“Belalang, cuba kau buat Kopi Super Power dulu, bapa terasa nak minum kopi pula,” Pak Belalang, seorang ayah tunggal, meminta anaknya Belalang membuat kopi buatnya.
“Pak, bila masa kita ada Kopi Super Power? Jangankan Super Power, satu jenis kopi pun tiada dalam dapur kita pak,” sahut Belalang.
“Kau bantailah apa-apa benda Belalang. Asal hitam macam kopi pun, cukuplah,” Pak Belalang memberi penyelesaian.
Di sinilah Kassim mula berkenalan dengan Pak Belalang dan anaknya. Dalam perjalanan mencari rezeki di kampung, Kassim menyatakan hasratnya untuk bekerja — apa sahaja asalkan halal, demi mengumpul wang membeli iPhone 4 yang menjadi syarat Nyonya Mansur.
Pak Belalang mendengar dengan penuh minat. Dia sendiri tahu susahnya hidup sebagai lelaki yang ingin membuktikan cinta. Kassim tidak berputus asa; biarpun ego meronta, hatinya tetap teguh pada Sabariah.
Perjalanan Kassim baru bermula. Mampukah dia bertahan dengan dugaan yang semakin mencabar?
Komen
18 Respons kepada “Digi iPhone 4 Play”
Ruang komen telah ditutup untuk entri ini. Sila layari halaman kontak untuk sebarang pertanyaan.