Buat Apa Belajar Sejarah?

‘Sejarah mungkin berulang, walau engkau ku maafkan, oh kekasih’ ~ Pergh ~ Lagu Sejarah Mungkin Berulang telah menjadi sejarah gemilang buat kumpulan New Boyz yang diketuai Tomok satu ketika dulu. Namun biarpun berjuta-juta orang menghafal lirik lagu tersebut, belum tentu dapat menjawab subjek sejarah Tingkatan Satu dengan jayanya, hohoho.

Apa barang belajar Sejarah? Kalau lulus cemerlang SPM pun, subjek Maths, English, Science juga kena tengok. Sekarang kerajaan mahu wajibkan subjek Sejarah adalah subjek yang wajib lulus. Haruskah? Continue reading

Posted in Ceritera Pendapat | Tagged , , , | 30 Comments

Mahar Yang Termahal Dalam Sejarah

Kalau cerita bab kahwin, semua laju nak tengok. Cerita paling hot kalau jumpa kawan-kawan lama, makcik pakcik segala suku sakat, konfom tanya “bila lagi nak kahwin ni?”. Tapi kira ok lah juga, dari kena tanya “dah siap ker bekalan nak ke kubur tu?” waaahh~~

Cerita bab ni yang merunsingkan bab hantaran, kalau bab mas kahwin, pun susah juga, nak number cantik kan. Rm 88.88, Rm 111.11, Rm 2111.11 dan macam-macam lagilah. Rasanya bergaya kan, kalau sebut tu, pergh ~ “Aku terima nikahnya si gadis binti si bapa dengan mas kahwinnya seratus sebelas ringgit sebelas sen (Rm 111.11). Continue reading

Posted in Ceritera Ilmiah | Tagged , , , | 35 Comments

Adik Pun Nak Solat Juga

“Subhaanal malikil ma’buudi, Subhaanal malikil maujuud”

Gemaan suara bilal menandakan solat sunat terawih akan dimulakan. Aku melangkah ke tempat imam. Namun bukan aku jadi imam, sebab aku langkahku terhenti di belakang imam sahaja, yakni jadi makmum, tak kira saf berapa pun, tetap namanya belakang imam, hehe.

Solat dimulakan, semua orang tampak khusyuk mendengar bacaan imam. Biarpun dalam fikiran rasa nak makan lagi, atau makanan moreh apa lepas terawih ni. Paling tidak, imam, cepatkanlah bacaanmu tu. Continue reading

Posted in Ceritera Ramadhan | Tagged , , , | 32 Comments

Pembangkit Cinta

Cinta dibangkitkan? Umpama hantu bangkit? Aah, karut, hantu mana mungkin muncul di Bulan Ramadhan, apa sebenarnya yang hendak kamu katakan?

Siapa yang hendak berbicara mengenai hantu? Hantu tu kamu sahaja yang tidak memahami erti sebalik cinta yang dibangkitkan.

Adakah selama ini cinta itu tidak pernah bangkit dalam diri kamu? Hingga perlu difahami erti di sebaliknya?

Semestinya cinta itu ada dalam diriku, malah sentiasa mekar tak kira siapa yang hendak ditujukannnya. Namun, cinta itu seolah-seolah dibangkitkan hingga melangit ke atas tatkala Ramadhan ini menjelma. Continue reading

Posted in Ceritera Ilmiah | Tagged , , | 14 Comments

Ramadhan Separuh-Separuh?

Malam sahur sungguh syahdu tatkala ini. Bangun, 4.00 pagi. Baru nasi ditanak, tetapi lauk belum lagi dimasak. Aku melangkah ke dapur, lalu kemudian tersenyum.

“Abang dah bangun? Saya baru jak nak masak ni bang,” argghh ~ merdunya suara.

“Lo, bukan abang nak makan sekarang pun, sebab tu abang bangun awal,” aku membalas dengan senyuman. Berkerut dahi isteriku, cuba memahami bahasa yang ku sampaikan. Lantas dahi yang berkerut itu ku cium, secara automatik, kerutannya hilang. tak payah susah-susah guna Safi Rania Gold.

Usia? Ramai yang tak percaya. Continue reading

Posted in Ceritera Ramadhan | Tagged , , | 31 Comments

SEGMEN ILMIAH : JOM BERKONGSI HADIS BERSAMA-SAMA

Masa aku menerjah laman Jejaka Terhangat, aku tertarik sangat-sangat dengan segmen ni. Kerana segmen ni jugalah, aku akhirnya menulis pada blog yang dah lama tidak diBERSIHkan, keh keh keh.

Memang bro Syafiq berjaya menarik diriku dari kepompong berdiam. Aku terpanggil dengan segera, sebab takut segmen ni tiba-tiba tutup mendadak, akibat sambutan yang aku rasa menggalakkan. Kalau nak join, klik jak header kat atas nun. Continue reading

Posted in Ceritera Aktif | Tagged , , | 18 Comments