Mari Menyambut Hari Kekasih

Valentine makin tiba, bermain persoalan di minda, hadiah buat si dia? Dimana hendak bertemu dengannya? Suasana romantik yang menghangatkan cinta?

Si gadis rasa terharu, makin bertambah kasih kepada si jejaka. Baju couple, gelang ikatan, tali handset, menunjukkan diri mereka sehati sejiwa.

Tiada wanita sehebatmu di dunia, mampu menggetarkan jiwa tatkala terpandang wajah, kekal cinta berkasih di hari Kekasih.

Dirimulah lelaki idaman wanita, setiap detik bersama memancarkan sinar bahagia, terima kasih wahai cinta.

Sweetnya, namun romantik itu hanya sia-sia, tanpa tujuan yang nyata.

Aisyah memasakkan makanan untuk Rasulullah, menyedari masakan Aisyah ada yang tidak kena, baginda tidak menyatakannya. Aisyah yang tertanya-tanya bagaimana masakannya, lantas disuapkan oleh baginda sendiri. Baru Aisyah mengerti, masakannya itu teuk!

Menegur itu pun romantik kan?

Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut, lantas diadukan kepada Rasulullah. “Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh, kepalaku”, kata baginda.

Malam itu kepala mereka berdua berat, sakit yang teramat. Si suami tidak dapat membelai isterinya untuk mengurangkan kesakitan itu, si isteri turut tidak dapat memicit kepala suaminya untuk melegakan suaminya, kerana rasa itu sama.

“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu, dan akan ku dirikan solat buatmu serta engkau akan ku kebumikan”, gurau baginda menyakat Aisyah.

“Demi Allah, aku rasa kalau begitu kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!”, rajuk si isteri.

Baginda lantas ketawa.

Dalam sakit, masih ada kehangatan romantis antara baginda dan isterinya. Hakikat romantise yang sah, tiada larangan antara mereka.

Sambutan si jejaka dengan gadis, yang tiada ikatan menghalalkan serta tanpa tujuan, hanya episod duka dunia akhir zaman.

Sebelum bencana tiba, leburkanlah Valentine dalam minda.

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku”, kata Rasulullah.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat tertanya-tanya.

Siapakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah?

“Kalian adalah sahabatku. Adapun saudara-saudara yang ku maksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada”, jawab Rasulullah.

Cinta luar biasa, terhadap umat akhir zaman yang belum ditemuinya.

Sedalam manakah cinta kita kepadanya? Selawat ke atasnya, sambutlah Hari Kekasih kita sebenar, Maulud Nabi.

“Sesungguhnya Allah dan malaikatnya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkan salam sejahtera kepada penghormatan sepenuhnya (Al-Ahzaab : 56)”

SCemanoti : Menulis dalam kesakitan gigi.

Posted in Ceritera Agama | Tagged , , | 21 Comments

Cerita Gunung Kinabalu : Puncak Kemuncak

Semalam internet betul-betul menguji kesabaran beta, sehingga menyebabkan diri ini menidurkan awal seawal yang tidak disangka. Mo dekat pukul 9 dah tidur, jarang-jarang aku tidur awal. Samalah juga masa di gunung tu, time di Laban Rata, selesai solat Maghrib yang dijamakkan dengan Isyak, terus aku melenakan diri, pukul 7 lebih!

Kesejukan yang melanda memudahkan proses tidur dengan jayanya. Tapi balik-balik aku terbangun. Pukul 9 lebih terbangun, pukul 11 terbangun, pukul 12 pun terbangun, dan paling last jam 1 lebih, terus direct aku tidak tidur, sebab jam 2 dah nak kena ready.

Masa tunggu guide datang nak bagi taklimat untuk ke puncak, kami terlebih dahulu di nasihatkan untuk sarapan sebelum naik ke puncak. Aku setakat makan biskut dengan minum air suam jak. Kebanyakkan dorang makan Maggi jak, hehe. Rasa sakit kaki masih ada, tapi kira berkurang sudah lah.

Tunggu punya tunggu, sekali jam 3 baru taklimat daa. Kalau aku tahu, baik aku sambung tidur, bestkan tidur sejuk-sejuk, haha. Semua muka penuh semangat dah nak naik. Sebabnya, macam-macam gaya dibuat asa ambil gambar. Pergh ~ Hakikatnya, aku tahu ada yang tak ternaik nanti ni, haha.

Pukul 3.30 am kami memulakan perjalanan. Bukan setakat group kami, tapi ada juga dari lain team pun turut sama memeriahkan suasana. Awal-awal sudah aku pancit, sadis, haha. Tapi digagahkan juga diri ini untuk naik. Perjalanan sepanjang 2.7 km ini hanya terdapat satu checkpoint yang memerlukan kami melapor diri.

Naik punya naik punya naik, mula-mula pakai tangga, lepas tu, di batuan sudah, ada tali kalau nak naik. Masa tu gelap, pakai lampu suluh saja, nampak macam tidak juga curam, tapi episod turun nanti memang sadis. Sepanjang aku naik dengan menggunakan tali, boleh dibilang dengan jari, berapa kali aku aku berhenti. Ya, macam sikit berhenti, tapi belum termasuk jari orang lain, hehe.

Last-last, dibatuan tu, tinggal aku seorang jak dalam gelap. Bergerak secara solo lagi nampaknya. Pergh ~ kalau gadis, memang terketar-ketar seorang diri. Aku pun bergegar juga, sejuk kan, hehe. Sekali, ada satu group pendaki memintas aku yang tengak berssantai menikmati keindahan alam dalam gelap.

Dalam group tu ada 4 orang dewasa termasuk guide, seorang budak yang aku rasa masih tahap satu, dan seorang makcik guide yang membawa budak umur dua tahun di belakangnya. Siap budak tu cakap hai lagi time melalui aku. Ini yang buat beta tercabar ni.

Ceh, tahu-tahu, dorang berhenti seketika dekat aku bersantai, haha. Lalu aku pun melepasi mereka, sikit lagi nak cakap hai dengan budak tu. Tapi aku pun macam dorang, lepas tu rehat sekejap lagi, cis, ahakz. Dari tadi budak tu semangat menyuruh mereka meneruskan perjalanan. Memang aku saspek la budak ni, macam 5 tahun jak umur dia, sedangkan aku?

Ceh, muhasabah diri konon, haha. Aku meneruskan pendakian dengan begitu perlahan, sambil tali menjadi panduan, agar tidak tersesat jalan. Tiadanya aku guna tali mo naik, hero kan, cewah, lagipun waktu tu masih gelap, aku tak nampak kebisaan kalau jalan siang sebenarnya, hehe.

Tiada peristiwa menarik yang berlaku sebenarnya, yang penting aku sampai puncak, haha. Peristiwa yang seterusnya, adalah peristiwa menuruni gunung, di sanalah ada benda yang boleh di observe lagi, episod terakhir, satu catatan pendakian, yang sadis, tapi ada hikmah.

(Jarang-jarang aku expose muka, haha)

(Apa yang korang boleh nampak dalam pic ni?)

SCemanoti : Sekarang line pun spoil, sal tu gambar pun sikit, huhu.

Posted in Ceritera Diriku | Tagged , , | 15 Comments

Cerita Gunung Kinabalu : Skodeng Laban Rata

Pagi yang ceria, kerana hujan tidak memunculkan dirinya. Ini yang diharapkan, cuaca baik untuk memudahkan pendakian. Ini sambungan dari cerita panas-panas tu, yakni, tatkala ingin bertolak dari rumah abang Seha menuju ke Kinabalu National Park.

Jam 7 lebih kami bertolak, tapi rasanya sampai jam 8 lebih. Aku pun lupa sudah, haha. Tidak juga jauh sebenarnya, tapi, ada benda yang kami lama. Kamu dah nampak gambar tu kan? Ada kereta Kia dengan Saga? Hujan semalam membimbangkan para kereta-kereta jenis begini untuk bergerak.

Sebabnya? Keadaan jalan tanah merah yang licin, disamping terdapat kawasan yang boleh buat tayar kereta terkubur nanti. Masa tu ada 3 kereta selain Kia, ada Saga dan kereta yang aku tumpang, Nissan Frontier. Jadi, mesti anda sudah agak, kereta mana yang harapan jalan dulu kan?

Maka, bergeraklah kami dulu, mendaki bukit menaiki 4×4. Yang dibawah sudah kerisauan, takut-takut kereta mereka tidak ternaik. Kesimpulan? Gila, kereta harapan yang tidak ternaik, sadis! Kawan aku ni 1st time bawa kereta macam tu, kereta abangnya, akibat silap teknikal, akhirnya kereta tu guna teknik terkubur!

Semua cubalah bantu dia supaya kereta tu dapat naik, menggunakan low gear pun, tiada menyala menandakan gear tu sudah masuk. Kereta yang nak minta bantuan pula yang dapat lepas dengan stedy, haha. Akhirnya, dengan bantuan salah seorang penduduk sana, berjaya juga kereta tu lepas, fuh~

Sampai di Kinabalu Park, berjumpalah dengan ahli climbers yang lain. Pergh ~ Bunyi, macam bergayalah pula. Setelah berkumpul ambil makanan, kami semua bawa kereta untuk ke pintu masuk tempat pendakian bermula. Sedikit taklimat dari guide, dan kami sedia untuk beraksi! Aku semangat sampai berlari ambil balik barang yang tertinggal dikereta, ahakz.

Apapapun, hari itu, pendakian cuma setakat sampai ke Laban Rata. Laban Rata? Puncak gunung kah itu? Ping* tukar mood jadi pemandu pelancong jap. Laban Rata yang berada di ketinggian 3,272.7 m dari aras laut, atau 6 km melalui jalan dari pintu masuk merupakan persinggahan kebanyakkan pendaki sebelum meneruskan pendakian ke puncak.

Di Laban Rata disediakan tempat tinggal, tempat makan sebelum pendaki akan bergerak dari Laban Rata menuju ke puncak seawal jam 2 pagi. Jarak perjalanan dari Laban Rata ke puncak adalah 2.7 km, tetapi jika ada pendaki nak teruskan pendakian pun boleh, kalau memang kuat staminanya.

Selesai penerangan, adakah skema ayat tersebut? Ingat, ini skemanoti, haha. Masa untuk bertolak, maka perjalanan awal sememangnya penuh dengan tenaga, dan stedy sahaja. Awal-awal kan, haha. Sepanjang ke Laban Rata, ada 6 checkpoint bagi mereka yang nak rest, makan ka, atau apa sahaja aktiviti termasuk ngensot.

Checkpoint pertama, aku makan sikit. Semua kami stedy dulu, kecuali ada 3 orang dah terus naik. Lepas itu, startlah perpecahan berlaku, yezza. Aku? Aku suka jalan slow-slow, berhenti bagi laluan orang nak naik dulu. Gentleman kan, siapa nak naik mendahului aku termasuk orang tak dikenali, dipersilakan.

Gila, aku penat sebenarnya! Sampai di checkpoint kedua, kira aku antara yang last, tidaklah last sangat, bersama dengan dua orang gadis group kami gitu. Dating jap, haha. Sempat lagi aku snap gambar tupai, jinak sungguh minta makanan. Sikit lagi aku mahu bagi makan friskies, tapi tidak pula bawa.

Lepas tu aku tinggalkan gadis tersebut, sal banyak gadis lagi kat depan tu, muahaha. Pergh ~ bergerak secara solo, lama-lama aku dapat biasakan pernafasan di sana, dan start situ, aku pantas bagaikan kijang. Dari lambat, aku berjaya kejar climbers group aku yang lain di checkpoint ke 4, bangga seyh~

Namun, ku sesuatu tidak disangka berlaku. Sedang asyik aku mendaki, tiba-tiba, ada sesuatu menarik kaki aku! Oh tidak! Tak mungkin!

