Muahaha, Brazil tewas. Maafla penyokong Brazil sekalian, biarpun ku predict Brazil layak ke peringkat Separuh Akhir, tetapi dalam hati sokong Belanda. Trimas wat Felipe Melo kerana membantu Belanda mencapai kejayaan. Har3x~ Marahla peminat Brazil ni nanti. aku bukan anti Brazil yek, cuma biar Brazil statik jak 6 piala dulu. Hehe. Balik-balik ceritera bola jak dalam blog ni. Tapi memang ada lagi entri tentang bola, yakni peringkat separuh akhir. Cuma nanti-nanti la dulu. hehe. Kali ni ceriteraku time di kolej. Banyak ceritera yang tidak mungkin ku lupakan di sana. Kalau diikut kolej la yang banyak mengubah Keskemaan diriku ini. Besala, mo ngayat awek. Kalo skema sangat, konfom kena reject. Melenkan sudah jodoh orang cakap, takkan kemana.
Ni ceritera masa wat travelling di Lundu, Sarawak. Banyak aktiviti dilakukan sepanjang berada di sana. Sememangnya teramatla meletihkan. Dijadikan ceritera Pekan Semantan, sebuah pekan kecil di hujung Sarawak. Budak-budak kolej dibenarkan berkeliaran seketika cuma setelah seharian lelah melakukan aktibiti-aktibiti penuh ilmiah. Kedai runcit la jadi mangsa, bukan ada Survey, Parkson ka apatah lagi 1Borneo. Weehuu, tak sia-sia petang tu wei, ada rombongan budak-budak sekolah menengah dari Kuching yo. Gadis lagi tu, mula uda keluar tanduk-tanduk yang tidak patut ditonjolkan. Tapi aku stedy jak, wat muka cool. Cool la kunu, padahal, pandai juga curi-curi tengok, mana tahu ada yang kiut ka, boleh usha2. Har3x~
Apakan daya, masa melihat gadis telah pun tamat. Dengan langkah yang longlai menuju bas kolej untuk kembali pulang ke tempat penginapan. Oh, weehuu, rupanya, bas mereka bersebelahan dengan bas kami. Yezza, boleh la cecucikan mata sebelum berangkat ni. Memang suka la tanduk2 ni terlepas dari kepala. Naik jak bas, cari port baik punya, tapi macam besa, cool dude. Duduk tepi sekali, sekejap pandang, sekejap tidak, cukup-cukupla, bukan dapat ngayat lagi. Sekadar kloroxkan mata jak, huhu.
“Okay-okay, cepat tulis, cepat tulis, hahahaha” “Or8, apa lagi, cepat wei letak” Uikz, baru mo layan blues, bising tul belakang ni. Apa juga dorang wat sampai meriah ni. Ku toleh belakang, eh, macam benda bagus jak ni. “Apa kamu wat ni?” Soal ku kepada Dane (Bukan nama sebenar). “Haha, saja jak tulis bagi numba phone”, balas Dane, walhal dia tidak jawab pun, still boleh aku agak apa dorang wat. Ish3x~ umur jak 20 lebih, skill ni juga dipakai. Tulis atas kertas, pastu letak di tingkap bas. Pandang bas sebelah, yarabi, menulis juga budak-budak ni numba dorang. Ting, macam best juga, har3x~ “Dane, minta kertas dane”, Adeh, mo join pun kertas pun minta orang. Nasib kawan ku ni ok jak. Aku pun mencuba juga skill yang serba menjadi itu. Mana tidaknya, gadis-gadis tu pun semangat ni menulis ni. Cop, numba ku suda kena expose mistik. Sekarang tinggal tunggu dan lihat saja.
Dua hari suda berlalu, aku pun lupa sudah event yang berlaku pada petang itu. Masih lagi dalam edisi travelling, cuma free time la, tiada apa-apa dibuat. Sekadar beborak kosong dengan kawan-kawan ku ni. Suddenly, wah, speaking yo, eh? sepa punya numba koling pula ni? “Hello”, tup. Mati. Siapala kol ni. Sudalah depan 082, bukan numba nset ni. Numba talian tetap yang misskol ni. Aah, peduli la, aku bukan jenis layan numba yang tidak dikenali pun. Baru sepertiga minit berlalu, muncul balik numba tu tertera jelas di nset gue. “Hello”, tup, aikz, mati lagi. Buat apa la main misskol2 guna numba talian tetap ni. Ingat aku ada kredit ka mo kol balik. Pastu senyap jak nset ni. Cantik, tiada gangguan, boleh relax dengan tenang.
Brrrr.. Ini bukan bunyi coca-cola punya trademark. Tu vibrate nset aku tu, tidak tahu macam mana mo gambarkan bunyi vibrate kan, hehe. Sengaja aku letak mood mode silent, tenteram jiwa. Kali ni lama juga vibrate nset aku pula, seluk poket, amek nset, tengok numba, sah, kena kol balik. Tekan punat hijau, “Hello”, “Hello”, wah, suara gadis ditu. “Siapa ni?” edisi soal siasat bermula. “Ni yang dalam bas hari tu”, uuh, rupanya, ada juga yang salin numba aku hari tu. Bangga seh, har3x~ Aikz, terputus? Apa ni, buruk tul. Takkanla suruh aku kol pula. Try kol la, Tet Tet Tet Tet, aikz, disconnecting? Takkan numba public phone pula? kureng tul. Nasib masih budak sekolah, tidak hairanla kalau guna public phone, har3x~
Tidak apa la, paling kurang, bangga juga aku kena kol. Kira orang first kena kol, kalau tidak, memang heboh sudah kami reramai ni bab ni, har3x~ Aku jumpa Dane terus, “Dane, ko ada kena kol dengan bebudak sekola hari tu ka?” “Tiadalah, kenapa?” balas Dane. “Aku baru kena kol dorang tadi yo, haha”, siap buat muka bangga lagi ni. “Ko biar betul? Hahaha” Ketawa pula si Dane? Apa kes? “Napa ko ketawa pula ni?” kataku dengan muka yang penuh tertanya-tanya ni. “Mana tidak aku ketawa, ko fikir kami bagi numba phone betul-betulka pula? Tipu jak tu yo, hahaha. Apa kes men budak-budak sekola ni, hahahaha”, Cis, nyesal aku wat muka bangga!
Cap Kaki : Bagila numba anda pada yang sepatutnya.. Gaga~~