Kembara Jepun : Persediaan Dan Tips Ke Jepun

Tips ke Jepun?

Eceh, ada hati nak bagi tips. Sejujurnya, ini merupakan artikel hutang yang aku nak kongsikan sebenarnya. Dah berkurun lama baru aku nak cerita serba sedikit travel aku ke Jepun hari tu.

Tak Jepun lah sangat, sebabnya hanya area Tokyo yang dijelajah. InsyaAllah, bulan April tahun depan, akan menerjah kembali ke negara matahari terbit dengan target area Kansai, yakni Osaka, Kyoto dan kawasan sekitarnya.

Sebelum itu, biarpun aku kata di artikel kolera al-korea tu bajet MYR 3000, tetapi itu semua bergantung atas beberapa faktor yang turut aku kongsikan dalam artikel ini. Mungkin korang boleh dapat lebih murah berbanding dengan apa yang aku lakukan.

Sebelum berkongsi serba sedikit tips ke Jepun ni, disini ada info penting mengenai Jepun.

  1. Masa di Jepun adalah awal sejam dari Malaysia. Bagi yang baru berjinak-jinak untuk travelling, andai tiket flight tulis jam 2.30 pm bertolak dari Kuala Lumpur dan sampai 10.30 pm, maksudnya 10.30 pm itu adalah waktu di Jepun, bukan ikut waktu Malaysia.
  2. Kebanyakkan dari mereka kurang fasih berbahasa english, tetapi akan berusaha membantu anda sehabis baik. Seeloknya, minta bantuan dengan orang muda, kalau atuk-atuk dan nenek-nenek, bersedia bercakap macam kucing dan anjing, haha.
  3. Jepun ada 4 Musim, seperti yang kita belajar dekat Kajian Tempatan tu. Musim Bunga (Mac-Mei) Musim Panas (Jun-Ogos) Musim Luruh (September-November) dan Musim Sejuk (Disember-Februari). Dalam kalender Jepun, terdapat masa dipanggil “Golden Week” iaitu cuti 7 hari bersempena cuti umum Jepun yang berdekatan iaitu 29 April, 3,4 dan 5 May. Mohon elakkan travelling pada masa itu kerana waktu puncak untuk beberapa tempat pelancongan.
  4. Jepun merupakan antara negara yang paling selamat dilawati, hatta berjalan di waktu malam seorang diri bagi wanita pun tidak se”scary” berjalan di Malaysia. Cuma, perlu juga berhati-hati sebab malang itu tidak berbau. Tapi, kalau tidak mandi, memang cari malang dengan orang sekeliling sebab berbau.
  5. Jepun mempunyai penduduk berdisiplin, mohon kalau nak ngorat awek Jepun pun kena disiplin. Jangan bawa perangai tak elok tu. Naik monorail kena baris, naik eskelator kena dari sebelah kiri, sebab orang yang rushing akan berjalan sebelah kanan. Sampah mohon dibuang di tempat sepatutnya, jangan buang merata.

Ok, tips ke jepun ini berdasarkan dari pengalaman aku sendiri, dan juga pengalaman blogger lain yang aku rangkumkan ke dalam satu artikel. Hadam dengan baik, andai ada penambahbaikan, harap dapat kongsikan.

Ticket Flight a.k.a Penerbangan

tips ke jepun flightTokyo sebelum mendarat

Tips ke Jepun yang pertama berkaitan flight penerbangan.

Part ni aku tempah tiket memang awal, ada lebih kurang 5 bulan sebelum terbang dengan menggunakan Air Asia. Average tiket pulang balik ada dalam 1500 – 1800, untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Tokyo sahaja. Memandangkan aku punya tiket flight dari Sabah, memang bertambah kos lah jawabnya.

Andai time tu promo, return tiket KL-Tokyo boleh dapat 500-600 ringgit, atau mungkin lebih murah dari itu. Tetapi, kena ingat, di Tokyo ada dua lapangan terbang, iaitu Narita dan Haneda. Sebaiknya di Haneda, kerana lebih dekat dengan Tokyo berbanding Narita.

Nak ke Osaka pula kena pilih lapangan terbang Kansai (KIX). Ada yang aku baca, mereka ingat Tokyo dengan Kansai airport dekat, ditambah tiket lebih murah kalau ke sana. Sayangnya, 500km lebih jarak Osaka dengan Tokyo.

Tips Ke Jepun Power :

Andai kata nak cover Tokyo hingga ke Osaka, adalah lebih baik beli tiket kapal samada turun di Osaka dan balik ke Malaysia melalui Tokyo atau sebaliknya. Ini menjimatkan kos serta masa berbanding perjalanan ulang-alik Tokyo-Osaka. 500km tu, tak larat nak cover.

Satu lagi, bila membeli tiket menggunakan Air Asia dari Jepun ke Malaysia, gunakan sahaja matawang Yen. Jika convert terus RM, ada nampak sedikit mahal. Contoh, bila membeli tiket dari Osaka ke Kuala Lumpur melalui Air Asia, bila menggunakan RM, ianya 743. Tetapi, bila guna duit jepun 18000 yen, dan melalui currency converter, ada dalam RM 706. (saat artikel ini ditulis)

Tetapi ianya hanya digunakan untuk beli tiket berlepas dari Jepun sahaja, dan bayaran hanya boleh dibuat menggunakan kad kredit.

Penginapan

tips ke jepun penginapanFuton, bestnya tidur sini

Berdasarkan tips ke Jepun melalui pengalaman orang lain, banyak yang rekomen untuk survey melalui Airbnb dan HostelBookers. Ada juga laman web yang biasa kita nampak seperti Agoda, Tripadvisor dan yang pasti, mengapa bayar lebih? Semestinya Trivago, pom pom pom, wakaka.

Kebanyakan hotel di Jepun agak mahal sedikit serta ruang yang kurang luas bagi hotel bajet. Sebaiknya, guest house atau hostel adalah yang terbaik.

Aku hari tu pakai Airbnb, memang berbaloi. Airbnb beri pilihan samada kita nak pilih kongsi bilik (ala hostel), private room (tapi rumah berkongsi dengan orang lain) ataupun sewa seluruh apartment tersebut. Korang boleh sesuaikan pemilihan berdasarkan kehendak seperti nak ada dapur, atau wifi untuk guest house korang tu.

Tips Ke Jepun Power :

Cari penginapan berdekatan stesen kereta api, dalam 5-10 minit perjalanan pun sudah cukup. Jangan dekat betul, tak senang nak berehat mendengar bunyi kereta api. Perlu diingat kebanyakkan pengangkutan utama di Jepun adalah kereta api.

Selain itu, rajin-rajin baca review setiap orang. Mungkin tempat penginapan tu nampak perfect, tapi, review yang negatif perlu diambil berat. Contohnya, ada blogger yang menempah guest house di Osaka, tetapi berpusing-pusing mencari rumah tersebut akibat alamat yang diberikan itu kurang tepat. Bila dia lihat review kebanyakkan pelanggan guest house tersebut, rata-rata kurang berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.

Pakaian

Seperti yang dikatakan sebelum ini, Jepun mempunyai empat musim, sila pastikan anda tahu musim apa ketika itu pada tarikh yang anda ingin travelling. Musim sejuk takkan nak pakai singlet atau musim panas nak pakai jaket tebal.

Tips Ke Jepun Power :

Pakaian tak perlu bawa banyak sangat. Seminggu punya pakaian, cukup bawa 4 hari punya perjalanan. Rajin-rajinkan cuci biar cincai, lagi best kalau tuan rumah ada sediakan mesin basuh. Lagi senang nak cuci.

Kasut, kalau boleh yang jenis sneakers atau sport. Tak perlu high heels, nangis pakai, sebab sepanjang masa korang akan berjalan sahaja. Cadangan aku, kalau cukup bajet, carilah sketchers atau setaraf dengannya. Aku dah rasa, sakit di tapak kaki tu yang tak tahan.

Halal & Tempat Solat

tips ke jepun makananIni sahaja makanan halal yang aku bawa, tapi Ramen tu memang sedap!

