Touchdown Di Haneda, Ragam Warga Jepun Bermula!

Malam, terasa panjang sangat. Nak lelapkan mata punya main payah. Bermacam bayangan dalam otak tatkala kaki ini bakal menjejakkan kaki di Airport Haneda nanti.

Tup tap tup tap, tengok jam dah jam 4.30 pagi. Haish, terpaksa bangun dah, bersiap nak ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Mana tak nya, flight seawal jam 7 pagi.

Aku minta tolong adik aku yang kerja shif malam di hospital untuk hantar aku. Memandangkan hari berkerja, kami kena awal, takut jam. Nanti adik aku yang kesian masa nak balik pergi hospital.

Nasib dia dah minta excuse sekejap, kalau tak, takut viral merata-rata kat Facebook, nurse curi tulang, haha.

Flight KK-KL cuma mengambil masa 2 jam 45 minit. Santai di KLIA 2 sebelum sambung flight 7 jam kemudiannya. Maka mencari dulu apa benda nak makan ni.

Lalu terpandanglah satu restoran ala Jepun. Memandangkan nak ambil feel Jepun, melantak ramenlah jawabnya.

Kenyang, tapi mata masih segar. Masih belum ada tanda-tanda mengantuk. Adakah itu namanya excited?

Touchdown di Haneda

Meninggalkan bumi Malaysia tepat jam 2.30 petang. 7 jam perjalanan, nasib sempat beli buku, supaya tak rasa bosan. Sekali, tertidur aku dengan lenanya, dibuai mimpi indah di siang hari.

Aku bangun dalam keadaan mamai ketika matahari dah nak terbenam. Kawan aku pula khusyuk membaca novel, tapi novel english yek. Nanti ada yang kagum dari jauh sebab ingat orang cina pandai juga baca novel setaraf Tundukkan Playboy Itu.

Dalam jam 7 macam tu rasanya (banyak juga kepala 7 ni), kami kena suruh isi dua borang. Satu untuk kastam, satu untuk imigresen. Benda itu akan diserahkan di kaunter imigresen bila dah sampai kat sana. Cuma perlu isi awal-awal, bukan masa di sana baru isi.

“Tuan-tuan dan puan-puan, sebentar lagi kita akan mendarat di lapangan terbang Haneda, Tokyo, Jepun. Sila pasangkan tali pinggang keselamatan dan betulkan tempat duduk anda sekarang juga.”

tips ke jepun flight(Sempat aku snap sebelum kapal nak landing)

Wei, serius? Aku tengok jam, baru jam 9.20 pm. Rupanya penerbangan kali ini lebih awal tiba berbanding dalam jadual. Fuh lega, bukan apa, sebab nak kejar masa.

Kelam kabut kan? Yup, sebab stesen kereta api kat Jepun akan tamat beroperasi pada jam 1200 tengah malam. So, kalau lewat, dimana berhenti, disitulah kami kena turun. Maka berhuhulah andai kejadian sedemikian rupa.

Pergh, bila dah jejak kaki, dah rasa lain macam sikit. Hentak-hentak kaki, nak tengok, berpijak di bumi yang nyata ker tidak. Syukur masih panjang umur, kalau hentak-hentak tak jejak tanah, rasanya berlarian orang nampak hantu.

Abang Imigresen Yang Serius

Dengan penuh semangat, maka berjalan kaki lah kami entah berapa ratus meter untuk sampai ke kaunter imigresen. Masa ni baru terasa penat, tak training punya pasal. Dah kawan cakap kena rajin jogging, degil, kan dah kena.

Sampai di kaunter, maka berbarislah kami seperti nak beli tiket wayang lagaknya. Ada sorang pakcik yang mengatur mana kaunter patut kena pergi. Sampai giliran aku, berbaris dengan konfiden, serah form, passport, nah, disitu ada masalah.

declaration form japan

embarktion card japan(Inilah form yang akan diisi semasa dalam kapal nanti untuk diberi kepada abam imigresen)

“Where are you live?” soal pegawai imigresen, serius bunyi.

“Toyotama-kita sir” pendek aku jawab, takut jadi Oh My English.

“Please write down your address here.” sambil tangan dia menunjuk alamat yang terlalu ringkas aku isi.

Nasib baik aku dah siap-siap download alamat host rumah kami, kalau tak, ada yang aku buat alamat kat Malaysia ni karang.

Selesai urusan imigresen, aku risau dengan si Lim di kaunter lain. Yelah, alamat ada tempat aku, tempat dia tiada. Tapi dia selamba jak lepas, tak kena tanya detail pun.

Cis, tak adil.

Polis Jepun Versi Sinetron

Masa yang paling mendebarkan, bila nak lalu dekat area declaration kastam. Tak pasal-pasal dia random check, habis berterabur segala maggi, sardin dan sewaktu dengannya. Tak konfiden, lepas ker tidak barang ni. Syukurlah dorang tak pandang kami. Maka bergegaslah kami nak beli tiket kereta api dengan sepantas yang boleh.

Jam masa tu dah 10.30 pm, entah, macam mana aku yang kali pertama guna mesin tiket ni, lancar menekan seolah-olah macam pro. Keluar sahaja tiket nak ke Daimon, baru berpusing, tada ~ pakcik polisi datang sambil tunjuk kad memperkenalkan diri.

haneda police(Macam lebih kurang beginilah polis airport haneda ni. Sumber : Google)

“Can you show your passport please.” Pintanya.

Kawan aku dengan mudah mencari passport, aku pula terkial-kial sebab passport tu dah terpisuk-pisuk (tersorok di tempat yang dalam) dalam beg. Kira aku lambat sikit bagi, jadi, kawan aku yang bercerita dengan polis airport Haneda tu.

Cerita punya cerita, bila dia tahu kami dari Malaysia, satu soalan maut dia bagi dengan si Lim ni.

“Boleh berbahasa Indonesia?” Wau, lancar pula dia cakap melayu Indonesia, tapi, memandangkan yang dia tanya tu kawan aku, seorang cina yang jarang tengok sinetron, maka jawapannya no lah.

Waduh pak, kalo dengan gue, bisa juga berbicara bahasa indonesianya pak.

Rupanya dia ni dah lama di Indonesia, sebelum balik ke Jepun, kerja dekat sana. Tapi pelik pula, macam mana boleh sesat jadi polis di Airport Haneda ni.

Tak lama lepas tu, datang pula kawan si pak polisi sinetron, tapi yang ni pure Japanese, tak pandai cakap Indonesia. Dengan dialah aku bagi passport aku.

Siap buat spot check, pak polisi tu buat sinetron di Haneda airport. Sambil gaya menunduk, dengan loghat jepun cakap Melayu time perang dunia kedua, dia pun berkata :

“Selamat.. Bersejahtera.. Di.. Jepang.. Hait.”

Maka, kami pun ikut tunduk gaya Jepun juga, woha ~

Misteri Darah di Shin-Egota

Perjalanan menaiki Tokyo Monorail ke Daimon mengambil masa setengah jam. Si Lim dah ikut feel Jepun, sepanjang perjalanan, buat baca buku.

Di Jepun, masa di kereta api, kalau dorang bukan membuta, dorang akan layan henset, tak pun baca buku. Dorang tak akan buat bising, nak bercakap dengan kawan pun sampai tahap berbisik.

Kalau kita nampak orang berbisik, tak lain tak bukan, ngumpat kita lah tu.

Tapi, tak semua lah orang Jepun macam tu, sebab masa kami naik monorail tu, ada orang Jepun bercerita juga. Tapi tak hairan, tangan dah pegang tin arak, dari jauh tercium bau alkohol. Teringat cerita Densha Otoko, manatahu dorang kacau awek Jepun, boleh jadi hero sikit, kah kah kah.

Dipendekkan cerita, setelah bertukar laluan di stesen Daimon, akhirnya kami tiba juga di stesen Shin-Egota, stesen yang berdekatan dengan rumah yang kami menginap. Perasaan yang cukup lega, sebab tak perlu terkejar-kejar lagi sebelum tamat operasi kereta api.

Terasa rugi juga, kalau tahu, baik start menginap keesokan harinya, lepas tu stay kat airport Haneda 1 malam. Seperti kebanyakkan backpackers yang lain. Tahu-tahu jak lah, masih beginner.

Nafas terasa segar, udara dingin menyapa tubuhku, cewah, ayat. Tatkala kaki menapak menaiki tangga satu demi satu, aku dengan Lim terpana, tiba-tiba nampak tompok darah ketika hampir sampai di pintu keluar.

Misteri apakah ini? Awal-awal sampai dah ada kes jenayah berat?

Bila dah keluar, barulah faham. Ada seorang pakcik tua kepalanya penuh dengan darah, kami assume dia ni mesti terjatuh masa naik tangga tadi. Kebetulan juga Ambulans dan Polis tiba serentak, dengan Polis berada di depan Ambulans mengarahkan semua kereta memberi laluan.

Tingginya disiplin orang Jepun memang aku respek, automatik beri laluan. Ada seorang lelaki ni lagi, Ambulans masih jauh, dia dah lambai-lambai bagi isyarat kecemasan kat situ. Aku tengok-tengok juga, tiada ker yang nak ambil gambar kejadian tersebut?

Semua sibuk nak membantu, ok, aku pun tak jadi nak ambil gambar pakcik tu, eh?

Malam-malam buta ni dah nampak tatacara orang Jepun. Tapi masa tak mengizinkan kami nak lama kat sana, sebab misi mencari rumah adalah objektif seterusnya.

Cerita sebelum ini :

  1. Kembara Jepun : Persediaan dan tips ke Jepun
  2. Prelude Kembara : Dugaan ke Jepun

Ini juga ceriteranya

  • Kembara Jepun : Persediaan Dan Tips Ke JepunKembara Jepun : Persediaan Dan Tips Ke Jepun Tips ke Jepun? Eceh, ada hati nak bagi tips. Sejujurnya, ini merupakan artikel hutang yang aku nak kongsikan sebenarnya. Dah berkurun lama baru aku nak cerita serba sedikit travel aku ke […]
  • Prelude Kembara : Dugaan Ke JepunPrelude Kembara : Dugaan Ke Jepun Bab dugaan ni, rasanya dialami oleh kebanyakkan traveller. Terutama sekali yang newbie macam aku. Acah-acah pakar, hakikatnya, inilah travel main belasah. Main redha jak. Aku ada cerita […]
  • Kisah Suami Isteri Ini Boleh Mengalirkan Air Mata AndaKisah Suami Isteri Ini Boleh Mengalirkan Air Mata Anda Kisah suami isteri ini pernah menjadi viral satu ketika dahulu. Aku ambil cerita ni dari page Karyawan Bisu, lalu aku tempekkan di page Segala Ceritera, lantas mendapat perhatian […]
  • AFF Suzuki Cup : Analisa Kemenangan Malaysia 4 Vietnam 2AFF Suzuki Cup : Analisa Kemenangan Malaysia 4 Vietnam 2 Seperti yang diketahui, Malaysia telah melangkah ke perlawanan akhir AFF Suzuki Cup setelah melakukan kebangkitan dengan bergaya, menumpaskan Vietnam dengan jaringan 4 berbalas 2, […]
  • Sisi Unik Malaysian Tentang BanjirSisi Unik Malaysian Tentang Banjir Keadaan banjir terkini menampakkan keadaan separuh baik, separuh makin buruk. Negeri Sembilan merupakan negeri yang terkini setakat ini dilanda banjir. Banyak viral video dengan gambar […]

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Profil


Seorang penjawat awam muslim yang menjadikan dunia bloging medium berkomunikasi di dunia maya. Berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah dan merupakan blogger separuh masa.

Comments

  1. Wah akak ketinggalan. Plot cerita kau memang power bah. Bikin cemas pak polisi dari Indonesia ini. Kenapa kau tak beri penampar Jepun sekali bah hahaha. Hait! Nippon… :D

    Dik selamat hari raya. Akak akan memfollow baca cerita kau ni lagi.

    Cerita2 gini backpackers gini orang suka baca sebab tak bosan. Kau punya plot tu memang membunuh seperti pakcik yang berlaku pendarahan atau nak jadi hero.
    diana recently posted..#lepas tu

  2. Bestnya dapat gi negara orang. Pengalaman berharga tu sbb di negara org lah kita dpt belajar benda atau sesuatu yg baru.
    shiqeen sattar recently posted..Jatuh Cinta Pandang Pertama

  3. cerita yang amat menarik..saya baca perlahan-lahan untuk menghayati cerita..memang tidak dinafikan tuan menulis dengan gaya versatail..hebat
    Hero Borneo recently posted..Tradisi Balik Kampung Untuk Beraya

  4. Entah saya jarang tonton sinetron Indonesia :) Ikhwan recently posted..Jana RM8 Ribu Sebulan Dengan Uber

  5. best baca pasal disiplin orang jepun ni, respect
    raihanah recently posted..Diet Pemakanan Semasa Proses Detox

  6. ok x sabar nak baca sterusnya..
    YB Shehan recently posted..SK HULU KELANG : SEKOLAH RENDAH UNTUK HANNAH DAMIA?

  7. Wahhhh…. kenapa banyak entry pergi negara matahari terbit niii. Seronoknya pergi kutip pengalaman kat negara org. Haha cerita kat airport itu lawak. Mohon bawa balik ole2 Jepun heee

  8. wah.. bahasa jepun ke tu? watashiwa sharifuddin des.. hahaha…
    matdin recently posted..CARA MEMBINA HEKSAGON SEKATA JIKA DIBERIKAN JARAK ANTARA SISI

  9. Lagi..lagii cerita? Hehee…ke sy yang cari tak jumpa? Baca cerita ni siap leh terbayang semua2 yg dok cite ni..hikkk. Tak sabar rasanya..tiket beli dah..setahun lagi..inshaAllah..

  10. lama weh tak turun jepung.

    rindu plak rasanya dengan doraemon.
    titan recently posted..Lelaki kahwin dan badminton kawasaki.

  11. sangat menarik..

    bila lagi la ada artikel baru nie..

    seronok baca celoteh bro yang lucu-lucu
    Hero Borneo recently posted..Pelancaran Formula Income Seumur Hidup

  12. Setahun sudah berlalu…
    Ikhwan recently posted..Daftarkan Uber Driver Dapat Komisyen

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge
:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: