Harian Metro hari ini menceritakan tentang aksi tuuut pasangan yang dipercayai adik-beradik, tapi kalau tempat aku, nak cerita panas tentang artis bertudung. Pergh ~ macam ada yang tak kena sahaja. Sememangnya sesuatu yang bak kata Elyana, Tak Tercapai Akalmu. Apa kes lagi bab bertudung ni? Ini cerita tentang Catriona Ross, anda kenal pelakon ini?
Alhamdulillah, sekarang dia dah bertudung. Tapi apa cerita yang ingin disampaikan? Masa tu pukul 7.30 pm, hari isnin, dan aku menonton tv sambil blogngensot. Channel? Channel V? Mtv? Astro Ceria? Bukan, tapi Astro Oasis, masa tu rancangan Fadzilah Kamsah – Selami Jiwa. Tajuk topik dia cukup menarik, dan ahli panelnya terdiri dua orang wanita bertudung. Salah satunya Catriona Ross.
Mereka bercerita mengenai tudung dan fesyen. Dan tidak sia-sia Cat (bukan kucing, tapi panggilannya) dijemput. Dia menceritakan, bagaimana dia terniat untuk memakai hijab. Dengan bersungguh dia menceritakan, dan setiap kali dia bercerita mengenainya, air mata tidak putus mengalir, menandakan betapa manisnya iman
Ketika itu dia pergi ke butik bersama kawan, yakni butik tudung. Dek kerana bosan menanti kawan-kawannya yang begitu lambat memilih tudung, dia pun saja-saja mencuba tudung yang ada di sana. Ketika dia mencuba satu tudung, dia memandang ke cermin, tiba-tiba ada sesuatu yang menyebabkan dia segera membuka tudung. Seolah-olah ada yang meresap di dalam hati. Sejuk dia rasa, umpama ada seruan untuk dia memakai tudung tersebut.
Sekembalinya dia di rumah, berulang kali peristiwa itu menerjah keruang ingatannya. Selang selepas itu, dia pun mencari tudung di rumahnya. Hampa, dia langsung tidak menjumpai tudung langsung di dalam rumah itu, yang hanya ada hanyalah selendang. Lantas dia menelefon kawannya, untuk membawanya mencari tudung.
Apa reaksi kawannya? Seolah-olah Cat membuat lawak sahaja. Seseorang yang begitu keras hatinya, punya pendirian tiba-tiba terbuka hati untuk bertudung. Namun, demi kawan, mereka sama-sama keluar membeli tudung. Sebelum itu Cat ke rumah kawannya untuk meminjam tudung, dan barulah mereka sama-sama keluar membeli tudung.
Setelah dia membeli tudung, dia pun pulang ke rumah. Kebetulan, suaminya yang ketika itu sepatutnya outstation, telah pun pulang ke rumah. Reaksi suaminya? Lantas, suaminya perlahan-lahan berjalan ke arah Cat, satu ciuman singgah ke dahi Cat, dan dipeluk isterinya itu. Betapa bersyukur suaminya melihat perubahan dari seorang isteri.
Cabaran Cat memang getir, ada yang mentertawakannya, malah ada yang percaya, itu hanyalah sementara sahaja. Tetapi Alhamdulillah, dia masih lagi berhijab sampai sekarang.
“Syukur, saat mula-mula pakai hijab hingga sekarang, hati saya tenang dan damai. Ada rasa bahagia yang tidak boleh dizahirkan dengan kata-kata. Ketenangan itu cuma Allah, saya dan teman sehijrah yang faham,” kata anak jati Kota Bharu Kelantan ini yang menahan air mata daripada mengalir.” petikan kata-katanya dari Harian Metro.
Mengapa saya mengisahkan perkara sedemikian rupa? Tidak lain tidak bukan, saya dengan rela hati untuk memberi sokongan satu kempen dari blog The PotPetKing, yakni “cover your aurat campaign | show your support!“. Saya faham, mereka yang disana akan berkata, belum ada hidayah seperti Cat, tapi seperti saya katakan dalam entri “Doakan Aku Dapat Hidayah Ya?”, kita sukar mendapat hidayah jika kita tidak mencarinya.
Hidayah taufik adalah mereka yang dikurniakan kemanisan hidayah seperti mana yang dikatakan oleh Cat. Bersyukur, dia mendapat hidayah sebelum ajal menjelma, dan kepada kita, adakah ingin menanti hidayah sedangkan ajal itu makin mendekat? Seorang kawanku pernah berkata, setelah dia mengalami satu kemalangan, biarpun dia tidak cedera, tapi kini dia menghargai bahawa nyawa itu cuma satu sahaja.
Serius, biarpun aku selalu bergurau dengannya, tiada yang menggembirakan bagi seorang sahabat apabila melihat perubahan yang ada padanya. Aku bukannya baik sangat, tapi sekurang-kurangnya intipati untuk meningkatkan diri turut disertakan sokongan dari akwan yang mengalami perubahan.
Biarpun macam mana kita petah bercakap untuk menasihati mereka untuk menutup aurat, mereka sukar untuk menerimanya, bukan kerana keras hati, tetapi segan untuk berubah. Keselesaan dan bisikan syaitan yang menyebabkan mereka sukar untuk melakukan satu penghijrahan.
Diri ini terpandang satu ayat tidak tahu dari mana, samada dari blog atau facebook, dia berkata “bertudung tidak semestinya menutup aurat, tetapi menutup aurat semestinya kita hendaklah bertudung”. Hakikatnya, konsep aurat itu meluas, bukan menutup aurat jika bertudung tapi menampakkan dada, berlengan pendek, gaun membelah menampakkan kaki, atau semua lengkap, tetapi menyinsing lengan hanya kerana keadaan terlalu panas, atau melakukan kerja.
Kepada suami, bimbinglah isterimu, kepada bapa, didiklah anakmu, kepada saudara lelaki, jagalah adikmu. Banyak dalil naqli berupa Al-quran dan Hadis telah menyatakan kewajipan menutup aurat, kita mengetahuinya, tapi kenapa perlu hiprokit untuk tidak mengetahuinya? Bukan hipokrit tidak ingin berpura-pura pakai tudung, tapi hipokrit tidak mengetahui hukum agama, itu lagi sesuai.
Mereka selalu berkata, perempuan bertudung bukan semua baik pun, ada juga yang jahat, berbanding mereka yang tidak menutup aurat, ada juga yang baik, sentiasa membantu orang susah. Tapi, persoalannya wahai muslimin dan muslimat, kepada siapakah kita ingin tunjukkan baik itu, kepada manusia atau kepada Allah? Allah lebih memandang mereka yang melaksanakan perintahnya, berbanding orang yang mengingkarinya.
Jika ingin mendapat jodoh yang baik, maka tutuplah auratmu, kerana kebanyakkan lelaki yang baik, lebih sukakan wanita yang menutup aurat. Tetapi lelaki, layakkah anda mencari muslimah jika masih berseluar pendek? Jangan lupa, kebanyakkan lelaki lebih suka memakai seluar pendek berbanding panjang. Belum cerita tentang bersukan lagi, konfom ada yang tidak menutup aurat.
Janganlah lantang mulut berbicara meminta wanita menutup aurat, jika dirimu wahai lelaki belum mampu menutup auratmu, sekadar menasihati itu boleh, tapi biarlah seiring dengan apa yang ada pada diri sendiri. Apakah yang kau ingin tunjukkan kepada semua tentang kakimu itu? Nak kena cucuk ker kaki tu?
Akhirulkalam, saya akhiri kempen ini dengan tag tiga orang wanita, untuk sama-sama menyokong kempen ini, yakni cover your aurat campaign | show your support! Maaf jika entri terlalu panjang, cuma perkongsian bersama. Dan yang kena tag itu —–> Khaiyisah Husna, Keen dan Cik Tom. Yang tak kena tag pun, jom sokong kempen ini! Klik jak Banner kat bawah ni, hehe.
Cap Kaki : Macam ada samting jak insan yang kena tag ni. Oh tidak! Mereka semua dari Terengganu, lepas tu, mereka semua undi 153, anda bila lagi? Haha.












. Mulut anda sememangnya tercipta untuk berkata-kata, tak kiralah nak cakap pasal apa sekalipun. Eh, sukanya saya, suka sangat-sangaaaaaat
. Oh ya, memang blog saya ni tercipta untuk awak copy paste saja, jangan risau ya. Ambil saja, awak cakap awak punya pun tak apa, kan sharing is cariiiiing?
Thanx~