Petang itu sungguh mendamaikan. Kelihatan si isteri menuangkan secawan teh buat suaminya yang tercinta. Bersantai di halaman rumah setelah letih seharian berkerja. Kemesraan mereka cukup terpancar melalui senyuman yang menguntum di bibir.
Kepada yang sudah berkahwin, bayangkan anda berada di tempat tersebut, yang belum berkahwin (Ouch ~ Head shot kat aku) sila bayangkan anda telah berkahwin. Sebab nanti kena tangkap khalwat kalau bayangkan belum berkahwin. Rosak cerita.
******************************
“Sayang, thank you so much sebab hadir dalam hidup abang. Tak sanggup rasanya untuk berpisah dengan sayang.” Lembut suara suami mendamaikan hati si isteri.
“Abang, diri ini yang seharusnya berterima kasih kerana abang memilih sayang sebagai teman hidup abang. Sayang sangat bersyukur kerana jodoh itu adalah abang. Tak sanggup berpisah dengan abang. Hanya mati sahaja yang mampu memisahkan kita bang.” Balas si isteri.
“Siapa kata mati pisahkan kita? Sampai mati pun kita tak akan berpisah sayang. Bukan mati yang pisahkan kita hakikatnya.” Pernyataan si suami nyata membingungkan si isteri.
Continue reading →