Alhamdulillah, Jepun makin maju ke hadapan untuk bab muslim friendly. Makanan halal biarpun belum seberapa meluas, tapi makin dititikberatkan oleh mereka. Begitu juga tempat solat, kini kebanyakkan airport di sana menyediakan ruangan solat.

Kalau makanan ni, korang boleh jak bawa dari Malaysia, cari jak makanan tin ker, Maggi ker. Kalau beras, baik try beras Jepun, sebab takut tak lepas dek kastam. Ada traveller kata barang-barang macam ni perlu declare, ada yang kata tak perlu. Aku haritu ada bawa makanan tin, setakat ni lepas juga, tiada masalah.

Untuk memudahkan korang kalau nak try makanan halal di sana, boleh layari laman web seperti Japan Muslim Guide, Halal Media Japan, Melancong Ke Jepun dan juga Halal Gourmet Japan.

Namun, harga mungkin ada mahal sikit, contohnya bagi Kebab kebanyakkan dijual dalam 500 Yen (Rm 20). Sebab itu digalakkan masak sendiri, dan membawa bekal sepanjang perjalanan. Jimat.

Tips Ke Jepun Power :

Solat merupakan tiang agama. Biarpun travelling, solat wajib dilaksanakan. Oleh itu jangan risau dengan masyarakat Jepun, mereka tidak memandang dengan pandangan lain semacam andai kata kita solat di mana-mana sekalipun.

Tempat yang sesuai untuk solat seperti Taman-taman, stesen kereta api (bergantung tempat) atau sudut-sudut tingkat atas shopping mall. Kalau ragu-ragu, bolehlah tanya security guard jika boleh solat dimana tempat yang boleh.

Jangan lupa juga bawa kompas kiblat, paling kurang install apps untuk kiblat. Tapi aku lebih suka manual, takut timbul masalah seperti kehabisan bateri telefon atau “hang”.

Pengangkutan

tips ke jepun train

Pengangkutan utama di Jepun, tidak lain tidak bukan adalah kereta api. Kalau nampak peta kereta api buat yang pertama kalinya macam aku hari tu, memang pening kepala sedikit.

Haa, macam tak pening kepala tengok tu, banyak warna. Aku hari tu lebih ikut Tokyo Metro atau Subway berbanding JR Line. Ini yang dicadangkan oleh host rumah aku dulu. Mungkin atas faktor rumah yang kami tinggal dekat dengan Subway.

Tapi, selepas berjaya pergi ke tempat kami tinggal pada hari pertama tanpa ada masalah sesat, keyakinan memuncak seolah-olah pakar dalam menaiki kereta api di Jepun. Wah, bangga konon. Tengok mula-mula memang pening, InsyaAllah, lepas study map dengan tempat ke mana nak pergi, tiada masalah untuk naik kereta api.

Soalan lazim, Pasmo atau Suica?

Ini merupakan kad Touch n Go yang digunakan untuk kereta api dan kebanyakkan bas. Malah, locker, sebahagian tempat shopping pun boleh guna kad ini.

Kedua-duanya adalah sama, pengeluarnya sahaja berbeza. Boleh digunakan kebanyakkan line, kecuali Shinkansen dan teksi. Boleh juga digunakan di tempat-tempat luar tokyo, sebab lain tempat, lain namanya. Seperti di Osaka, namanya Pitapa dan Icoca.

Sila klik Ic Card untuk korang boleh lihat, dimana kad-kad tersebut boleh digunakan.

JR Pass adakah berbaloi?

JR Pass hanya berbaloi andai anda menggunakan kad tersebut menjelajahi Jepun, seperti nak ke Fukouka dari Osaka kemudian ke Tokyo. Andai kata sekadar di Tokyo atau Osaka sahaja, ianya tidak berbaloi. Termasuklah kalau nak one way Tokyo ke Osaka, tetapi andai pergi balik, digalakkan.

Kena beringat. JR Pass tidak dapat dibeli di Jepun, tetapi travel agency terpilih seperti JTB.

Tips Ke Jepun Power :

Aplikasi Hyperdia benda wajib yang perlu ada pada Smartphone korang. Ianya apps perjalanan landmark dari stesen ke stesen lain, siap bagitahu kos sekali. Jadi bolehlah korang decide nak guna JR Pass ataupun tidak.

Satu lagi Apps adalah Navitime, yang boleh digunakan biarpun offline.

Tempat Menarik

Part yang ini, kena ikut citarasa korang. Ada yang minat sejarah, mungkin kebudayaan, anime, amusement park dan macam-macam lagi. Aku boleh bagi highlight tempat-tempat menarik di Tokyo.

Shinjuku : Shinjuku Gyoen National Garden, Tokyo Metropolitan Goverment Building
Tokyo Dome City : More on Amusement Park, Stadium Baseball terkenal.
Tokyo : Imperial Palace, Maronouchi
Ueno : Ueno Park, Zoo dan pelbagai jenis Muzium
Asakusa : Sensoji Temple dan flea market.
Sumida, Ryogoku : Tokyo Sky Tree, Ryokogu Kokugikan, Sumida Park
Akihabara : Barangan eletronik, Syurga Anime dan Cosplay serta tumpuan ramai untuk Maid Cafe.
Ikebukuro : Sunshine City Building
Odaiba : Ini banyak tempat menarik, rambang mata.
Shibuya, Harajuku : Shibuya Cross, Takeshita Dori, Yoyogi Park (Terdapat Meiji Jingu)

Untuk area Kansai (seperti Osaka dan Kyoto), dari pembacaan, lebih kepada sejarah dan kebudayaan. Terdapat 17 World Heritage Centre di area Kansai, terutama Kyoto.

Untuk mengetahui lebih lanjut, bolehlah Google nama-nama tempat tersebut.

Tips Ke Jepun yang lain :

  • Tandas : memerlukan anda membawa botol kecil untuk dibawa ke dalam. Untuk mencebok hanya disediakan tisu, hehe.
  • Wifi : Kalau anda beruntung, host rumah anda ada menyediakan perkhidmatan Wifi. Terdapat juga di beberapa stesen kereta api dan lain-lain tempat yang ada papan tanda Wifi free. Selain itu, boleh sewa portable wifi dari Malaysia saja. Layari JTB Malaysia atau Visondata.
  • Insurans : Benda wajib memandangkan kos perubatan di Jepun agak tinggi. Kita tidak tahu apa yang berlaku, seeloknya beli insurans travel (bukan yang masa beli tiket flight). Contoh Takaful Ikhlas, Axa.
  • Stamina : Korang memerlukan stamina dan kekuatan kaki untuk berjalan. Sebelum ke Jepun, rajin-rajin lah berjoging. Aku stamina kuat, tapi, kaki kita tak kuatlah awak.. haha
  • Ubat : Bawa ubat-ubatan yang asas, macam panadol, sakit perut.
  • Apps : Ini antara apps yang berguna semasa di Jepun, seperti Yomiwa, Tabimori, Voicetra serta Tokyo Subway Navigation. Perlu diingatkan, ianya memerlukan wifi, ada juga yang offline.
  • Matawang : Matawang Jepun sebenarnya lebih mahal dari Malaysia. 1000 yen biarpun syiling sudah hampir Rm 40 ketika ini. (Saat artikel ditulis). Buat pertukaran di Malaysia, dan cari kedai yang memberi pulangan yang tinggi.

Diharap, tips ke Jepun ini dapat sedikit sebanyak membantu korang nanti. Kalau ada kemusykilan atau penambahbaikan, boleh sertakan di ruangan komen. Cuma untuk pertanyaan, aku cuba sehabis baik untuk menjawab, sebab belum pakar lagi.

Terima kasih juga kerana berjaya menghabiskan membaca artikel tips ke Jepun ini. Jangan lupa like Facebook Segala Ceritera Dot Com. Atau subscribe email anda melalui halaman utama, kerana kembara ini belum berakhir di sini.

Ini juga ceriteranya

  • Kegilaan Jepun Dan Kegilaan KoleraKegilaan Jepun Dan Kegilaan Kolera Berkurun lamanya kegilaan aku tidak menghupdate blog. Dimanakah motibesi aku dulu? Semua gara-gara kegilaan terhadap dua perkara yang terjadi lalu menyebabkan tahap kemalasan […]
  • Prelude Kembara : Dugaan Ke JepunPrelude Kembara : Dugaan Ke Jepun Bab dugaan ni, rasanya dialami oleh kebanyakkan traveller. Terutama sekali yang newbie macam aku. Acah-acah pakar, hakikatnya, inilah travel main belasah. Main redha jak. Aku ada cerita […]
  • Touchdown Di Haneda, Ragam Warga Jepun Bermula!Touchdown Di Haneda, Ragam Warga Jepun Bermula! Malam, terasa panjang sangat. Nak lelapkan mata punya main payah. Bermacam bayangan dalam otak tatkala kaki ini bakal menjejakkan kaki di Airport Haneda nanti. Tup tap tup tap, tengok jam […]
  • Malaysia Best Blog 2015Malaysia Best Blog 2015 Malaysia Best Blog 2015 Sebagai seorang blogger, membuat blog yang terbaik adalah impian buat semua. Tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015 merupakan satu kekuncupan hidung buat mereka […]
  • The Chronicle Of Gunting KukuThe Chronicle Of Gunting Kuku Masa : Sepanjang zaman kebujangan Tempat : Rumah 1 Malaysia Malam-malam, hadap laptop, itulah rutin harian aku kalau dah santai. Main game memang kerja paling favret untuk otak bujang […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. menarik. bila la nak sampai jepun ni. huhuhu
    YB Shehan recently posted..HADIAH HARIJADI TERTANGGUH RUPANYA! INGATKAN DAH LUPA.

  2. Pehh pehh jalan jalan Jepun tu *sambil jelinh tabung yang tak penuh penuh* HAHAH ;p

  3. Bestnya teringin nak pi. Orang jepun memang displin tinggi. Ada kawan cerita walau handphone tu tertinggal kat tempat awam memang takkan ada orang ambik.. Kalau Malaysia..hurmm
    shiqeen sattar recently posted..Tips Bersyukur 40 Hari

  4. memang menarik cerita di Jepun..teringin pulak nak pergi ke sana
    Hero Borneo recently posted..Misi Segmen Sukses Kedua Berakhir

  5. alamak.. ada entri jepun.. heheh plan nak g jepun bulan november 2016. tgh berusaha nak siap itinerari ngan asben
    betullah patutu turun osaka.. balik ke tokyo. ni semua sbb nak senang book ngan airasia tu.. hahah.. nnt nak khatam yg lain plak..

  6. Hoho… plain ada juga nak ke Japang
    Tapi kekangan masa dan lain2. Nice sharing info brother. Bab ramen tu alamak.. sedapnya. Memang kami suka ramen..
    Nurmisnan recently posted..Duduk rumah pun boleh buat duit lumayan beb

  7. salam.. menarik tips ni. senang untuk buat rujukan.. nak share juga, kalau tiket flight AA mahal boleh try Vietnam airline. selalu saya dapat dalam rm700-800 return KL-Tokyo. Transit sekejap di Vietnam. Harga ni dah termasuk 30kg luggage dan 2x makan.
    mawar_merah recently posted..Hotel review: Maruka Ryokan, Yudanaka

  8. my trip ke tokyo hampir tiba. Menghitung hari, cuma tinggal 1 minggu je lagi utk berlepas. sangat teruja

  9. Miera Amiera says:

    Assalamualaikum wbt.
    Tqvm. Good info.
    I’m waiting for 17hb Mac 2017 to be landed at Kansai Osaka Airport. InShaaAllah. Mohon semua sahabat doakan smg everthing run smooth. InShaaAllah. Aameeennn…😍

    Good Night 💤🌙
    😊 Sweet Dream
    🌠🌠🌠🌠🌠🌠🌠

Trackbacks

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: