Prelude Kembara : Dugaan Ke Jepun

Bab dugaan ni, rasanya dialami oleh kebanyakkan traveller. Terutama sekali yang newbie macam aku. Acah-acah pakar, hakikatnya, inilah travel main belasah. Main redha jak.

Aku ada cerita sebelum ni, dugaan pertama dua bulan menjelang sebelum travel, tiba-tiba daerah tempat aku bertugas dilanda wabak kolera. Sampai famous Beluran, gara-gara Pasar Ikan ditutup masa tu, walhal bertujuan untuk pembersihan, mencegah timbulnya kolera di sana.

Aura media ni kuat betul, sampai kawan aku India yang baru pindah ke Pulau Pinang pun siap kena tanya macam-macam oleh kawan opis. Dia pun blur nak jawab apa, haha.

Kalau dah namanya wabak, cuti opkoz dibekukan. Haa, tak surut-surut kes dari awal bulan Mac sampai ke April, walhal terbang pertengahan bulan Mei. Syukurlah, masa bulan Mei, ada reda sikit, jadi, boss lepaskanlah aku dengan partner travel aku untuk menjejakkan kaki ke Jepun ni.

Itu baru secebis dugaan, hakikatnya?

Dugaan Tiket Kapal Terbang

Masa beli tiket flight, teruja bukan main masa tu. Minda sudah bermain perkataan “Jepun, Jepun” (gaya zombi kampung pisang).

Kami beli tiket ni kira pasrah juga, sebab ada dua trip. Kota Kinabalu – Kuala Lumpur (return), kemudian Kuala Lumpur – Tokyo Haneda (return). Kalaulah tiba-tiba flight delay, mahunya terlepas satu flight konfom menangis dibuatnya.

Sebenarnya tarikh kami beli tiket terpaksa diawalkan dari perancangan. Sepatutnya dalam belas-belas haribulan, namun apakan daya, tiba-tiba harga dia naik. Terpaksa awalkan flight seminggu dari tarikh rancangan, sebab kebetulan harga masa tu lebih kurang sama dengan apa yang kami target. So, 14++ melayang seorang.

Done beli tiket, senang hati. Rupanya, dalam 3-4 hari kemudian, Air Asia buat promosi pula dah. Tepuk dahi, check tiket, dapat murah dalam 400-500 ringgit masa tu. Sakit hati gak, nak buat macam mana, bukan rezeki.

Ingatkan dah berakhir dugaan, dalam dua minggu sebelum terbang, nak web check-in, sekali lagi tepuk dahi. Mana tak mengalami kemurungan macam ni, sebab flight kami dari Tokyo ke Kuala Lumpur adalah pada 19 Mei 2015 dalam jam 11.30 pm, dan tiba ke Kuala Lumpur jam 6.00 am (20 Mei) macam tu. Sepatutnya sambung flight pada 20hb pagi ke Kota Kinabalu, tetapi, kesilapan teknikal, kami beli tiket 19hb lah pula.

Drop jaw bila perasan, esok direct pergi airport Sandakan, cari kaunter Air Asia, tanya itu ini. Kesimpulan dari perjumpaan awek jaga kaunter Air Asia, kami terpaksa beli tiket baru, sebab kalau tukar, lagi mahal dari beli tiket flight masa tu.

Jadi kos kami meningkat, dan Alhamdulillah, dugaan berhenti part tiket kapal terbang. Fuh.

dugaan 1

Nasib flight lancar, sedih si kawan kalau delay.

Dugaan Penginapan

Seperti yang ku katakan sebelum ni, aku pakai khidmat website Airbnb untuk bab penginapan. Nak daftar benda ni, serius, ada leceh sikit, tapi mereka mengutamakan keselamatan, jadi banyak benda perlu disahkan, seperti Kad Pengenalan, Gambar, nampak macam seram bila kena minta itu ini, tapi, InsyaAllah, Airbnb akan jaga sebaiknya privasi kita.

Selepas settle bab verify (biarpun ada sangkut sikit dalam beberapa perkara), macam tiket flight punya cerita, aku relax dulu. Penginapan pun dah tempah, jadi tak serabut kepala. Tapi,,,,,,,,,,,

Pun dekat-dekat nak terbang, tiba-tiba akaun aku ada problem, langsung tak boleh akses dalam. Inipun sebab ada notify mesej dari tuan rumah, masuk dalam emel aku. Baru aku perasan yang akaun tak dapat access.

Ahh, sudah, macam tak suruh aku terbang pula ni, huhu.

Sementara aku reply tuan rumah guna emel, aku ada juga berhubung dengan pihak Airbnb melalui Facebook. Masalah aku sebenarnya, mereka nak verify akaun media sosial aku, jadi aku pun bagi lah akaun Facebook aku. Yang haru-biru, bila akaun Airbnb aku limited access sebab dorang anggap Facebook aku tak aktif.

Puff, punya aku rasa nak marah, apalah definisi aktif bagi dorang ni. Aku login juga hari-hari, tapi nak post status, amatlah jarang sekali. Sampai beterabur ayat orang putih aku karang, nak terangkan masalah dekat dorang.

Punya aku risau, sebab tinggal minggu depan lagi nak flight. Selepas beberapa rundingan, akhirnya, settle masalah, dorang remove flag limited access tempat aku. Itupun selepas verify akaun Facebook kawan-kawan aku, ada banyak yang aktif. Itulah kata mereka.

Lepas dapat access, baru lancar perhubungan aku dengan tuan rumah, kalau tak, jadi homeless sekejap kat Jepun, haha.

Last but not least (Tips jimat)

Aku nak tambah sikit macam mana aku kira 3k tu cukup. Flight, fix seorang. Kalau penginapan, korang boleh kongsi bayar dengan kawan-kawan. Hostel kira murah, andai satu group 4 orang, boleh cari shared room yang ada 4 katil.

dugaan 2
Kredit : Japan Guide

Keutamaan, cari tempat yang korang boleh masak sendiri, berbanding makan luar, yang konfom mahal. Tapi sekali sekala makan luar, ok juga, tapi jangan hari-hari kalau nak budget.

Untuk tempat menarik, carilah tempat top tanpa mengeluarkan duit korang sangat. Banyak sebenarnya, tapi bergantung pada minat. Andai hanya sekitar tokyo, untuk pengangkutan, biasakan diri untuk rajin berjalan kaki, sebab tu aku cakap jogging amat perlu dilakukan sebelum travelling.

Shopping? Ada duit lebih, terpulang. Jepun bukan syurga shopping, tapi kalau tahu cari, ada juga tem[at murah sebenarnya.

Cuma 1 benda yang boleh merencatkan samada cukup atau tidak budjet anda, bila tukaran matawang kita jatuh. Yezza, masa aku ke sana, RM 1100 aku tukar, dapat 33000 yen. Sekarang, saat artikel ini ditulis, dapatlah dalam 29000 yen. 4000 yen beza tu, harap-harap tahun depan meningkat sikit, haha.

Apapapun, dugaan tu bila-bila masa boleh ada, tak kira sebelum travel, semasa mahupun selepas. Yang penting, pandai-pandai kita bawa diri tempat orang, manatahu, kalau pandai, terpikat awek jepun kat sana, eh?

Jangan lupa baca : Tips Ke Jepun dan Persediaannya

Ini juga ceriteranya

  • Kegilaan Jepun Dan Kegilaan KoleraKegilaan Jepun Dan Kegilaan Kolera Berkurun lamanya kegilaan aku tidak menghupdate blog. Dimanakah motibesi aku dulu? Semua gara-gara kegilaan terhadap dua perkara yang terjadi lalu menyebabkan tahap kemalasan […]
  • Kembara Jepun : Persediaan Dan Tips Ke JepunKembara Jepun : Persediaan Dan Tips Ke Jepun Tips ke Jepun? Eceh, ada hati nak bagi tips. Sejujurnya, ini merupakan artikel hutang yang aku nak kongsikan sebenarnya. Dah berkurun lama baru aku nak cerita serba sedikit travel aku ke […]
  • Malaysia Best Blog 2015Malaysia Best Blog 2015 Malaysia Best Blog 2015 Sebagai seorang blogger, membuat blog yang terbaik adalah impian buat semua. Tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015 merupakan satu kekuncupan hidung buat mereka […]
  • Touchdown Di Haneda, Ragam Warga Jepun Bermula!Touchdown Di Haneda, Ragam Warga Jepun Bermula! Malam, terasa panjang sangat. Nak lelapkan mata punya main payah. Bermacam bayangan dalam otak tatkala kaki ini bakal menjejakkan kaki di Airport Haneda nanti. Tup tap tup tap, tengok jam […]
  • Sempurna Dalam Tidak SempurnaSempurna Dalam Tidak Sempurna "Assalammualaikum" "Wa'alaikumsalam, yarabi, Safira, lama tidak jumpa. Apa khabar dirimu?" Hazirah lantas memeluk sahabatnya yang telah lama tidak ketemu. "Alhamdulillah, baik-baik saja. […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. haha. baca pun dah berdebar. mak aih.. takut plak kita nak jejak korea..
    YB Shehan recently posted..LIRIK JOMBLO HAPPY – GAMMA1

  2. Seronoknya dapat peluang pergi ke Jepun… Bilalah agaknya saya dapat pergi ke sana?
    Anuar recently posted..Senarai Pemenang Giveaway Carian Homestay Malaysia

  3. Banyak betul dugaan travel ya
    Noriza Rahman recently posted..Perbanyakkan Doa dan Amalan Bertemu Malam Lailatul Qadar

  4. Tahniah! setelah pelbagai dugaan, finally dapat jugak ke Jepun ya.
    Itulah beza traveller dan tourist kanss…
    Mrs. A recently posted..Wordless Wednesday #81

  5. dengan dugaan begini kita semakin matang dan bijak menghadapi situasi genting..

    apa yang berlaku sudah berlalu dan tinggalkan kenangan sahaja
    Hero Borneo recently posted..Iklan Petronas Menyentuh Perasaan Lelaki

  6. Bestnya dapat ke Jepun. Mengembara meluaskan minda, kenal budaya dan cara hidup orang lain. Tak semua orang minat travelling, off course bila fikir sangat bab duit. Tapi tuan dah buktikan duit bukan priotiti utama dalam travelling, bijak mengurus itu lebih penting. Hope saya juga dapat fullfill nak travelling ke jepun tahun depan. InshaaAllah..

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: