Mereka Murtad Kerana Muslim?

Buka Facebook, terpandang Facebook seorang Ustaz yang menunjukkan gambarnya di beberapa buah tempat pedalaman Sabah. Beliau bukan pergi melancong, tapi menjalankan urusan dakwahnya. Sejuk hati tengok gambar-gambar beliau. Cari tapak surau, mengajar saudara baru solat. Tempat yang dia pergi pun jauh, siap naik bot lagi.

Tapi, bilamana ada orang nak masuk Islam, ramai pula yang nak keluar dari Islam, atau istilahnya murtad. Dekat Facebook, berpusu-pusu orang cari Group Murtad tu, selepas pendedahan dari Harian Metro. Hakikatnya, benda tu dah lama bertapak, tapi kita baru tercari-cari.

Persoalannya, kenapa mereka hendak murtad? Pelbagai jawapan yang diberikan, tapi kebanyakkan murtad kerana muslim di Malaysia!

Maksudnya?

Continue reading

Posted in Ceritera Pendapat | Tagged , , , , , , | 8 Comments

Tips Memikat Hati

Susah hati kerana mertua tak suka anda? Rasa putus asa perniagaan tidak berjaya? Atau tak dapat memiliki gadis idaman anda? Semuanya akan settle hanya dengan membaca artikel ini. Mungkin bukan 100% settle, kerana anda dikehendaki berfikir sendiri, kebenaran bagi testimoni-testimoni orang perseorangan tersebut.

Memikat hati manusia bukan mudah, tetapi ianya menjadi mudah jika anda tahu rahsianya. Rahsia ini percuma, malah, ianya bukan rahsia sebenarnya, cuma potensi belum dikeluarkan sepenuhnya. Ini sebahagian dari testimoni tersebut!

Continue reading

Posted in Ceritera Ilmiah | Tagged , , , , , | 9 Comments

Kerana Zodiak, 40 Hari Solat Tak Diterima

Tenang dan santai, itu yang ku rasakan hari ini. Main game pun dah boring, sekarang waktu untuk baca bahan-bahan berilmiah. Ku hempaskan diri ke katil, uhuk2, terbatuk terus. Baru selembar ku buka, tiba-tiba…

“Arrrggghhhhh ~ Tidakkkkk.” Siapa lagi berteriak ni? Bikin kacau mood aku nak baca buku jak. Baru jak nak menghayati buku “Tips-tips Kebahagiaan Rumah Tangga.”

“Bala, bala, bala!!!” Lantas aku keluar bilik, nak tengok siapa yang berteriak, suara macam aku cam, tapi tak ingat dimana. Keluar jak aku, terus terkesima, biar betul apa yang ku nampak?

Continue reading

Posted in Ceritera Agama | Tagged , , , , | 11 Comments

Ong-Bak Rindu 2

Izzah tergamam, otaknya berfikir ligat, dimanakah dia sebenarnya tatkala ini. Suatu tempat yang cukup asing baginya. Lampu lip lap lip lap, macam hari raya pula, walhal sekarang Gong Xi Fat Choy. Takkanlah bapa tirinya membawa dia ke sini hanya untuk mendapatkan angpow? Bayar sewa rumah kot?

“Hutang lu, gua kira settle.” kata lelaki A (Bukan nama sebenar) kepada bapa tiri Izzah. Bapa tiri Izzah tersenyum puas, lantas direnung muka Izzah.

“Kali ni kau duduk dengan dorang, kerja dengan dorang. Kerja dia senang saja, tak payah pakai Facebook, tapi pakai body, kah kah kah.” Ketawa yang mendangkalkan. Izzah seperti dapat menangkap apa yang dikatakan oleh bapa tirinya, cuma menjadi persoalannya, apa kaitan Facebook dengan body?

Izzah tersedar dari lamunannya setelah bapa tirinya telah keluar dari bangunan lip lap lip lap tersebut. Dalam keadaan hujan dia cuba berlari mendapatkan bapa tirinya. Namun terlewat, bapa tirinya telah menaiki teksi terlebih dahulu, dan Izzah menangis keseorangan dalam hujan.

“Ahh ~ kalaulah bapa naik teksi tunai, mesti senang dia nak bayar hutang dia.” gumam Izzah dalam sedih.

Tatkala suasana pilu tersebut, tiba-tiba Continue reading

Posted in Ceritera Cerpen, Ceritera Mengarut | Tagged , , , , , , | 6 Comments

Video Dari Kekasih Kepada Kekasih & Parody : Teguran Ikhlas

Heboh Fb, heboh Youtube, lawak, kelakar, geli, muntah, tak sanggup nak tengok, semua rencah dalam satu video mengenai seorang perempuan yang kemaruk bercinta telah upload video yang ditujukan kepada kekasihnya. Ouh ~ Dia menjadi bahan dalam facebook, twitter dan segalanya.

Tidak dinafikan, memang dia salah. Upload video yang tidak sepatutnya. Kerana sedar kesilapannya, maka dia telah memadam kembali video tersebut.

“Ingat senang-senang boleh terlepas? Tak mungkin, siapa suruh upload video? Kan dah kena, padan muka, tapi memang kelakarlah, lawak, tapi sedih juga tengok dia, apatah lagi kesian.”

Maaf, saya tak mungkin katakan seperti ayat diatas kepada perempuan tersebut. Tapi lebih kepada sesiapa yang menyebarkannya. Belum lagi video parody yang dibuat sebagai bahan lawak.

Tahukah kamu, Continue reading

Posted in Ceritera Semasa | Tagged , , , , | 16 Comments

Wardina Vs Aku : Perompak

Umum telah mengetahui cerita personaliti Tv, Wardina Safiyyah telah ditimpa musibah yang besar apabila rumah beliau telah dimasuki perompak. Aku tahu melalui official page beliau mengenai kejadian tersebut. Dramatik sungguh saat itu, menyebabkan aku terkenang saat kejadian menimpaku jua.

Jauh beza cerita aku dengan Wardina. Bila dia cerita balik saat-saat mencemaskan itu, pergh ~ memang penuh emosi yang mendalam. Terfikir tentang anak-anak, apatah lagi suami tercinta, celaru woo.

Saat kalut tu, yang aku respek suami dia, saat selimut yang digunakan oleh Wardina untuk bersembunyi, secara tegas suaminya berkata :

“Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung!!”

Continue reading

Posted in Ceritera Diriku, Ceritera Semasa | Tagged , , , , | 12 Comments