Tentang Aku, Kau Dan Dia
Assalammualaikum dan salam sejahtera,
1st of all saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana sudah mempunyai blog sendiri setelah suatu ketika dahulu hanya melihat sendiri blog orang lain. Anyway, terima kasih diucapkan kerana sudi singgah dan membaca artikel-artikel hasil nukilan diri ini. Apa yang ingin dicetuskan dalam blog ini adalah bermacam-macam genre artikel, tidak spesifik kepada perkara-perkara tertentu, hasil dari idea diri ini. Ada juga artikel yang mungkin “ter”ambil dari blog lain yang mungkin saya tidak menyedarinya dan jika anda tidak senang hati dengannya maka hubungilah diri ini. Dan mana-mana artikel yang mungkin anda pernah nampak sebelum ini, itu adalah sebagai perkongsian untuk tatapan umum, kerana terdapat juga blog-blog lain yang memaparkan artikel tersebut tanpa diketahui sumbernya. Saya juga meminta maaf andai kata penggunaan bahasa yang agak kasar di mata anda, dan jika terdapat sedemikian rupa, silalah tegur dengan teguran hikmah, tetapi penggunaan ganti diri itu seperti “aku”, “gue”, “wa”, dan sewaktu dengannya, adalah kehendak penulis, dan tidak mungkin akan berlaku perubahan olehnya.
Or8, sesi lebih ringan sikit, har3x~ sudah-sudahla serius itu. Page ini adalah sesi memperkenalkan diri gue, dan semestinya didahului dengan nama, tapi akan diberitahu adalah nama panggilan, sila panggil sahaja Atik or Daus, bukan Daus Af8 ya, har3x~ Berasal dari pedalaman Sabah, yakni Keningau, tapi tidak sudah pedalaman sangat, cuma kini bekerja di Jabatan Kesihatan area Beluran, sebuah daerah yang terdalam lagi, dan yang pasti, saya bukan doktor. Baru mula berkecimpung dunia blogging pada pertengahan bulan Jun 2010, dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari.
Diri ini merupakan peminat Liverpool dan Italy, Cerita tentang Bola, Maniac dengan Drama Jepun dan komiknya juga. Seorang yang simple-mimple, pendiam mulanya, diakhirnya rasain lo, har3x~ Suka bergurau biarpun kadang-kadang tidak menjadi, Suka mengenakan orang dan itu awal-awal ku minta maaf. Kalau mahu lebih spesifik, nanti makin lama makin tahu juga tu, gaga~ Dan, jangan hairan jika terjahan ditempat anda penuh perkataan pelik2, sebab menjadi kebiasaanku melakukan sesuatu yang pelik2. Well, pelik tetapi benar, har3x~
Apapapun, majulah blog anda demi semua orang, akhirul kalam, wassalam.