Oh, bukan itu yang menarik, tapi kaki kijang sudah kejang. Sadis, terpaksa aku bergerak secara slow siput babi. Siput babi pun tiada aku nampak sana, haha. Tapi aku masih dapat catch-up dengan dorang yang lainlah, kira ok lah juga kan, main paksa, gaga~

Akhirnya tiba juga aku di Laban Rata, terus direct menuju ke restoran, menjadi peserta ke-5 dari 12 orang yang tiba. Jauh beza aku dengan yang 1st sampai, 2 jam lebih, gadis lagi tu dulu sampai, ouch ~ haha. Non-stop dia berjalan, saspek aku. Jap-jap, tajuk tulis skodeng, tapi, apa yang skodengnya? Jeng3x~ Extra cerita~

Aku Tak Bersalah!

Oh Yeah ~ Memang sadis kekejangan berlaku. Sudahlah bergerak secara solo lagi. Terpaksa bagi laluan orang nak mendahului aku, cewah, haha. Sejuk lagi masa tu, fuh, ada tanda hujan nak turun. Sedang elok aku relax, lalu lah seorang lelaki ni. Sikit lagi aku nak bagi Kamehameha dengan dia, cheesedil betul!

Sebab? Dia lalu jak, aroma bau telur menusuk hidung aku, pergh~ ingat udara sejuk buat hidung aku tersumbat? Enak-enak jak. Lepas tu lalu pula awek dan orang lain. Dorang tak kentut, tapi semua tengok aku, cis, aku terus blah, sebab siapa lalu sana konfom cium bau, dan pandang aku!

Romantik

Ini cerita pasangan suami isteri dalam group kami. Ada 2 pasangan. Dorang ni depan aku, saja bagi can dorang romantik depan aku, erk? Pasangan yang satu ni, suami dia cepat-cepat naik atas, duduk kejap, lepas tunggu bini dia, sambil klik gambar bini dia dari atas.

Tidaklah jauh bini dia kena tinggal, cuma lepas bini dia sampai, dorang amek gambar view yang cantik berdua, kalau tiada amek gambar, laki dia macam bagi semangat lah. Kali lah, haha. Pergh ~ aku pun teruja, aku pun ikut laki dia lari-lari sikit, lepas tu berhenti, baru teringat yang aku tiada bini.

Yang satu pasangan lagi, bini dia bawa tongkat, berusaha naik atas. Suami dia yang cergas ni peneman setia di sampingnya. Lepas tu dia pegang hujung tongkat bini dia, perlahan-lahan tarik isterinya bawa naik atas. Kalau bini dia penat, ikutlah dia berhenti, cerita-cerita sikit, kurangkan tekanan bini dia.

Fuh ~ aku pun terfikir, kalau ada awek kat belakang bawa tongkat, mahu juga aku tarik. Aku pun pusing belakang, tengok, lepas tu pandang depan dan naik. Sebab belakang aku semua jantan, cis.

Cukup di Laban Rata, panjang sudah ni. Esok menuju puncak. Disitulah kemuncaknya. Yang penting, aku naik tu memang rasa sadis!

SCemanoti : Naik gunung memang banyak hikmahya, weehuu.

Posted in Ceritera Diriku | Tagged , , | 35 Comments

Cerita Gunung Kinabalu : Panas-Panas

Panas-panas? Apa yang panas? Aksi panas? Hanya untuk tontonan 12 tahun ke atas? Erk? Banyak juga soalan ni, yang sot sendiri soal sendiri mahu jawab. Oh tidak, ini cerita warming up sebelum pendakian bermula. Dah rasa macam di gunung biarpun belum naik. Sebabnya? Jeng3x~

Lepas solat Jumaat pada 28/01/2011, bermulalah journey ke Ranau, tempat Ellen dan Apple bernaung. Perjalanan dari Beluran ke Ranau kalau ikut standard memang 3 jam lebih, tapi aku rasa, kalau tak standard, memang 3 tak sampai kali, haha. Hujan menemani perjalanan kami, kerisauaun menjelma untuk esok hari.

Oh, aku tumpang kawan aku yang bernama Faizal, kami berdua jak, sebab yang lain dah bertolak. Ada juga yang belum beraksi, itu yang ikut waktu subuh baru jalan. Sampai di Ranau, kami bertemu dengan yang lain, dan membeli barang keperluan melengkapkan yang belum lengkap lagi.

Pening ayatku itu? Saja jak, apa cerita sebenarnya? Ok, setelah selesai urusan di Pekan Ranau, kami bertolak ke kampung errr, lupa aku apa namanya, tapi masuk area Bundu Tuhan. Kami bermalam di rumah abang kawan aku, senang sikit kan nak bergerak terus, tak jauh.

(Tempat dia la kami stay, kan seha?)

Hujan masih membasahi bumi Ranau, so, esok takkan naik gunung hujan-hujan? Tak sia-sia nyanyi lagu Pagi Yang Gelap masa naik atas? Kesimpulannya malam itu, aku tak mandi, haha. Sejuk gila dowh ~ Tak payah pasang kipas dengan aircond, fuh, memang rasa macam di gunung.

Esok pagi, bangun Subuh, hujan telah berhenti. Malam pun memang dah berhenti, tapi masa tengah malam pagi (apa punya waktu daaa) hujan menyanyi-nyanyi di kala itu. Pas Subuh, tidur balik, seketika cuma, jam 6 pagi, aku mandi sejuk-sejuk.

Air tu bukan air paip yang dibekalkan, tapi air bukit, free jak nak mengalir, yang penting sejuk! Bilik mandi dorang di luar, pakai zink jak kaver semua. Risau juga, takut-takut anak dara mengendap, uish, seram eh. Nasib tiada juga, fuh, lega.

Hakikatnya, inilah yang rasa macam di gunung, kesejukannya itu yang buat warming up. Ironiknya, di gunung lagi tahap dewa kesejukan itu. Korang rasa kami naik hujan-hujan lagi ka tu ya?

Selesai semua, maka bermulalah edisi menawan puncak, dan banyak benda aku observe sepanjang naik gunung. Tapi memandangkan ini edisi panas-panas, so, esok jak lah, haha. Gunung Kinabalu, kau memang buat aku sadis!

(Rumah tu kat bawah)

SCemanoti : Sekarang rasa panas-panas gara-gara Chelsea vs Liverpool lambat pula main.

Posted in Ceritera Diriku | Tagged , , | 20 Comments

Pada Hari Itu

Weehuu ~ Lama diri ini menghilangkan diri, sekarang telah muncul kembali. Ceh, baru berapa hari, sedangkan blogger hebat seminggu lebih lagi malah berbulan menghilangkan diri, haha. Sepatutnya aku mahu cerita tentang pendakian, tapi terpaksa menangguh seketika cuma. Ala, setakat naik gunung, apa barang, oh well, if you read my entri, you know my style, macam sengugut pula, eh? Mengugut, hehe.

Seperti yang anda maklum, my new year telah berlalu, 3hb Februari tu, Tahun Baru Cina lo, tahun Arnab, ada ong ma, bukan ong bak, apatah lagi Ong Kim Swee. Masa tu aku di KK, atau nama panjang, Kota Kinabalu. Cewah, takkan sambut bday sana pula, kan? Malas aku mahu sambut ni, lagipun bila dah besar, rasa macam lain, hehe.

Terima kasih diucapkan kepada family aku, biarpun tiadanya sambutan macam selalu, tapi tetap enjoy. Hadiah? Aku yang bagi hadiah, haha. Belanja makan family, kira ok lah tu. Banyak juga duit keluar, sebab aku beli hanset baru, saja bergaya, ceh, haha. Disamping itu, belanja hanset untuk bapa aku juga.

Tanpa mereka, siapalah aku di dunia, aku tak kisah duit aku keluar berapa, yang penting, aku lahir selain dari taat perintahNya, tetapi berbakti kepada kedua ibu bapa aku juga. Cuma, kalau mak aku belanja makan jak la, belanja lain, nanti-nanti dulu, hehe.

Terima kasih juga kepada Keen, sebab buat entri untuk wish my bday. Pergh ~ Silap-silap leh kuar gosip ni, haha. Tapi saya menghargainya, juga yang wish dekat komen entri Keen tu. Terharu wei, sebab, sikit dowh yang wish aku di alam realiti.

Kalau diikut memang banyak, tapi jika aku aktifkan facebook masa tu. Sengaja aku deaktivatekan Fb, bertambah geram Heliza sal tak dapat wish aku. Sudahlah dia datang gathering Sahabat Blogger nak cari aku, namun hampa. Siap, kena saman Heliza ni nanti, wakaka.

(tengok, wat muka merajuk dah)

Apapapun,kepada yang wish bday, terimas banyak-banyak, terutama yang wish dekat henset aku, sal memang 2 orang jak wish. Spesel? Oh well, siap aku kena simbah cat pink di rumah, weehuu ~ terserlah maskulin nanti, haha. Kegembiraan dalam sederhana, sebab ada musibah melanda.

Keseronokan aku menawan puncak Gunung Kinabalu rupanya ada sesuatu yang tidak disangka. Sebabnya, rumah kami kena pecah masuk semasa family aku stay di KK pada hari aku naik gunung. Ada urusan kan, tahu-tahu, dah ada pencuri datang menerjah. Kalau diikut, memang banyak kerugian, cuma tak pasti jumlahnya.

Semua itu ada hikmah, yang penting dari kita untuk menghadapinya. Ya, banyak peristiwa berlaku, tapi hanya ini dapat aku cerita, kalau banyak-banyak, bahaya, jeng3x~

Apapapun, umurku bertambah menandakan lesen hidupku makin expired.

SCemanoti : update setelah laptop pun bermasalah, oh yeah~

Posted in Ceritera Diriku | Tagged , | 21 Comments

Berhenti Berharap

Hujan makin lama makin lebat. Seorang gadis baru sahaja memasuki 7 Eleven, sambil menjinjit beg. Hmm, beg untuk kain sembahyang, bisikku. Huh, Zarina, adakah aku sudah nekad untuk mengatakannya? Di satu sudut, aku bersendiri, merenung tindakan yang bakal dilewati.

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

******************************

“Meminang ni bukan benda main-main, kalau dah bertunang tu sudah terikat kiranya tau!”, Berapa das anak panah kat telinga aku sudah terkena leteran mak aku.

“Mak, itu tanda saya ikhlas, bukan anggap benda ini main-main”, aku cuba mempertahankan diriku.

“Kamu dah kenal sangat dengan perempuan tu?’, giliran bapa aku yang menyoal.

“Belum sepenuhnya, tapi saya tahu, dia terbaik buat saya”, balasku perlahan.

“Kenali dirinya dengan keluarganya, selidiki terlebih dahulu, sebelum dirimu menyesal di kemudian hari. Kelak bertunang, tiada sesalan buatmu”, ayat itu nyata membuatkan lidahku kelu untuk berkata.

“Bukan kami menghalang niatmu, tapi beringat sebelum melakukan apa-apa, memohon petunjuk dariNya, dan yang penting, sediakan diri kamu dulu”, sambung bapaku.

Rebahkan tangguhmu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua…

******************************

“Assalammualaikum”, kataku sebaik sahaja memasuki 7 Eleven itu.

“Waalaikumsalam, oh, Azmi, ni nak beli apa lagi?”, balas Zarina, sambil tersenyum. Cantik, bisikku.

“Hari-hari membeli, bankrap saya nanti, tapi hari ni saya tak nak membeli, tapi nak meminta”, sengihku. Argh, ayat berterabur, lain nak dicakap, lain pula terkeluar.

“Minta? Ish, ada-ada saja awak ni, kalau kedai ni saya punya, sure, dengan kedai ni saya bagi”, gelak Zarina, tapi nyata gelaknya seketika cuma, setelah melihat wajahku yang tidak tenteram itu.

“Awak ok tak ni? Nak beli panadol? Musim hujan kan sekarang”, sambung Zarina. Hairan melihat reaksi aku yang sedemikian rupa.

“Zarina, tujuan saya ke sini, boleh tak saya minta alamat rumah awak”, soalku dalam resah.

“Erk? Nak buat apa alamat rumah? Takkan awak nak bagi Tv Lcd dengan saya? Wah, best ni, berapa inci?”, Aduh, ni saja-saja buat tak faham ka pula?

“Saya serius ni, saya nak pinang awak, saya tak tahu bila, tapi sekurang-kurangnya, ada alamat, mudah lah kerja saya, kan?”, dup dap dup dap, apalah reaksi dia ni.

“Jangan main-mainlah, sampai ke situ pula, ni memang nak panadol kan?”, Zarina, adakah anda cuba berdalih?

“Saya cakap benda betul ni, saya tak main-main. Tiada makna nak permainkan benda yang baik, saya ikhlas, betul ni”, aku cuba menyakinkannya. Zarina terkedu seketika. Entah apa yang bermain d fikirannya.

“Tapi, kenapa saya? Bukankah banyak lagi gadis yang lebih baik dari saya?”, Aku tersenyum mendengarnya.

“Awak, memang banyak gadis yang baik, tapi tak semestinya saya boleh bandingkan mereka dengan awak. Yang hanya mampu saya katakan, mata ini lebih kearahmu, dan biarlah saya memulakan langkah untuk ke arah yang baik, sebelum ianya terpesong dari niat asal”, terangku dengan panjang lebar.

Zarina hanya tunduk. Kemudian baru dia bersuara sambil tersenyum “Saya tinggal di Taman Mawar, itu yang mampu saya katakan, uppss, macam setuju pula”.

“Dah, jangan bergurau, awak ni suka sangat main kan?”, Sambung Zarina.

“Saya serius ni, saya tak main-main”, aduhai, bagaimana lagi hendak ku yakinkan dia ini?

“Iya? Ok”, gelak Zarina.

******************************

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukan aku bahagia
Kau tunjukan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita

Hujan masih lebat, berterusan membasahi diriku. Belum ada kata putus darinya, tapi memang aku rasa seolah-olah tiada harapan. Setapak demi setapak aku melangkah, kehairanan melihat aku bermandikan hujan. Hujan, bgiku engkau rahmat yang menemaniku.

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan

Adakah ini pengakhirannya buatku? Biarlah, aku redha apa yang berlaku. Ku berserah kepadaNya, biarlah diri ini, berhenti berharap.

Aku pulang…
Tanpa dendam
Ku terima kekalahanku

“Assalammualaikum”, tiba-tiba satu suara menegurku.

“Waalaikumsalam”, balasku kehairanan, rupanya seorang budak kecil yang memberi salam. Mukanya seperti pernah kulihat, tapi aku kurang pasti di mana.

“Abang ni ok tak?”, soalnya. “Mestilah ok, kenapa?”, ish, dari mana asal budak ni aku pun tak tahu.

“Abang jangan nak tipu, dosa. Ala, cool la bang, akak tu pun tak cakap tidak tadi, dia tu cuma berserah jodohNya dengan Allah. Kalau benar dia tercipta untuk abang, InsyaAllah, tak ke mana. Janganlah sampai nak berhenti berharap. Selagi dia belum ketemu seseorang, berharaplah, cuma jangan melebih”, Erk? Aku kena ceramah ka ni?

“Kalau akak tu baik sangat, abang kenalah  jadi baik, sebab, yang baik adalah untuk yang baik. Berusaha menjadi yang terbaik, supaya taraf abang dengan akak tu sama di luh mahfuz, jika benar akak itu yang abang idamkan. Lagipun abang kan dah usaha, tinggal doa dan tawakal menjadi senjata”, menyambung lagi dia.

“Yang penting, jangan jadi nakal. Pantang dengar ada gadis kiut, mula mencari lah tu. Abang jangan jadi macam saya tau”, katanya sambil berlalu pergi.

Hmm, kalau dah cakap begitu, dah tahulah siapa. Namun, aku mengiyakan katanya, jangan berhenti berharap!

SCemanoti : Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dihendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Surah Al-A’raf : 128

Posted in Ceritera Cerpen | Tagged , , | 28 Comments