Islamic Fashion Show Yang Menyeramkan

ARTIKEL INI PANJANG! KALAU BERANI, SILA BACA, AHAKZ.

“Assalammualaikum Ina”
“Wah, Sara, penampilan awak, biar betul”
“Betul la, cantik kan baju ni? Islamic fashion you know”
“Cantik memang cantik, tapi…”

Yezza, bajet 2011 telah dibentang, tapi tiada kaitan langsung dengan tajuk diatas. Kali ini mengenai Islamic Fashion Show, satu persembahan fesyen yang kini mendapat perhatian kebanyakkan orang, yang selama ini tiada aura-aura atau bunyi-bunyi langsung. Aku pun baru tahu benda ni, ketaralah ketinggalan zaman tul, ahakz. Padahal, berapa kali sudah benda ni dianjurkan. Menarik kan bunyinya? “Islamic Fashion”, fuh, satu dunia dengar, memang yang duk kutuk islam pun tertarik nak tengok apa yang muslim dan muslimat pakai. Sampai diluar negara kena buat pertunjukkan ni, komersial yang menarik, dan sebenarnya menyeramkan.

Kenapa menyeramkan? Pendedahan ini berdasarkan pandangan dari sudut seorang muslim, dan sama-sama kita berfikir dengan menggunakan pemikiran yang waras, bukannya semata-mata kepentingan peribadi untuk menyerang mana-mana pihak. Dari gambar yang saya sendiri google, tampak pakaian yang ditonjolkan amat menyedihkan. Menggunakan title Islamic, hanya menggambarkan kemodenan jahiliah dalam fesyen itu sendiri. Oh, mungkin orang boleh katakan aku kolot, yalah, takkanlah tidak boleh berfesyen, kan? Mahu fesyen macam mana pun, its up to you, tapi dari segi hukum harus dititikberatkan. Terutama dari segi aurat.

Title Islamic

Sungguh indah bila mana kita mendengar Islamic Continue reading

Posted in Ceritera Agama, Ceritera Ilmiah | Tagged , , | 24 Comments

Tagged : Laman Sosial Yang…..

Hari ini saya nak cerita sal tagged. Mesti ada yang terbatuk-batuk sudah kan? Ya, tagged merupakan laman sosial. Tapi diatas  tu sekadar tajuk saja, ahakz. Ni sal Cik Tom telah tagged aku dengan satu tagged yang dinamakan “identiti blogger yang hilang”. Oh, apakah identiti aku yang hilang ini? Apapapun, benda ni nak aku cerita sal diri aku, apa-apa jak la benda yang berkaitan dengan aku, so, aku pun ikut apa-apa yang telah blogger lain buat, har3x~ So, the fact about me is, jeng3x~

  1. Anak sulung dari 5 adik beradik.
  2. Peminat tegar bola sepak, cuma sekarang jarang dah main. Main pun kat laptop, ahakz.
  3. Jangan bagi aku makan timun! Aku tak benci, tapi aku tak mahu, ahakz.
  4. Oh laptop, andai dirimu tak ku belai, jari jemariku akan kesunyian.
  5. Fan of Drama Jepun, anime dan manganya, gaga~
  6. Seorang yang penyabar, dan pemendam, ahakz.
  7. Sebelum tidur selalu dengar mp3.
  8. Berasal dari Keningau dan bekerja di Beluran.
  9. Suka baca novel, weehuu~
  10. Future list : Vios dan DSLR.
  11. Kini mengamalkan prinsip Tak Nak Kapel!
  12. Berbangsa Bisaya Kuala Penyu kacukan Dusun Keningau, har3x~
  13. Is your favourite colour Blue?
  14. Subjek favret time sekolah, Sejarah, hoho.
  15. Meminati seni fotografi, kalau dah mahir, opkoz membuka bisnes fotografi, ahakz.
  16. Sudah pun berkahwin pada tahun-tahun akan datang, tapi tidak tahu bila la, sekarang masih bujang, gaga~
  17. Suka sakat orang, jika ada terasa, minta maaf yek, ahakz.
  18. Mahir main basikal, tak mahir dengan motorsikal, erk..
  19. Masa darjah 5 pernah eksiden kena langgar kereta, dan kesannya? Tercampak hampir dalam jarak 5-10 meter, dan masa tu start rabun, uhuk2.
  20. Pandai main alat muzik yang lebih ke arah nasyid, macam kompang, konga, tamborin etc.
  21. Suka mencuba sesuatu yang baru dalam bab memasak.
  22. Orang selalu cakap, aku susah mahu senyum, dan ku akuinya, tapi suka wat orang senyum, well, ahakz.
  23. Suara aku kecil, suara sentimental, kalau dengar dalam telefon, leh cair, suara romantik kan. Tak tipu, orang yang cakap yek, har3x~
  24. Selalu orang salah sangka wa chinese, siap cakap chinese lagi, wa balas bahasa jepun, ahakz.
  25. Nak improvemize diri, serius, banyak yang perlu diperbaiki.

Yezza, itulah 25 ceritera sal beta. Lepas ni sepatutnya tag orang, tapi, ahakz. Kesimpulannya, faham-faham lah ya, nak ambil, dipersilakan, peewit.


Cap Kaki : Semua pengakuan berani mati, hoho.

Posted in Ceritera Aktif | Tagged , , | 20 Comments

Sesat Di Kampung Sendiri

Hari ini tak pula terfikir nak update, tapi tiba-tiba timbul pula idea. Masa mandi petang lagi tu. Balik-balik idea datang masa mandi, asal mandi keluar idea, asal mandi kuar idea, asal kuar idea jak mandi, ahakz. Syukurlah, masih dikurniakan idea untuk menulis, kan? Yang ini teringat masa kecil-kecil. Umur masa tu 3 tahun mungkin, sal masa tu lum pergi taski lagi, emak aku hantar pegi taski masa umur 4 tahun, berperap dua tahun dalam taski, sebelum masuk darjah satu umur 6 tahun, awal sekolah wei, ahakz. Ni cerita kat kampung sebelah mak, nama kampung tu, Kampung Bayangan, kalau ada yang ambil perhatian masa 2002, kampung aku dinobatkan kampung tercantik GDW 2002, fuh, bangga seh. Nui, jangan ko jeles sana aa, har3x~

Berbalik kepada penceritaan asal, masa kecil, aku ni suka sangat berkunjung rumah sepupu aku sorang ni. Nama dia Anuar. Banyak aktiviti kami buat, yalah, dah nama kampung, macam-macam boleh dibuat, tapi paling selalu bermain jak kerja, ahakz. Tapi selalunya kami main sekitar rumah dia saja, tidak pun rumah nenek aku, beberapa puluh meter dari rumah sepupu aku ni. Tak pernah kami main jauh-jauh, masih kecil lagi kan, sekitar di sana jak lah. Sekali satu hari ni, lepas main jadi-jadi atau nama lainnya main kejar-kejar, terasa nak jadi adventurer la pula. Apa lagi, jalan-jalan lah kami sekitar kampung dengan beraninya. Tapi kami tak jalan ikut jalan raya, kami ikut jalan sendiri, tembus rumah orang, masuk belukar, best woo.

Sekali dah lewat petang, na, bingung sudah, mana tidaknya, tak tahu jalan balik ni, ades. Kami pun tidak tahu mana sudah kami masa tu, haha. Nasib lelaki eh, kalau perempuan, opkoz nangis, haha. Masa tercari-cari jalan pulang ni, nasib ada makcik entah siapa tu. Rasanya macam pangkat nenek juga kali, haha. Tahu apa kami buat? Na, menanya kami makcik tu, macam mana mahu balik rumah, haha. Nasib makcik tu kenal bapa sepupu aku ni, merangkap pakcik aku, kalau tidak, habis. Tahu-tahu, mana dia tidak kenal, bukan jauh pun rumah sepupu aku dari tempat kami tu, ingatkan jauh berjalan, rupanya masih dekat, bikin malu eh, gaga~ Tapi masih budak lagi, cool, haha.

Susah juga kan kalau sesat di kampung sendiri ni? Tapi lagi bisa kalau sesat dalam agama sendiri. Biasa berlaku sekarang ni, masih tersesat dalam kekalutan yang dicipta dirinya. Padahal agama yang kita ada hendaklah kita tahu selok beloknya. Kalau tidak tahu, kita bertanya kepada yang tahu, jadi dia akan bawa kita ke tempat kita berada sebelum sesat. Dan kepada kita pula yang setakat ini masih belum berada kesesatan yang nyata, kita bantulah mereka yang memerlukan bantuan. Jika rasanya tidak mampu, kita doakan lah mereka agar dikurniakan hidayah, amin.

Aku pun nak improvemize diri ini, supaya tak sesat yang nyata. Yang tidak nyata, sememangnya berlaku dalam keadaan tidak sedar, yang penting, sentiasa berdoa memohon keredhaannya, dan banyak-banyak kita beristigfar. Apapapun, ni cerita bukan rekaan, betul-betul punya, dan aku bangga aku sesat di kampung, har3x~

“Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kamu dan apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada Taghut, pada hal mereka telah diperintahkan agar mengingkari taghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka sejauh-jauhnya.”- Surah an-Nisa’: ayat 60

Cap Kaki : Bestnya zaman budak-budak kat kampung, ahakz.

Posted in Ceritera Diriku | Tagged , , , | 18 Comments

Kisah Tauke Dan Si Perokok

Pada suatu hari, tatkala hujan renyai-renyai, seorang pemuda bernama Mamat telah masuk ke sebuah kedai. Dan disitulah, sebuah cerita bermula….

Mamat : Tauke, rokok Malboro biru satu.
Tauke : Malbolo bilu aa? Nah, sepuluh linggit harga (Sambil menghulurkan rokok)
Mamat : Eh, tauke, bukan yang ini, nak yang itu. (Sambil menunjukkan rokok yang diinginkan)
Tauke : Haiya, napa lu mahu tukal-tukal woo. Ini lokok pun selupa saja, napa mau tukal woo?
Mamat : Gila ker tauke, aku ni bakal pemain bola harapan negara, yang lu bagi rokok ada gambar kaki rosak wat pa? Yang ni kotak rokok gambar janin rosak tak apa la, wa bukan boleh mengandung pun.
Tauke : ???

Cap Kaki : Pilihlah penyakit anda wahai perokok.

Posted in Ceritera Mengarut | Tagged , | 33 Comments

Antara Sabar Dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

“Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati.”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, “Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini.”

Abu Hassan bertanya, “Bagaimana hal yang merisaukanmu?”

Wanita itu menjawab, “Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, “Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?”

Jawab adiknya, “Baiklah kalau begitu ?”

Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu. Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya. Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua.”

Lalu Abul Hassan bertanya, “Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu ?”

Wanita itu menjawab, “Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka.”

*****************************************

Yezza, sememangnya kita seharusnya bersabar dalam apa ujian yang melanda. Itulah dituntut, tidak kiralah macam mana berat ujian yang melanda, hendaklah kita redha apa yang mendatang. Tidak kiralah ketika itu kehilangan orang yang tersayang, dibuang kerja, putus cinta, ditimpa sakit, kerana kita tidak tahu diluar sana, ada lagi orang yang lebih hebat dilanda ujian berbanding yang kita terima. Bersedih itu boleh, tapi biar berpada, jangan sampai kita mengeluh dengan keadaan yang melanda.

Bersabda Rasulullah pula, ” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.” (Riwayat oleh Imam Majah).

Dan Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda, “Sungguh, besarnya pahala adalah setimpal dengan besarnya cubaan; Dan sungguh, Allah Ta’ala apabila mencintai sesuatu kaum, diujiNya mereka itu dengan cubaan. Untuk itu, barang siapa yang redha maka baginya keredhaan dari Allah, sedang barangsiapa yang marah maka baginya kemarahan dari Allah”, Hadis Riwayat Tirmidzi.

Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang bersabar, kerana kesabaran itu sebahagian dari iman.


Cap Kaki : Sabariah, Oh Sabariah. Eh?

Posted in Ceritera Ilmiah | Tagged , , | 13 Comments

Cerpen : Pengubat Hati

Hujan lebat tidak menunjukkan tanda berhenti. Syuhada berpeluk tubuh sambil merenung di luar jendela. Gelap, itu sahaja yang mampu dilihatnya di luar. Hakikatnya, fikiran Syuhada melayang, memikirkan dirinya, perjalanan hidup yang penuh keperitan. “Mengapakah diriku menjadi sebegini rupa? Mengapakah hatiku tidak tenang biarpun ini keputusan yang ku inginkan? Bukankah keputusan ini pasti mententeramkan hatiku yang selama ini sentiasa kacau?”, Syuhada bermonolog sendiri.

“Dua bulan yang lalu, ya, tidak akan ku lupa semuanya, segalanya bermula tatkala dua bulan yang lalu”, fikiran Syuhada kini melayang memikirkan masa lalu.

****************************************** Continue reading

Posted in Ceritera Cerpen | Tagged , | 10 Comments