereta yang dah sebulan berkuman-kuman di luar dan dalam. […]
  • Telah Tertulis Untuk MenulisTelah Tertulis Untuk Menulis Bersawang. Itulah satu fenomena bila mana sebuah blog lama tidak tertulis satu artikel pun. Entah mengapa jari-jemari ni rasa kaku nak menulis. Dibiarkan bersawang atas alasan, inikan […]
  • Pada Hari ItuPada Hari Itu Weehuu ~ Lama diri ini menghilangkan diri, sekarang telah muncul kembali. Ceh, baru berapa hari, sedangkan blogger hebat seminggu lebih lagi malah berbulan menghilangkan diri, haha. […]
  • Kedahsyatan Aku Menggunting RambutKedahsyatan Aku Menggunting Rambut Aku renung tangan aku, macam tak percaya apa yang berlaku. Aku pandang muka bini aku, dia senyum saja. Bab ni yang wat aku lemah, sambil kelip-kelip […]
  • PenPal Not PayPalPenPal Not PayPal "hai, Eja971 kini FREN anda dalam Kolonyl. Anda boleh FREN Eja971 juga dgn htr KFREN ke 25333" Balik-balik mesej macam ni, sekejap Eja, lepas tu Iqa, kemudian Gegurlz, tapi pintar juga […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. haha. kelakar. Alhamdulillah btambah umat nabi..
    YB Shehan recently posted..PHOTOGRAPHER WANITA MELAYU, LALA HUSNA YANG KIAN MENCIPTA NAMA

  2. Hahahaha. Memang baca sambil menyanyi :p Alhamdulillah dah peluk Islam pun kawan tu :) Inani Hazwani recently posted..Popia Bersira

  3. Salam jumaat dan selamat berpuasa

  4. syukur.

    tambah lagi sahabat baru.

    yehh!
    titan recently posted..Rezeki Ramadan Ikat Tepi

  5. Hidayah itu adalah anugerah Allah…sangat beruntung kepada yang berusaha mendapatkannya
    Hero Borneo recently posted..Segmen Sukses Kedua Berjalan Lancar

  6. Beruntung kumpulan raihan dapat pahala dengan buat lagu2 dakwah..
    Afif Rayyan recently posted..Cara Kesan Peranakan Jatuh

  7. Alhamdulilah ,allah s.w.t buka pintu hidayah padanya….
    Razlan recently posted..Contoh Surat Rayuan Ke IPG

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: