Tentang SegalaCeritera

Segala Ceritera, Misi Untuk Membuka Minda Secara Santai

Jambu, mancung dan berdada bidang. Ya, itu bukanlah aku.

prof

Aretikz, nama panggilan yang diwujudkan untuk alam maya. Nama diberi Mohd Firdaus, seorang lelaki yang dilahirkan di Keningau, Sabah. Kini bertugas sebagai penjawat awam di bahagian kesihatan persekitaran. Telah mendirikan rumahtangga pada penghujung 2013, dan telah dikurniakan seorang cahaya mata versi sumandak (its mean “gadis”).

Mula menjadi seorang blogger pada tahun 2010, terlebih dahulu seperti bayi yang terbaring menguruskan blog self-hosting secara sendiri. Baru merangkak perlahan-lahan, namun tersungkur seketika berdiam, dan kini cuba bangkit untuk menjenamakannya lagi.

Ada apa dengan Segala Ceritera

Dilahirkan pada pertengahan 2010, dimulakan dengan lafaz Bismillah, bukannya azan mahupun iqamah.

Serius, blog ini adalah blog personal, namun personal tidak semestinya kehidupan peribadi, terkadang pendapat peribadi, tips-tips berdasarkan pengalaman peribadi, atau ilmu dalam diri, dan yang bersangkut-paut dengan “perkataan” peribadi kecuali Adabi diceritakan dalam bentuk penceritaan santai. Mungkin gaya kebudakan, atau keremajaan, malah bapa-bapa pun boleh jadi.

Namun fokus lebih kepada tingkahlaku manusia, dari sudut jasmani, rohani, emosi dan spiritual. Ya, tatkala kita berbloging pun punya tingkahlakunya, inikan lagi kehidupan semasa. Demikianlah dalam misi membuka minda dengan santai.

Contact, Facebook, Twitter Dan Google+

Ada yang pernah bertanya tentang cinta, adakah aku wajar digelar doktor cinta?

Ya, terkadang ada idea untuk menulis daripada pertanyaan-pertanyaan yang datang menerjah dalam ruangan contact. Terkejut juga, sebabnya, ditanya bab-bab jodoh, macam mana nak tarik perhatian dia, macam mana nak dapat lelaki baik. Aku cuba untuk menjawabnya, biarpun terkadang terlewat, dan terima kasih kepada yang bertanya soalan.

Malah ada juga memberi sokongan supaya teruskan menulis, part ni, terharu beb, tapi aku telah mengkhianati yang memberi sokongan, sebab 2013-2014, banyak sawang telah aku buat dalam blog ni.

InsyaAllah, selepas ini aku akan “teruskan usaha” dalam menghidupkan kembali blog ini. Biarpun komitmen banyak dipikul, tetapi kudrat untuk menulis akan diusahakan sedaya-upaya. Untuk stay update dengan blog ini, jangan segan silu untuk like Facebook, Follow Twitter, Add Circle Google+ dan Subscribe emel dibawah ini.

Akhirul kalam, jangan lupa gosok gigi, kalau tidak, nanti gigi cepat rosak. Jangan lupa bersihkan hati, kalau tidak, nanti tingkahlaku kita rosak. Wallahualam.

Ingin update terbaru dari Segala Ceritera? Isi nama dan emel anda sahaja

Google Plus
https://plus.google.com/101634121278062104739/posts

Twitter
https://twitter.com/aretikz

Facebook Segala Ceritera
https://www.facebook.com/segalaceritera