This Is Badang Story

Duduk berehat di beranda rumah, sambil melihat orang yang lalu lalang. Hari ini budak-budak dah balik sekolah, merasalah dorang hari pertama berpuasa di sekolah. Muka-muka keletihan terpampang jelas, tapi, ada juga muka segar, macam baru lepas minum milo asi tabur.

Dua tiga ekor kumbang,
Tak baik nak memfitnah bang!

Eh? Siapa gerangan budak ni yang tiba-tiba muncul tanpa diduga. Tapi muka macam familiar.

Dua tiga budak bersukan
Abang ni penulis segalaceritera kan?

“A’ah, yup.” balasku sambil mengangguk.

“Marvelous, marvelous.. Haa, abang, saya ada satu cerita mau kasitahu sama abang.”

Ok, fine, sekarang aku dah tahu siapa budak ni. Jarjit.. Jarjit.. konfius aku macam mana ko sesat sampai Sabah ni. Terharu gak dia tahu aku siapa. sob sob..

jarjit

“Cerita apa kau nak aku tulis ni?” balasku.

“Ini cerita, pasal itu Badang. Ini cerita, bukan macam cerita Badang yang kita dengar.” katanya.

“Badang? Ala, ni cerita biasalah Jarjit, banyak dah tahu cerita tu.”

“Haa, itulah abang tak tahu, ini cerita luar biasa punya. Marvelous, marvelous.”

Semangat budak Jarjit, yelah, layankan jer.

**********************************************

Alkisah di satu tempat yang mana si kaya berada di atas, si miskin berkerja kuat, tinggal seorang lelaki yang fizikalnya kecil tak molek, kurus, atau secara terus terangnya, lemah gila. Ibu bapanya telah lama meninggal dunia, meninggalkan dirinya sebatang kara.

Dua tiga ekor kumbang,
Itulah dia namanya si Badang

Memandangkan sendiri tanpa ada insan tersayang di sisi, Badang berkerja dengan Orang Kaya Nira Sura demi sesuap nasi. Memandangkan dah namanya sesuap nasi, maka perut pandai bernyanyi kekurangan isi. Dah la dia ni lemah dan kecil, makan pun kecil. Kalah-kalah kurus kakinya sang kancil.

Dua tiga orang bersukan,
Badang pun terfikir nak cari ikan.

**********************************************

“Kau ni banyak dua tiga, dua tiga, cerita jak lah.” Pening aku dengar pantun budak ni. Tahulah dia jaguh pantun. Hmm.

“Ish abang ni, ini cerita saya, saya punya sukalah, abang tulis sajalah.” Aikz, melawan?

“Aku punya blog, aku tak nak tulis, padan muka.” Ugut aku, kah kah kah.

“Eleh, sama budak kecik pun mahu ugut ka? Ok la, ok la.”

Kesian juga dengan budak ni, teruskan layan jak lah.

**********************************************

Maka Badang pun memasang lukah di tepi sungai. Balik dengan hati yang senang. Sambil search google cara-cara memasak gulai ikan patin.

“Pergh ~ Konfom sedap.” bisik hatinya.

Esok dia bangun awal. Lepas Subuh sambung baca al-Quran. Naik sikit matahari, solat Dhuha lagi. Lepas tu baru dia bersiap-siap nak melihat hasil tangkapannya. Tapi, sebelum itu, amanah harus dilaksanakan terlebih dahulu, yakni berkerja dengan Orang Kaya Nira Sura.

Selesai kerja, dia pun bergegas ke tempat dia menyimpan lukahnya. Namun, Badang terkelu lidah tak dapat berkata, sebaik sahaja melihat lukahnya.

Dua tiga ikan hilang
Yang lain semua tinggal tulang

**********************************************

“Tiadanya pun menarik cerita kau ni, aku dah agak ending dia. Yang mengarutnya pun, ko cakap bab google search.”

Entah apa cerita si Jarjit ni, aku rasa korang pun tahu, Badang marah, lepas tu esok dia datang balik cari pencuri makan ikan tu, ugut-ugut manja, kemudian makan muntah hantu air, lepas tu jadi kuat. Titik.

“Haa, itulah abang tak tahu, abang banyak tengok cerita drama jam 7, tarak logik itu macam. Abang dengar dulu, lepas tu baru boleh cakap.” beria-ria dia ni.

Aku cuma menggelengkan kepala.

200

**********************************************

Dipendekkan cerita, Badang dah ready-ready nak tetak insan yang mencuri ikan-ikan dia tu. Sedang dia mengintai dari balik pokok, terjengil mata dia, sebab rupanya bukan manusia, rupanya hantu yang mencuri ikannya.

Terus dia menarik janggut hantu tu yang panjang. Terkejut dengan Badang yang tiba-tiba muncul, hantu tu pun melatah ayat ruqyah. Power hantu ni, melatah guna ayat ruqyah, kalau manusia, mahunya memaki tersebut benda sulit orang.

Tapi tu la, terbakar sikit hantu tu sebab melatah macam tu, whoa ~

“Cis hantu, janggut jak panjang, macam alim, tapi pencuri!” gertak Badang.

“Ampunkan aku, ampunkan aku, aku janji aku tak curi lagi.” nada merayu si hantu yang cukup sayu.

“Aah, aku tak peduli, aku tamatkan riwayat kau wahai hantu yang durjana!.”

“Nanti, nanti, aku akan tunaikan apa hajatmu yang kau mahu. Aku jadikan kau manusia yang paling kuat sekali di dunia.” hantu tu mulakan rundingan dengan Badang.

“Apa maksudmu?” soal Badang sambil berkerut dahi.

“Aku bagi kau makan muntah aku, kau habiskan, lalu kaulah manusia paling kuat sekali di dunia.” Jelas hantu bersungguh.

Badang tersenyum. Hantu pun tersenyum.

Dua tiga tatu di dahi,
Takkan ku syirik pada Ilahi.

Puff, satu ayunan Badang pada leher hantu. Puas hati Badang, lepas ni tiada yang curi ikan dia lagi.

**********************************************

Dua tiga budak-budak mandi
Apa macam cerita itu tadi? Hehehe

Aku ternganga, Jarjit oh jarjit. Time-time ni kau nak tipu aku. Sejak bila budak Sikh ni pandai cerita Islamik yang Badang tak syirik?

“Habis tu? Macam mana dia boleh jadi kuat sampai terkenal dan menjadi legenda?” bantah aku.

“Aish, itupun tidak tau kah? Hari-hari dia buat itu Fit 1Malaysia lah. Itu KJ punya program, ayoyo.”

Erk? Yelah, Bolehlah, bolehlah.

Ini juga ceriteranya

  • Kisah Tauke Dan Si PerokokKisah Tauke Dan Si Perokok Pada suatu hari, tatkala hujan renyai-renyai, seorang pemuda bernama Mamat telah masuk ke sebuah kedai. Dan disitulah, sebuah cerita bermula.... Mamat : Tauke, rokok Malboro biru […]
  • Old School Time At RestaurantOld School Time At Restaurant Perut aku dah lapar, berjalan-jalan di tempat yang asing ni buatkan diriku berpusing-pusing sampai kepala pun naik pening mencari tempat makan sahaja. Last-last jumpa juga restoran, tapi […]
  • Edisi Raya ~ Jika Haiwan Sambut RayaEdisi Raya ~ Jika Haiwan Sambut Raya Merdeka! Merdeka! Meraya! Eh? apa benda yang aku merapu ni, hoho. Yezza, tinggal beberapa hari detik raya. Sayu weih tinggalkan Ramadhan ni, fuh, ayat trip lagi. Macam mana persiapan […]
  • Cara Merasa Milo Gaya AkuCara Merasa Milo Gaya Aku Milo, siapa tak pernah minum milo? Itu kalau tak pernah minum milo sekali seumur hidup, memang aku respek. Memang ada pun, yakni bayi-bayi yang belum ibunya bagi dia rasa apa itu milo. […]
  • Cinderella : The Untold StoryCinderella : The Untold Story Alkisah pada zaman dahulu kala, satu legenda diceritakan dari zaman ke zaman. Kisah seorang gadis biasa berkahwin dengan anak raja, yang pada asalnya gadis itu diseksa oleh ibu dan kakak […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Uishh siap berborak dengan Jarjit. Hahaha !
    Inani Hazwani recently posted..Bila Jadi Cikgu Ganti

  2. hehe terhibur baca entri ni :) Ani Haryani recently posted..Bahaya Denggi Jika Tidak Di Rawat Dengan Segera

  3. HAHAHAHA pulun la SS baca.. sapa JArjit nih

  4. he..he…cerita yang menarik dan ada terselit satu moral of story..

    isu syirik dan jangan percaya kepada spesies hantu…mereka semua itu pakar tipu..

    manusia pun ada perangai begitu..
    Hero Borneo recently posted..Semua Manusia Berpotensi Untuk Berjaya

  5. Pening kepala aku membaca cerita si jarjit ni …
    Mia Kassim recently posted..Teringat raya dulu-dulu

  6. okeh.

    kim salam dengan jarjit ye.

    anak aku suka dengaq dia main pantun.
    titan recently posted..The Journey’s no fun IF you know WHERE you’re going.

  7. anak2 kak suka pantun 2 kerat si jarjit ni..sikit2 2 3, 2 3..hihi

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: